30/10/2012


Baru-baru ni, aku melawat kawan wife aku yang baru amik anak angkat dari pusat perlindungan. Secara automatik, aku teringatkan Sekolah Harapan di Melaka.

Tahukah anda, di Melaka, ada satu pusat perlindungan untuk remaja perempuan yang terlanjur yang dinamakan Sekolah Harapan.

Masa peringkat awal penubuhan awalnya, ramai beranggapan bahawa sekolah ni macam nak menggalakkan remaja terlanjur "ala, kalau terlanjur hantar je kat Melaka tu" lebih kurang macam tu tohmahannya.

Tapi selepas diberi oleh member aku yang juga orang Melaka, aku nampak sekolah tu lebih kepada kebaikan sebenarnya. Macam ni penerangan sebenarnya,

Ok, pusat perlindungan ni sebenarnya untuk gadis bawah umur, or senang citer untuk yang masih bersekolah.  Shit happens, budak tu dah terlanjur dan termengandung. Budak dah ada dalam perut. Takkan la maknya nak menggurkannya. Berzina dah satu dosa, mengugurkan bayi dah satu dosa lagi. Kalau baby tu selamat lahir pun, tak jamin emaknya akan bela atau mak die buang je mana2. Bila perut dah bunting, nak pergi sekolah pun tak boleh. Takkan nak amik SPM/PMR dengan perut yang sarat kan? Buat terberanak masa tgh exam lagi haru.

Maka sekolah Harapan untuk memberikan peluang kedua kepada gadis yang terlanjur ni. Kat sekolah tersebut, diorang masih boleh belajar dan amik exam macam biasa. Cuma environment je yang lain. Identiti pelajar sekolah ni pun dirahsiakan. Hanya family pelajar dan sekolah je yang tahu.

Bila baby tu lahir, sekolah akan bagi dua pilihan kepada emaknya, sama ada nak bela sendiri atau kalau tak sanggup nak bela, JKM akan amik dan serahkan pada mana-mana pasangan yang nak amik anak angkat, tapi lepas tu emaknya takkan dgr khabar dan tau lagi apa jadi pada anak die. So, bila lahir je baby tu, bermakna secara rasminya, emak die pun grad dari sekolah harapan. Apa yang penting baby tu selamat dilahirkan dan hidup. Cuma status tu, memang dah ditakdirkan. Lagipun bayi tu tak bersalah.

Maka, aku fikir, konsep sekolah harapan ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kes pembuangan bayi dan penguguran haram.

Berbalik kepada kisah kawan wife aku tadi, masalahnya skang mak kandung baby tu still ada kontek dengan diorang dan kontek tu agak kuat la jugak. Bukannya apa, takut masa anak tu besar mak die nak amik balik. Skang ni mak die mungkin tak stabil dan kos nak jaga baby ni agak tinggi. Memang diorang ada buat agreement siap dgn lawyer, tapi sebagai ibu kandung, die mesti cari balik anak die suatu hari nanti. Pasti. Kene pulak mana la tau anak kandung die tu jadi seorang yang femes or berjaya nnt kan?

Bila balik rumah, aku terfikir, bila agaknya diorg nak bagitau baby tu yang die sebenarnya anak angkat dan apa reaksi budak tu nanti kan? Selalu scene mcm tu kita jumpa dalam filem dan drama melayu je.

Current mood: Sok tak tau macam mana nak stat keje.
Listen to: Dewi - Klangit
After this: Tido je la....


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe