24/09/2012


Dulu masa aku kecik, aku selalu tanya ayah aku, kenapa aku susah sangat nak beli barang-barang sekolah. Selalu adik-adik aku dapat dulu. Lepas diorang dah setel baru la aku dapat. Tapi yang aku pelik kakak-kakak aku selalu je dapat dulu daripada aku. Mungkin sebab diorang perempuan kot. So bapak aku jawab;

Sabar la. Nak buat macam mana. Keluarga orang lain tu, duit macam bukak air paip je kat rumah. Kita ni macam nak kene pergi cedok kat perigi. Kene banyak bersabar dan dapat sikit-sikit.

Maka setiap kali kediaman aku tak kira la masa kat asrama ke, kat office ke, kat rumah ke, aku akan teringat kata-kata bapak aku ni.

Ya, sebenarnya kita tidak sedar bertapa bersyukurnya kita jika kita duduk di rumah yang ada paip air. Nak guna, cuma bukak pili air je. Bayangkan orang dulu-dulu yang terpaksa mengharapkan air perigi. Tapi sebab tula orang dulu-dulu badan taf. Berat woo nak angkat air tu. Kalau perigi tu dalam lagi azab.

Sama juga dengan elektrik. Kita cuma bukak suis je. Tak payah susah-susah nak cari minyak tanah, nak nyalakan pelita.

Sebenarnya ini adalah kemudahan paling asas yang patut kita syukuri. Cuma kita jarang dengar orang memuji  engineer yang dah penat-penat buat calculation untuk membolehkan kita menikmati kemudahan asas ni. Bukan senang beb. Nak kene kira berapa besar paip, berapa panjang, berapa kuat pam yang nak digunakan, besar tangki, nak kene estimate worst condition dsb. Sama juga dengan elektrik, berapa tebal dan panjang cable, berapa step transformer, safety circuit, nak grounded dsb.

Cuma bila ada gangguan perkara asas ni, biasanya kita akan salahkan pihak-pihak teknikal. Memang betul semua perkhidmatan ni dibayar, cuma ramai tak sedar yang task nak membolehkan kita bukak paip air keluar dan tekan suis lampu menyala ni sebenarnya bukan sesuatu yang mudah.

Hari ni rumah aku takde air. Dah la takde warning. Nasib baik aku ada kolah. Kalau rumah tu jenis shower memang haru. Memang susah beb takde air ni. Nak buat apa pun tak boleh. Tak selesa keluar rumah tak mandi dan perut penuh ni. Hoho. Ni pun aku baru lepas mandi. 12 jam takde air. Giler. Aku memang nekad, kalau esok pagi takde air lagi, memang aku EL je.

Maka hari ahad aku terbazir begitu saja. Dem.

Current mood: Segar dan rasa suci lepas tak mandi 20 jam. Euuuw
Listen to: Lepaskan - Wanna
After this: Tido. zzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers