30/10/2012


Masa aku berhenti kat hentian Tapah tadi nak isi minyak, aku terjumpa gambar di atas.

Ok, aku memang terkejut dgn keopenan adik di atas. Selamba giler. Adakah die nak mencetuskan revolusi seksualiti di Malaysia? Then aku terus cari akaun twitter die. Sebelum tu pun, dah bersepah-sepah tweet yang mention adik ni dan maki2 dan marah2. Itulah budaya kita, lebih suka mengeji dan too easy jump to conclusion. Kalau betul la adik ni memang maksudkan tweet di atas, sepatutnya tanya dulu, betul ke, nape jadik macam ni, tanye elok2 dulu. Sebab kita bukan kenal die lagi. Mungkin die ada cerita die sendiri. Mana tau kan?

Disebabkan aku nak kejar masa utk sampai ke rumah sebelum 9.30 sebab wife nak tgk Adam dan asHawa, so aku tak sempat baca detail. Bila aku sampai Restoran Jejantas Sg Buloh sebab nak dinner, baru la aku sempat baca. Rupa2nya akaun die kene tweetjack dan tweet tu bukan die yang buat.


Sian adik ni. Tak pasal2 femes kat twitter. Aku rasa die mesti terkejut dengan penambahan mendadak followers nak tau kisah sebenar. Termasuk la aku. haha. Tapi orang yang buat fitnah ni memang haranmjadah. 

So kepada sesiapa yang pre-emptive maki2 adik ni, diharap dapat minta maaf. Tula, lenkali confirmkan dulu sebab bende ni mmg terlalu fishy. Kalau adik ni dah bekerja or dah berumur or dah tak bergantung pada mak bapak, mungkin la logik sket nak bagi statement 'easy target' macam ni.. Ni rasanya hidup bawah ketiak mak bapak lagi, dah nak confess macam ni. Memang gali kubur sendiri la jawabnya. Haha.

Ok, pape hal, case closed.

Current mood: Bahaya btol kalau akaun kene jacked ni.
Listen to: Dewi - Klangit
After this: Nak cek gambar2.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers