31/10/2012

Raya aidiladha ni, masa on the way nak balik kedah, aku dgn wife singgah kat Bukit Merah Laketown Resort. Saje je menyinggah. Kitorang balik awal. So saje la merewang2. First time aku sampai sini. Sebelum ni masa kecik2 dulu slalu je tengok iklan resort ni kat TV. Nampak macam best.

So aku dgn wife amik pakej yang paling mahal. Dapat masuk semua, Naik bot tgk pulau orang utan, masuk eco park, naik buaian kereta kable dan masuk water park. harga tiket RM62. Dapat free air tin 1.

Pulau orang utan dan eco park tak menarik perhatian aku sebab aku ni jenis orang machina. Maksudnya suka kan teknology. Lagipun takde beza macam zoo pun. Binatang pun tak banyak sgt. Binatang jenis dari hutan hujan tropika yang ada kat zoo lain di Malaysia.

Part naik buaian kereta kabel tu best la jugak. Rasa enjoy bila lalu atas waterpark tu. Jarak die pun boleh tahan jauh dan buaian pun gerak slow. Aku rasa dalam 7km/h je kot.

Part yang paling best of coz la water park. Tapi bila tgk condition nye macam dah tak beberapa terjaga. Warna yang dah pudar dan pool yang dah crack merata. Tempat mandi yang best pun kat big swimming pool yang ada ombak dan air masin tu. Lepas tu kalau ada pelampung boleh la main sliding tu. Kalau nak main sliding pun ada satu je. Cuma tempt kanak2 agak meriah aku tengok. Dari atas waterpark nampak besar. Tapi bila dah masuk dalam rasa macam kecik je.

Ok, overall, kalau nak compare dengan Sunway Lagoon, memang kalah teruk, tapi tengok la harga tiker sunway lagoon. So kalau nak compare dengan wetworld shah alam, aku rasa wetworld shah alam lagi better. Tapi tempt ni not bad la jugak. Sesuai untuk bwak family jalan2 masa cuti sekolah dan hari minggu. Environment die tenang dan santai.











Current mood: Rimas rambut dah panjang ni.
Listen to: Cubalah Mengerti aku - Jac, Shiela, Ning
After this: Tido je la. Zzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List