10/09/2012


Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow.

Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow.

Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow. 

Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meooow meow meowww. Meowww meoow meooow meoow. Meow meow meow meow meow meoow. Meow, meow meow meow. 

Meow :(

Di atas ialah nukilan seekor kucing kerana beliau telah menjadi buruan polis akibat dianiaya oleh seorang manusia. Berikut ialah translation versi tulisan di atas untuk membolehkan manusia membacanya. Semoga kucing ini yang bernama Mika (bukan nama sebenar) dapat membersihkan nama beliau dan penjenayah sebenar dapat ditangkap kerana kes ini melibatkan keselamatan negara.

AKU SEEKOR KUCING

Apa kabar semua. Nama aku Mika (bukan nama sebenar). Aku ialah seekor kucing. Seekor kucing biasa. Bukan milik selebriti. Tuan aku merupakan seorang yang biasa-biasa sahaja. Namun beliau tidak pernah lupa menyediakan makanan whiskas kegemaranku sebelum dan selepas pulang dari bekerja. Aku bersyukur kerana mampu whiskas hari-hari memandangkan kebanyakan kawan-kawanku perlu menyelongkar tong sampah di restoran atau mencuri ikan di pasar demi meneruskan kehidupan. Aku bersyukur.

Pada suatu hari, ketika aku sedang leka bermain bebola benang yang dibelikan oleh tuan aku, kawan-kawan tuan aku datang ke rumah. Aku tak ingat sama ada 3 atau 4 orang. Cuma yang aku perasan mereka sedang hangat membicangkan sesuatu topik. Walaupun aku cuma faham beberapa perkataan manusia seperti sayang, mari makan, ala busyuk-busyuk, tomei-tomei dan beberapa perkatan lain, tapi kali ni ada beberapa perkataan baru yang aku dengar. Tapi macam biasa la, aku ni hanya seekor kucing. Siapa la aku nak sibuk-sibuk nak campur hal manusia ni. Maka aku buat dek macam biasa je.

Tak semena-mena, salah seorang daripada mereka mendukung aku. Aku memang dah biasa kene dukung-dukung dan belai ni. Aku sedar spesis kucing ni memang comel-comel belaka termasuk aku. Dalam pada itu, aku sempat melihat salah seorang daripada mereka membentangkan sesuatu di atas lantai. Sehelai kertas yang tertera gambar seseorang. Aku macam cam gambar tersebut sebab banyak kali juga la gamba tersebut keluar di kaca televisyen mahupun sebagai kertas pembungkus nasi lemak dan roti canai yang dibeli oleh tuanku.

Kemudian mamat yang mendukung aku, meletakkan aku betul-betul di atas kertas yang dibentangkan oleh kawan dia. Malah, salah seorang daripada mereka sudah bersedia dengan kamera  handphone (aku tau tu camera handphone sebab tuan aku suka ambil gambar aku masa aku posing comel-comel) dia.

Sebaik sahaja aku berdiri di atas kertas tersebut, orang yang yang mengambil gambar tersebut berkata'

"Ok, jangan gerak, jagan gerak. Sikit lagi.. 1, 2 3... Ok, cun!"

Selepas itu aku didukung semula dan diletakkan di tepi bekas makanan aku. Yeay! Tuan aku, dah refill semula whiskas. Aku terus menjamah dengan hati yang gembira tanpa memikirkan lagi apa yang kawan tuan aku lakukan ke atas ku tadi.

Pada malam itu, seperti biasa, aku menemani tuan aku yang melayari internet. Sudah menjadi rutin harian tuan aku melayan internet sebelum masuk tido. Tuan aku suka duduk di atas sofa dan meriba-komputer riba beliau. Biasanya memang aku malas nak layan sebab aku hanyalah seekor kucing. Nak buat akaun FB pun tak mampu.

Cuma pada malam ni, entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Lantas aku teringat kejadian gambar aku ditangkap di atas kertas pada siang tadi. Tiba-tiba tuan aku tergelak sorang-sorang.

"Adoi, hampeh btol la korang ni. Ade je idea korang nak troll kan? Tak pasal-pasal kucing aku jadi mangsa. Tapi memang lawak btol la"

"Tak pasal-pasal kucing aku jadi mangsa?"

Berdesing telinga aku mendengarnya. Aku segera melompat ke atas riba tuan ku untuk melihat paparan cecair kristal (LCD) laptop tuan aku. Aku terkejut bila melihat gambar aku berdiri di atas kerta tertera....


OMG! (Aku selalu dengar tuan aku cakap bila terkejut). Aku dah jadi wanted cat? Bagaimanakah semua ini berlaku? Aku tidak tahu apa-apa. Aku telah dianiaya.

Mengikut kata tuan aku, rupa-rupanya memijak gambar PM telah menjadi jenayah di negara ini dan mengancam keselamatan negara. Pihak polis juga sedang memburu penjenayah-penjenayah yang telah memijak gambar muka PM.

"Apa, aku telah memijak gambar muka PM? OMG OMG OMG (meow)" aku menjadi lebih terperanjat.

Sesekali tuan aku menjeling melihat kelakuan ku yang tiba-tiba tidak keruan.

Secara-secara tiba-tiba, aku teringat aku pernah mencakar-cakar gambar muka PM suatu ketika dulu bila aku bosan. Sebelum ini aku tak tahu pun itu merupakan gambar PM. 

Kini aku sudah menjadi buruan polis. Tapi dalam kes gambar di atas, aku tidak bersalah dan aku berharap ada seseorang dapat membersihkan namaku. Aku tidak bersalah, aku dianiaya :(

sumber inspirasi: Sini

Current mood: Rasa macam badan makin naik.
Listen to: Aku cinta padamu - Siti Nurhaliza
After this: Rehat-rehat dan tidur.



















0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List