06/09/2012


Pada suatu hari, Halim bersama kawannya Jamil sedang dalam perjalanan menuju ke pantai timur tanah air. Destinasi mereka ialah Universiti Malaysia Pahang kerana mereka perlu menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil pensyarah seluruh Malaysia. Oleh kerana ingin segera sampai ke destinasi, mereka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.

Mereka menaiki kereta Jamil merupakan sebuah Perodua Myvi. Jamil merupakan seorang pemandu yang berhemah. Patuh kepada peraturan jalan raya. Pengalaman mendapat 5 speed trap dalam masa seminggu telah menginsafkan beliau. Tambahan pula dengan gajinya yang setakat cukup-cukup makan untuk menanggung keluarganya yang terdiri daripada isteri, 3 orang anak dan seekor kucing.

Sebenarnya Jamil dan Halim meminati kereta import, namun apakan daya, dengan harga kereta import yang mahal di Malaysia menyebabkan mereka hanya mampu membeli kereta buatan Malaysia. Halim mempunyai sebuah kereta Proton Persona.

Untuk menghilangkan mengantuk, Halim memulakan perbualan,

"Fuyoo, smart giler BMW 3 series baru tu. Dah la style, laju pulak tu. Awek yang bawak kereta tu pun cun. Macam Neelofa je aku tengok"

"Tula, kalau aku mampu, aku pun dah lama angkat sebijik. Tak hingin aku nak guna kereta Malaysia ni. Dah la downgrade, mahal pulak tu. Tapi ape boleh buat. Ini je yang aku mampu", balas Jamil sambil mengerling cermin pandang belakan.

"Ala kau ni, ok la tu. Kita kene la bangga sebab negara kita ada buat kereta sendiri. Patriotik la sikit der. Haha. Tapi betul jugak. Kalau harga Vios tu sama macam Persona, baik aku angkat Vios. Lagi puas hati." Halim bersetuju dengan Jamil.

Tiba-tiba Jamil perasan, ada satu kereta Mercedes CLK GTR bagi high beam dari belakang dengan kelajuan yang sepantas lipas kudung. Nak tak nak, Jamil terpaksa bertukar ke lorong sebelah.

"Mak aih, tahu la bawak kereta mahal. Tapi agak-agak la. Macam nak bunuh orang je lajunya. Aku ni pun dah 110 km/h. Aku rasa speed die mesti dalam 160 km/h. Tak taku speed trap ke?" Jamil menceceh sambil meneruskan pemanduan.

"Ek eleh, orang kaya macam tu setakat speed trap tu bayar macam tiket bas mini ko tau. Tgk la no plate die tu. Aku rasa mcm kerabat menteri or raja kot. Ntah-ntah, saman tu setel mcm tu je. Berani ke diorang nak saman?" Halim cuba menenangkan Jamil.

Jamil membalas. "Tula polis ni, kalau kita rakyat biasa ni, bukan kemain saman. Lebih 10 km/h pun nak berkira. Dalam engineering pun ada tolerance 5%"

"Nak buat macam mana bro, undang-undang kat Malaysia ni untuk rakyat Marhaen macam kita je. Lagipun saman kan sumber pendapatan negara. Apa salahnya kita bayar lebih untuk majukan negara kita ni. Keh keh keh" Halim cuba berlawak.

"Waklu. Kalo ko kene saman ko tau la." bersahaja je Jamil membalas.

Ketika mereka berada lebih kurang daripada 20 km plaza tol Gambang, di depan mereka terdapat 2 trailer panjang yang membawa kontena di lorong kiri dan sebuah kereta Audi R8 di lorong kanan. Kereta Audi tersebut memandu perlahan je. Lebih kurang 60 km/h. Walaupun dah tak tertahan nak terkencing, tapi die terpaksa juga membontoti Audi tersebut kerana tidak boleh memotong.

"Haram jadah punya Audi, aku dah nak terkencing ni. Boleh pulak die bawak macam pengantin tengah honeymoon. Harap kereta je ada 500BHP." Jamil bengang. Sebenarnya die minat jugak kereta Audi ni. Sebab tu die tau ada 500BHP.

Halim pun tension jugak. "Ko high beam je. Orang macam ni memang sengal. Dapat lesen terbang kot".

Sebaik sahaja berpeluang memotong Audi tersebut, mereka melihat, pemandunya seorang apek tua yang sedang rancak berbual tanpa rasa bersalah stay di lorong kanan dengan halaju 60 km/h.

Halim dan Jamil, masih tidak berhenti menyumpah.

Ketika menghampiri plaza tol gambang, mereka terlihat sebuah kereta BMW 3 series parking di tepi jalan. Kelihatan pemandunya yang memang badan iras-iras Neelofa sedang menyelongkar sesuatu di boot kereta. Dengan memakai skirt ketat paras lutut bewarna merah, dengan posisi menonggek begitu, pasti tiada seorang mata lelaki normal mampu mengalihkan pandangan mereka.

"Eh, ni BMW tadi kan? Mantap gile siot awek tu. Aku slow sket ni, ko amik gamba tau. Bukan senang nak dapat show free macam ni." Jamil excited melihat free show tersebut tanpa memandang depan.

"Ok, ko slow sket, aku nak amik kamera jap..." Halim mula memegang kamera.

BAMMMMM!!!

Tanpa disedari, Myvi Jamil telah menyondol sebuah lori 1 tan yang turut bertulis "Rojak Karim".

Current mood: Hujan lebat, tapi still rasa panas.
Listen to: Sayang Sayang - Aliff Aziz
After this: Minum milo


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe