21/10/2012


Aku sebenarnya malas nak citer pasal kisah ni sebab aku rasa kisah ni macam pernah baca kat internet je. Tapi entah la, selagi aku tak post, selagi tu la aku dihantui. So aku post je la untuk tenangkan fikiran.

Kisahnya macam ni, ada seorang pak guard yang bekerja di rumah seorang dato'. Nak dijadikan cerita, dia telah diberitahu oleh dato yang dato akan berlepas ke London selama seminggu pada hari esok. Dato menyuruh agar die bekerja seperti biasa sepanjang ketiadaannya.

Pada malam itu, pak guard ni bermimpi yang kapal terbang dinaiki tuannya telah terhempas ketika di dalam perjalanan. Lokasi kapal terbang tu terhempas ialah di sekitar gurun Arab Saudi. Selepas itu, pak guard itu pn terus terus terbangun dari tidur." Aku kene bagitau bos aku ni" katanya kepada diri sendiri.

Maka esok harinya, ketika boss die hendak keluar dari pagar rumah, die menahan bossnya dan menceritakan tentang mimpinya semalam. Pada mulanya bossnya agak keberatan dan tidak percaya. Tapi setelah melihat kesungguhan pak guardnya, akhirnya dia mengalah dan membatalkan perjalanannya.

Ternyata, apa yang dimimpikan oleh pak guard tersebut adalah benar. Kapal terbang tersebut telah terhempas dan lokasi kejadian ialah di sekitar gurun di Arab Saudi. Kesemua penumpang dan anak kapal telah disahkan terbunuh. Pak guard tersebut merasa bangga kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa bossnya.

Pada esok harinya, dato' telah memanggil pak guard tersebut datang ke ofis di dalam rumahnya. Dalam fikiran pak guard tersebut, mesti telah terfikir yang dato' mesti nak bagi ganjaran kerana menyelamatkannya. Mungkin akan dinaikkan gaji, dinaikkan pangkat or dijadikan pengawal peribadi. Bermacam-macam khayalan indah bermain di dalam fikiran pak guard tersebut. 

Sebaik sahaja duduk di depan dato', Dato telah mengeluarkan satu sampul surat tebal dan meletakkannya di atas meja. Kegembiraan pak guard itu tidak dapat diperkatakan lagi. "Masyuk la aku hari ni. Duit BRIM hari tu memang dah lama habes. Tak sampai sejam aku dah habeskan pergi beli handphone baru."

"Nah amik ni. Cuba awak tengok apa ada dalamnya." arah dato'.

Pak guard tersebut menurut arahan. Di dalam sampul surat itu terdapat beberapa helai duit RM 100. Kalau ikut ketebalannya mungkin ada dalam RM1500.

"Eh, dato'duit apa ni?" tanya pak guard tersebut yang pura-pura tak faham. Padahal dalam hati, YESSSS!!! Malam ni boleh pergi dangdut. Gelek gerudi sambil layan lagu Kopi Dangdut.

"Itu merupakan gaji awak bulan ni dan pampasan sebulan setsengah. Maka dengan ini saya memecat awak serta merta. Awak boleh balik." kata Dato' dengan tenang dan bersahaja.

Pak guard tu tekedu. Dah la tak berterima kasih langsung, dipecat pulaknya aku ni. Kan aku dah selamatkan nyawa die.

Soalannya, kenapa dato' pecat pak guard tersebut?

Kesimpulannya ialah, dalam dunia sekarang ni, buat baik tak semestinya di balas dengan baik. Hoho.

**********

Jawapan kepada soalan di atas ialah, mustahil untuk ko bermimpi tanpa tido. Kalau tuan die takde seminggu, lagi rancak la die tido. Kalau pak guard tido, sapa nak jaga rumah dia?

Current mood: Tertanya, nape Arsenal ni susah sangat nak makan Norwich?
Listen to: Norwich vs Arsenal.
After this: Tido... tapi lepas abes game la.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers