07/09/2012


Novel ni tak la se-18sx yang aku fikirkan. Serius, mula-mula aku ingat ni mesti cerita tentang hidup mak datin dengan anak ikan. Sinopsisnya pun cerita lebih kurang macam aku fikirkan. Berdasarkan beberapa novel Fixi yang aku baca sebelum ni, memang banyak agak jugak unsur-unsur 18sx. Buku ni pun aku beli lepas aku tau apa itu Cougar. haha. Jangan salah faham, aku bukan nak baca sangat bende-bende 18sx ni. Cuma aku nak tengok level manakah bahan bacaan di Malaysia ni. Berapa open la agaknya. hehe.

Menceritakan tentang Kisha, seorang andartu yang cun. Masih tak kahwin lagi walaupun dah berumur 40 tahun. Bersdasarkan gambaran yang diberikan, dia ialah seorang berbadan slim dan ada  rupa juga. Cinta itu buta, tidak mengenal usia. Hati Kisha telah terpaut pada seorang pemuda bernama Azril yang berusia 25 tahun. Namun akibat pengaruh Suraya, kawan baik Kisha yang juga merupakan seorang janda yang mengamalkan cara hidup yang sosial telah menimbulkan konflik antara Kisha dan Azril. Akibatnya mereka terpisah.

Dalam masa yang sama, emak Kisha ingin menjodohkan Kisha dengan Razif iaitu seorang duda yang bergelar imam di kampungnya. Pada mulanya Kisha keberatan kerana hatinya lebih kepada Azril. Namun setelah hubungan mereka berakhir, Kisha tiada pilihan lain selain menerima pilihan emaknya. Tambahan pula dengan usianya yang sudah 4 series dan emaknya teringin melihat Kisha berkahwin sebelum menutup mata selamanya.

Perkahwinan yang disangkakan memberikan kebahagian berkekalan rupanya hanya tinggal impian sahaja. Sikap panas baran Razif terserlah pada minggu pertama perkahwinan pertama mereka lagi. Malah sikap panas baran Razif telah menjadi punca penceraian beliau dengan isteri pertamanya. Kisha juga telah diperlakukan dengan kasar, diseksa zahir dan batin. Mujurlah ada Yusri, pekerja Razif banyak membantunya. Ini membuatkan mereka bertambah rapat dan akhirnya membawa ke ranjang.

Tidak tahan diseksa, akhirnya Kisha berjaya juga melarikan diri, of course dengan bantuan Yusri. Setelah berjaya melarikan diri, Kisha kembali semula ke rumahnya di KL. Akhirnya, Kisha berjaya menuntut cerai daripada Razif setelah dia menceritakan apa Razif telah lakukan kepada nya.

Seperti mati hidup semula, dan dan tu, Azril muncul kembali dalam hidup Kisha. Malah Azril masih lagi bujang dan masih lagi cintakan Kisha. Kisha berhasrat untuk menamatkan sekali lagi zaman 'bujang' nya dengan Azril. Malangnya, Yusri muncul dengan menagih janji untuk hidup bersama sebagai balasan menolongnya melarikan diri dari Razif. Sekali lagi Azril kecewa setelah mengetahui hubungan ranjang Kisha dan Yusri.

So apakah pengakhiran kisah hidup Kisha? Kene baca sendiri la ye. Hehe.

***********

Aku sebenarnya kesian sangat dengan Kisha. Dah la lambat bertemu jodoh. Bila dah jumpa dengan orang yang dicari, konflik pula muncul. Then berkahwin pulak dengan orang panas baran. Dah berjaya lepaskan diri, jumpa orang yang dicari, konflik lain pulak datang. Tak habis-habis. Memang kesian sangat dengan die. Tapi memang betul la, bila kita dah selalu sangat kecewa, sampai satu tahap kita dah takkan mencari dan pedulik benda yang kita cari-cari selama ini.

Antara pengajaran yang aku dapati dalam novel ni ialah cinta tu sebenarnya tidak mengenal usia. Tapi mungkin mengenal rupa kot. Hehe. Cuba kalau Kisha tu badan macam tong drum, sure Azril, Razif, Yusri tak hengen nak ngadap. Sebab die slim dan ada rupa baru lelaki pandang. Lelaki by default memang macam tu. Aku lelaki, aku tau la. hehe.

Then, lelaki ni bila die belum dapat, memang baik dan lemah lembut je. Bila dah dapat, hilang terus keromantikan dulu. Sebab tu ada quote pernah mengatakan "Lelaki ni, jangan bagi semua. Nanti die akan boring". Mungkin ada benarnya jugak. Hmmmm

Current mood: Kenyang. Terlebih makan tadi.
Listen to: Bcoz I'm Girl - KISS
After this: Minum milo.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe