16/10/2012


Kadang-kadang kenangan ni datang tanpa diduga. Die macam pop up tiba-tiba. Macam mentol menyala dalam kartun dulu-dulu.

Pada suatu pagi, aku breakfast nasik lemak. Nasik lemak tu sambal die pedas semacam. Lepas makan kat cafe, aku jalan la ke ofis. Masa jalan tu tiba-tiba perut aku rasa panas. Mungkin kesan daripada makan sambal pedas tadi. Lantas secara spontan aku teringat satu kisah yang berlaku kat sekolah aku dulu. Kisah benar ni. Bukan cobaan.

Pada suatu pagi, semua murid dipanggil ke tapak perhimpunan. Aku pelik sebab selalunya perhimpunan hanya hari Isnin. Disebabkan aku agak skema masa sekolah dulu, aku selalu terpacak lebih awal di tapak perhimpunan. Aku tengok masa tu muka pengetua, penolong kanan dan guru displin agak serius. Masa tu pengetua sekolah ialah seorang perempuan. Kira macam lewat 40-an da. Gaya memang macam mak datin. Pergi sekolah pun naik BMW dan ada parking khas.

Rupa-rupanya koperasi sekolah kitorang kene pecah. Pencuri tu masuk ikut tingkap sebab tingkap tu takde grill. Agak bijak jugak la bila bilik yang simpan banyak barang berharga takde grill. Jumlah kecurian agak banyak. Kalau tak silap aku, duit hilang dalam RM300, then lencana sekolah, baju sukan, coklat-coklat, keropok dll. Ala ape la sangat barang dalam koperasi sekolah.

Bila berlaku kecurian, next step ialah mencari siapakah pencuri tu. Oh ye, kalau tak silap jugak, kecurian tu berlaku sebelah petang. Masa tu ada satu sesi je sebab murid-murid tak ramai. Sekolah baru. Bau kedai lagi.
Masa tu aku ada berangan la jugak nak siasat sebab terpengaruh dengan komik Penyiasat Remaja. Tapi takut aku plak kene syak balik, baik tak payah. Kes ni memang jadi kes polis. Memang polis ada datang sekolah siasat.

Masa perhimpunan pagi tu, pengetua punye la marah. Biasala, perempuan berumur. Kitorang sume duduk dengar je la. Nak wat ape kan? Nak melawan kang kene tukar skolah pulak. Agak lama jugak la. Yang bijaknya, siap tanya, Siapa yang buat, baik ngaku sebelum pihak sekolah jumpe dan ambik tindakan. Memang haram la budak nak ngaku. Ape daa. Mana ada penjenayah nak ngaku. Gile ape. Kene pulak depan ramai-ramai macam tu. Lagi la nonsense.

Ingatkan esoknya kes tu dah setel, sekali lagi kitorang semua dipanggil ke tapak perhimpunan.Kali ni aku tengok ada 2 tempayan besar kat atas stage. Ada air dalam tu rupanya. Tapi bukan air biasa, air Yassin. Mengikut kata pengetua, die dah mintak tolong tok imam bacakan yassin air tu. Gile la, 2 tempayan tu. Solution yang difikirkan oleh pengetua aku masa tu ialah, semua orang kene minum air yassin tu. Sape yang bersalah, nanti die akan sakit perut. Deheck? Genius btol solution pengetua ni. Belajar punyela tinggi, itu solutionnye? So disebabkan malas nak citer, semua orang minum air tu. Yang non-muslim pun kene jugak. Aku tengok muka diorang masa minum tu macam takut-takut.

Ingatkan dah setel, rupa2nya esok kitorang kene panggil lagi ke tapak perhimpunan. Tapi kali ni lepas rehat. Rupa-rupanya, student non-muslim ni, balik mengadu kat parents diorang yang diorang macam kene paksa minum 'holy water' islam. Konon2nya macam nak suruh convert Islam. Pulak dahh... Patut la pagi tu aku nampak ada beberapa parents non-muslim berkumpul depan opis pengetua.

So masa perhimpunan tu, pengetua terpaksa la explain balik tindakan diorang tu kepada student non-muslim. Masalahnya explain macam mana pun, rasa gusar dan sangsi tu mesti ada. Lebih dramatik lagi, ada student cakap, diorang balik muntah-muntah lepas minum air Yassin tu. Adoii...Disebabkan kebijakan pengetua memilih solution, akhirnya datang pulak masalah lain. Haha.

Akhirnya entah macam mana, pencuri sebenar berjaya ditangkap. Kalau tak silap ada 3 orang. Yang aku perasan, ketiga-tiga budak tu, minum jugak air yassin tu, tapi steady je. Selepas berbincang dan menggunakan budi bicara, kes tu setel kat luar je. Means polis dan pihak sekolah tak dakwa budak-budak tu. Sebab bila dakwa dah jadi kes juvana. Buruk rekod. Parents diorang pun dah bayar sume ganti rugi dan ketiga-tiga budak tu ditukarkan sekolah. Begitu la endingnya.


Apa yang aku nak pointkan kat sini ialah, bila ada problem, biasanya kita akan ada lebih daripada solution, pelbagai solution kita boleh pilih, cuma pilih la solution yang tepat dan bijak. Sebenarnya kita boleh juga menilai sesorang tu berdasarkan cara die setelkan problem. Ni pengalaman aku dalam alam pekerjaan la. 

Nasib baik la polis kat negara kita yang aman damai ni tak gunakan teknik mencari penjenayah macam pengetua sekolah aku gunakan dulu. Kalau tak, mampuih la nak cari penjenayah.


Current mood: Hujan gerimis di luar mengingatkan aku kepada Barcelona.
Listen to: Sahabat - Najwa Latiff
After this: Carik something.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe