28/09/2012

Biasanya untuk orang yang bukan kaki gamers mesti akan kata video game ni hanya untuk budak-budak. Statement tu sebenarnya boleh dikatakan separuh betul. Untuk budak-budak, ada game yang sesuai untuk diorang dan untuk orang dewasa ada juga game yang sesuai untuk diorang. Ada juga game yang semua peringkat umur boleh main.

Ada game dibuat untuk just for fun. Simple dan tak payah fikir banyak. Sesuai untuk orang yang malas nak berfikir dan bermain game untuk mengisi masa lapang.

Untuk orang yang suka kan pengembaraan dan minda mereka diuji, game untuk diorang pun ada jugak dan biasanya game untuk orang jenis macam ni kebanyakannya akan jadi hot title or legend untuk sesuatu console. Ini kerana game untuk orang jenis macam biasanya dibuat dengan lebih detail, graphic yang lebih menarik, storyline macam movie dan AI yang lebih intelligence.

Secara jujurnya aku jenis orang yang kedua. Hehe.

Ok, tak kira la apa pun game yang korang main, ada beberapa sebab yang kita harus tahu kenapa kita harus main video game:

1) Dalam video game, kalau mati boleh hidup balik. So tak payah takut-takut nak kamikaze ke ape ke. Tapi biasanya kita akan takut mati walaupun dalam video game sebab fitrah kita memang macam tu. Padahal kalau mati dalam video game tu, biarlah. Pastu boleh restart.

2) Rasanya untuk orang biasa macam aku ni, nak kumpul duit untuk beli Ferrari, mungkin perlukan 200 or 300 tahun kot. Tapi dalam video game, anytime boleh beli dan tak kisah pun kalau nak terbalik ke, nak langgar dinding ke, takde hal. Nak kereta apa pun boleh. Tapi kene main game yang sesuai la.

3) Tak perlu risau untuk membunuh. Bunuh je musuh korang dalam video game. Kalau tak nanti korang pulak yang kene bunuh. Lagi best kalau musuh korang, macam muka orang yang kau nak bunuh dalam real life.

4) Dalam video game senang je nak dapat duit. Dan korang bleh beli je pape tanpa rasa risau sebab dalam video game, korang tak perlu makan, bayar ansuran kereta, rumah dsb.

5) Mungkin korang bosan dengan persekitaran korang yang sama  setiap hari. Dalam video game, korang boleh teroka dunia asing dan baru berbeza dengan kehidupan sebenar. Nak lagi best kene main game yang futuristik or zaman kuno pun ok jugak. At least rasa la sikit perubahan environment.

6) Mesti korang bosan dengan rutin harian korang yang sangat biasa. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu je berlepak. Berbeza dalam video game, task korang berubah-rubah dan tak terikat. Korang tak bekerja pun dalam video game. Yang penting korang kene setelkan misi korang.

Sebenarnya conclusion di atas ialah video game sebenarnya ialah tempat untuk kita melepaskan keinginan kita dengan buat apa yang kita tak boleh buat dalam real life. Korang tak perlu ada skill main bola macam Ronaldo pun untuk main game bola. Kaki bangku pun boleh main bola. Korang tak perlukan lesen JPJ pun untuk dapatkan S-License dalam Gran Turismo. Korang tak perlu badan fit pun untuk belasah orang yang lagi jauh lagi fit dalam video game. Yang penting jari korang kene pantas. Silap, yang penting jari, otak dan respon korang kene telli. Kalau tak nnt asik kalah, korang bosan.

Kesimpulannya, kalau korang bosan dengan rutin harian korang, video game adalah satu satu cara yang mudah dan murah untuk melarikan diri daripada kebosanan itu. Trust me.


Current mood: Ngantuk dah. Zzzz
Listen to: Untukmu - Lah
After this: Cari bantal dan tilam.









0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe