21/10/2012


Dengan rasminya, Kelantan telah dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan ATM dengan jaringan 3-2 di dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan. Final kali ni boleh dikatakan seperti buku bertemu ruas kerana tidak dinafikan tahun ni, kedua-dua pasukan ini ialah yang terkuat dalam bolasepak Malaysia.

Aku puas hati dengan final kali ni sebab ada banyak serangan dan percubaan berbahaya. Permainan juga agak seimbang. Ada beberapa peluang yang di sia-siakan oleh kedua-dua pasukan.

Kelantan memulakan pesta gol dengan Norshahrul Idlan menjaringkan gol pertama dan kemudian dibalas oleh Marlon Alex James. Tak sampai seminit kelantan kembali di depan melalui jaringan Norshahrul Idlan sekali lagi. Rizal Zambry Yahya kembali menyamakan kedudukan. Gol kemenangan Kelantan dijaringkaban oleh Indra Putra dalam masa tambahan.

Maka dengan ini, Piala Malaysia dibawa pulang ke Kelantan untuk kali kedua dan Kelantan mecipta sejarah memenangi gelaran treble buat kali pertama selepas menjuarai Piala FA, Liga Super pada tahun ini. Kelantan merupakan pasukan ketiga di Malaysia yang berjaya mencipta treble selepas Selangor dan Kedah.

Ini sebenarnya bukan kali pertama ATM layak ke final Piala Malaysia. Dulu masa zaman 60an or 70an, diorang pernah layak. Aku tak ingat. Cuma ATM belum pernah menjuarai Piala Malaysia.

Current mood: Sejuk. 
Listen to: Norwich vs Arsenal
After this: Buat milo

2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH..kelate menang :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!

    -From The Red Giant Supporter-

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List