14/09/2012


Baru-baru ni disebabkan internet aku yang lembab dan aku pun macam dah tak selera nak hadap sangat nak FB, maka aku terfikir untuk main game balik. Novel yang ada pun aku dah habis baca. Aku decide nak stop dulu. Nak jaga mata. Dah la kat ofis pun banyak benda nak kene baca.

Ok, aku ada PS2. Aku beli lepas balik Jepun dulu. Duit lebih elaun. Hehe. Sebelum kahwin dulu, aku ada list kan game-game yang aku nak main. Semua dah outdated sebenarnya. Then aku carik balik CD-CD game aku. Tak tau letak mana. Yang ada cuma bola dan Gran Turismo 4 je. Maka, terpaksalah aku pergi memborong sabtu ni. Harap-harap game yang aku nak main still ada jual.

Untuk mengelakkan boring, aku suka main game tembak-tembak. Half Life dan Counter strike. Aku cuba nak install dalam laptop aku. Tapi selepas install tak boleh main. Aku dah gunakan semua experience yang aku ada untuk install game pirate ni. Tak berjaya jugak. Aku tak sure mungkin game-game ni tak compatible dengan windows7 or memang lanun yang buat CD ni burn tak betul. Semua tak boleh main. Atau mungkin ada cara tertentu untuk install. Aku pun tak pasti.

Dalam pada masa yang sama, aku ingat nak format balik laptop ni sebab windows7 64bit ni memang tak compatible game lame-lame dulu. Aku nak main game dulu-dulu sebab simple dan PC requirement pun tak besar. Lagipun game sekarang ni, lebih kepada online gaming. Perlukan internet connection yang laju.

So, kalau aku lama tak update ni, maknanya aku tengah occupy dengan PS2 la jawabnya. Hehe

Current mood: Sakit belakang la pulak. Sit up banyak.
Listen to: Astro Prima
After this: Main PS2.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers