17/09/2012

Hari ni aku sambung balik main game Resident Evil 4 kat PS2 aku. Baru aku perasan sebenarnya aku dah sampai 3/4 perjalanan rupanya.

Dulu masa aku teman member aku main takde la seram sangat. Lagipun kitorang boleh saling tolong-menolong bagi pendapat ape nak buat, macam mana nak solvekan puzzle, macam mana nak defeat boss.

Kali ni aku main sorang-sorang. Baru terasa seramnya game ni seram ialah backround music dan sound effect die yang meremangkan bulu roma. Bukan seram rasa macam ada hantu kat belakang. Tapi lebih kepada seram suspen.

Yang buat aku bengang, zombie die muncul tibe-tibe. Mula-mula tengok depan takde sape. Pusing tgk tempat lain kejap, tau-tau kat depan tu dah ada zombie tgh hayun kapak. Kewujudan zombie tu boleh dikesan bila background muzik bertukar jadi suspen. Tapi tak nampak pun. Then dengar orang macam jerit dalam bahasa spanish. Tau-tau zombie dah depan mata. Saiko betul. Memang game ni location die kat Spain pun.

Yang aku bengang satu lagi, tiba-tiba zombie jatuh daril langit. Padahal bila tengok atas siling elok je. Ntah dari mana ntah diorang muncul.

Satu lagi game ni memang kene alert. Nampak macam tenang je. Tibe-tibe ada zombie golekkan batu la, tembak curi la. Nak elak kene tekan button yang keluar kat screen. Lambat tekan, game over. Banyak kali dah aku kene. Adoi.

Tapi sebenarnya, apa yang membuatkan jantung berdebar dan tangan menggigil (serius menggigil), ialah kita takut mati. Kalau tak mati, memang rilek je. Macam tu la hidup kita ni. Bila kita menghadapi near death experience, lebih kurang macam tu la kita rasa.

Pape hal pun, aku dah nak abes. Lepas habis gamestory Leon, aku nak habiskan sikit gamestory Ada, lepas tu nak main Final Fantasy 12. Dah lama tak main game RPG.

Current mood: Tak mengantuk. Tapi kalau tak tidur nnt ngantuk kat ofis.
Listen to: Hafiz feat. Siti Nurhaliza - Muara
After this: Tido je la... zzz




0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers