30/10/2012


Last aku bukak laptop hari rabu aritu sebelum aku balik kedah. Aku memang selalu update blog kat laptop. Nak update kat phone kecik sangat. Susah nak taip. So hari ni, lepas sampai rumah dan berkemas-kemas barula aku dapat update ape yang patut.

Maka, aku ringkaskan je la ape yang aku rasa nak tulis dalam masa 2 or 3 hari ni.

Kecoh sekarang harga lembu dah naik harga. Mana-mana aku pergi, mesti ada rungutan tentang kenaikan harga lembu nak dikorbankan ni. Dulu-dulu harga sekor dalam sekitar RM2.5 ke 3.5K. Skang ni dah up sampai RM4K ke RM6K. Memang giler. Kalau nak ikut logik, lembu tak minum air bergula, tak guna petrol, tak beli rumah, tak hisap rokok. Tuan die yang guna semua tu, tapi tak pasal-pasal harga lembu yang kene naik.

Sejak belajar kat uni, aku macam dah stop jadik mat surau. Tambahan pulak, AJK surau yang dah berubah dan kebanyakannnya muka baru yang tak kenal aku, lagi tak rapat la aku. Kesimpulannya, aku memang dah lama tak join aktiviti tumbangkan dan lapah lembu. Sejak kahwin, memang makin tak buat ler. 

Raya ni aku balik kampung wife kat Sungai petani dari Khamis sampai Isnin. Sepanjang 3 hari tu, aku melalui hari 'seksaan' makan berat. Memang macam2 saudara belah wife aku masak. Sampai tak larat aku nak telan. Berat pun tambah mendadak. Makanan yang dihidangkan tu pulak dah la sedap2. 

Semalam MU berjaya menewaskan Chelsea. Walaupun perlawanan sangat kontroversi dan menyebabkan orang anti-MU tak habis2 protest kat wall FB, tapi keputusan tu tetap takkan berubah. Dalam bolasepak, keputusan pengadil adalah muktamad. Aku boleh je nak counter provokasi diorang, tapi haters will always hate. So biarkan je la. Lagipun dah muktamad MU menang. Haha.

Sebelum balik KL pagi tadi, aku dapat berita yang kawan aku mengandung anak kedua. Setelah sekian lama akhirnya sampai jugak rezeki. So anak die yang skang ni bakal dapat adik. Tapi sebenarnya aku ada la rasa macam jeles sket. Berita tu agak mengejutkan. Ntah la, patut aku tak bleh rasa macam tu. Dah la membe tu tua 5 tahun dari aku. Awkward semacam je. Dah level2 kakak aku dah. Huhu.


Last but not least, ahad semalam memang kat timeline FB tak putus2 orang update dan mengeluh jalan jem teruk dan secara average, tempoh masa perjalanan meningkat double triple daripada biasa. Ramai gak yang mengeluh sebab nama je highway dan kene bayar tol, tapi jem macam kat Bulatan Pahang or Jalan Loke Yew. Dari dulu, aku dah selalu sound, "Sampai bila kita nak disuap dengan 'biasalah tu, musim perayaan'". Bagi aku itu bukan alasan. PLUS dah untung berjuta-juta dan patut sediakan perkhidmatan yang terbaik la kepada customer tak kira masa. Apa guna nama je Highway, tapi jem macam kat KL. Toll nak kene bayar jugak. kalau mansuhkan takpe jugak. Yang paling aku pelik nape la PLUS ni susah sangat nak tambahkan jadi 3 lane kat laluan sepanjang Perak? Laluan paling panjang highway terletak di negeri Perak. Ok, memang  hari biasa takde masalah, tapi consider la orang nak balik beraya. Letih tau tak perjalanan sampai 12 jam. Dah la, PLUS satu2nya highway yang menghubungkan kesemua negeri kat Pantai Barat. Kalau tgk Autobahn kat German tu, bersimpang siur dalam German. Tu belum lagi cerita nak balik Kelantan yang takde highway. Lagi sedih. Orang yang tak pernah merasa or jarang merasa mungkin la boleh kondem macam-macam. Yang selalu merasa je tau bertapa azabnya tersengguk2 200KM. Bukan 200M, 200,000M.

Besok dah stat keje balik. Aku pun tak tau nak stat dari mana. Sure hari esok orang sume still mood cuti.

Current mood: Haus la pulak. Tadi basuh bilik air malam2.
Listen to: Hotel California - Eagles
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers