21/10/2012


"Hey Tina, dah lama sampai?" tegur Azie sebelum melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Tina. Kelihatan Harun dan Danish duduk bertentangan dengan Tina.

"Hai Ron, hai Dan. Korang dah lama sampai? Jap ea, aku nak g order dulu. Aku pn lapar. Tak makan lagi ni. Aku ingat hari ni aku nak try la Samurai Burger. Tengok kat Tv macam best je" Azie menyapa Ron dan Dan.

"Tula, sedap tau. Dah licin kami kerjakan ni. Ron siap order dua bijik lagi. Satu mana cukup" ujar Dan sambil mengigit 2 batang french fries.

"Ek eleh, selagi sihat ni la nak makan macam2. Sok2 dah sakit makan bubur McD jela" Ron mempertahankan dirinya.

"Ok guys, chill ea, aku nak turun bawah jap" potong Azie.

Suasana di McD Jalan Pahang sekitar pukul 8 malam itu agak sibuk. Almaklumlah, tgh dinner hour. Barisan di kaunter agak panjang dan menyebabkan krew2 di situ membuat kerja dengan muka seperti baru ditinggalkan awek or boyfriend. Masam dan ketat semuanya. Diluar, krew untuk drive through pun tak menang tangan kerana kereta yang tak putus-putus dari Jalan Pahang.

Selepas 20min beratur, akhirnya Azie mendapat apa yang dipesan. Hajat di hati nak makan Samurai Burger, tapi dah sold out. Sebagai ganti, Azie hanya memesan set McChicke sahaja dan ditambah dengan Mcflurry Orea. Lagipun sekarang , die tengah berdiet untuk audition model Muslimah majalah Nur.

"Sorry guys, aku yang ajak korang study kat sini, aku pulak yang lambat. Memang jem teruk jalan ni. Aku dah keluar rumah kul 7.30 tadi. Aduh, abes pulak Samurai Burger kat sini. Tak sempat aku nak merasa." ujar Azie sambil duduk semula di sebelah Tina.

"Ok la ni, kitorang pun bosan kat rumah tadi. Aku kalau study sorang-sorang kat rumah memang mengantuk" Tina bersuara.

"Lagipun kat sini ada wifi free. Bleh kitorang layan FB and Youtube jap" Dan mencelah.

"So korang dah stat sampai mana ni? Aku bab 8 ni memang blur sket. Yela, aku asyik ponteng kelas je aritu. Keh keh keh" sengih Azie seolah-olah bangga ponteng kelas.

"Kitorang mana stat lagipun. Tak cukup korum mana boleh start. Kitorang sume tunggu ko ni" ujar Ron.

"Aku pun tgh layan Adam dan Hawa kat youtube ni. Kat rumah aku internet takde, Astro pun takde. Kat sini jela kalau nak layan pun. Dan tu dari tadi chatting dgn awek mane2 ntah. Ron plak macam biasa la, sibuk baca pasal blog politik," tambah Tina pula.

"Tula, alang-alang korang pun tak stat lagi, biar aku mam mam jap. Eh, tina, tepi sket, aku pun nak tengok gak Adam dan Hawa ni. Aku miss bape episod ari tu. Bak seini sebelah earphone tu" Azie menyendengkan badan die ke Tina.

"Yela-yela" balas Tina sambil menghulurkan sebelah earphone kepada Azie.

Mereka semua leka dengan aktviti masing-masing. Kelihatan Dan kadang-kadang senyum sendiri selang seli dengan gelak. Mungkin tgh syok layan awek chatting. Sementara Ron pula berwajah agak serius dan sekali sekala mulut die terkumat kamit. Mungkin sedang berperang komen politik dengan pihak parti lawan kot. Sebagai anak muda yang masih mentah dan banyak mendapat info daripada Utusan dan TV3, beliau memang berbulu-bulu betul dengan puak2 PR ni. Mujurlah Dan, Azie dan Tina, tak amik port pasal politik ni. Bagi diorang politik ni buang masa dan sama je perangai dua-dua parti. Kalau tak, mau berperang dengan Ron kalau diorang di pihak PR. Almaklumlah, bapak RON orang kuat UMNO dia kampungnya Jasin.

"Eh eh, dah pukul 10 ni. Bila kita nak start, aku tak boleh balik lambat ni. Area rumah aku tu gelap. Bahaya." tiba-tiba Azie bersuara.

"Ah ah la, dah pukul 10. Aku pn nak tido awal ni. Lagipun sok. Aku nak bangun awal. Kelas pukul 8. Penat aku berperang dengan puak-puak PR ni. Dah lenguh jari-jemari aku ni." Ron membalas.

"Tula, aku pun da macam takde mood je ni. Mata pun dah ngantuk. Awek aku chat ni tak nak aku benti chat. Nak buat macam mana" sengih Dan.

"Aku bukannya apa, best sgt Adam dan Hawa ni. Alang-alang dah layan, biar la layan sampai abes. Kalo tak, tak tenang aku nak study" sambung Tina pula.

"Ok la, macam ni, kita sambung sok lepas kelas la. Ron, meh sini nota ko jap. Dan pun. Aku nak amik gamba. Malas aku nak salin. Nanti aku study kat rumah", kata Azie sambil menekan apps Camera pada skrin sesentuh Samsung Galaxy SII miliknya.

"Aku rasa memang tak bleh study kat McD ni. Ni semua salah diorang la ni. Sape suruh bagi wifi free. Kalau tak mesti aku boleh konsentret punya" kata Ron sambil menyimpan laptop HP Pavillion miliknya di dalam beg laptop Samsonite pemberian ayahnya ketika ayahnya pulang dari menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC tempoh hari. Sementara itu, nafsunya terhadap Samurai Burger belum puas lagi dan berhasrat ingin menapau seketul lagi sebelum pulang ke rumah.

Mungkin Ron terlalu fokus 'berperang' dalam dunia siber sampai tak dengar yang Azie cakap Samurai Burger dah sold out malam tu.

*************************

Aku dapat idea nak tulis kisah pendek ni lepas dinner kat McD Jalan Pahang tadi. Kui kui kui.

Current mood: Esok stat cuti seminggu. Tak tau nak buat apa ni. Dah la petang-petang asik hujan je.
Listen to: Aku dan Kamu - Flop Poppy
After this: Baring-baring jap. Lenguh.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe