22/10/2012


Mulai esok, harga rokok akan dinaikkan 20sen.

Well, aku sebenarnya bukan perokok, tapi disebabkan aku ramai kawan yang merokok, maka, secara tak langsung aku juga menjadi perokok iaitu perokok sekunder. Menghidu asap yang dikeluarkan mereka. Kalau nak diikutkan, perokok sekunder ni lagi bahaya. Aku dah cuba tahan nafas, tapi sikit sebanyak tersedut jugak.

Dalam masa 10 tahun ni, dah beberapa kali harga rokok dinaikkan, tapi jumlah perokok terus bertambah. Sekarang ni budak-budak sekolah hisap rokok dah jadi macam perkara biasa. Budak sekolah perempuan pun dah ramai yang hisap rokok. Di bandar-bandar besar macam KL ni, memang dah jadi permandangan biasa perempuan merokok masa lunch hour or dinner die warung-warung dan kedai makan.

Kenaikan harga rokok ni sebenarnya tak akan dapat hentikan perokok daripada merokok. Orang yang merokok tetap akan cari jalan. Ada rokok gulung. Rokok seludup pun banyak. Biasanya rokok-rokok seludup ni murah sebab tak kena tax dan ini yang menjadi pilihan golongan tak berduit utk teruskan tabiat merokok mcm budak-budak sekolah, pekerja kilang, buruh kasar dsb.

Bagi aku, kenaikan harga rokok di pasaran akan membuka lebih peluang kepada kemasukan rokok-rokok seludup ke dalam neagra. Yang aku nampak sejak harga rokok dinaikkan, makin banyak brand roko yang pelik-pelik dijual pada harga yang lebih murah.

Dari dulu lagi, dah macam2 kempen berhenti merokok dijalankan, tapi tak pernah jalan. Bukan senang utk hentikan tabiat merokok ni especially bila dah jadik habit. Even, letak gambar mengerikan mcam kat atas pun, perokok tak takut jugak. Rilex je.

Cuma aku harap, dengan kenaikan harga rokok sebanyak 20 sen ni, tak akan menyebabkan kenaikan harga barang lain. Nampak macam takde kaitan, tapi tokey2 kilang, boss2 sume hisap rokok. So bleh jadikan alasan jugak la kot.

Current mood: Tension Pienaar kene red card.
Listen to: QPR vs Everton
After this: Tido. Sok nak jogging. Petang asik hujan.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers