15/10/2012


Sebenarnya dulu, aku takde la janji dengan membe aku. Tapi aku ada cakap yang aku nak bagi review movie ni lepas tengok. Well, late is better than never.

Bagi siapa yang tengok Taken, mesti korang tau siapa "Marko from Tropoja" dan "Good luck". Dua tag line ni yang menjadikan filem ni menarik dan menjadi sebab kenapa aku tengok movie ni dengan kawan-kawan sebab kitorang memang terpengaruh dengan dua tag line tersebut.

Kalau masa Taken, anak die kene culik, tapi motif kali ni nak balas dendam sebab Bryan (hero) bunuh semua geng2 Marko. Kali ni bapak Marko pulak nak balas dendam. Kalau masa Taken dulu, lokasi filem ialah France, kali ni ialah Turki.


Secara ringkasnya, Bryan bersama isteri dan anak die bercuti di Turki. Dalam masa yang sama, geng2 bapak Marko dapat tau dan amik kesempatan ini untuk membalas dendam dengan merancang untuk menculik mereka sekeluarga. Ini bertujuan untuk bagi Bryan rasa penderitaan macam mana kehilangan orang tersayang.

Akhirnya Bryan perasan plan geng bapak Marko ni dan cuba menyelamatkan isteri dan anak die. Tapi isterinya tertangkap jua. Geng-geng jahat juga berusaha untuk menangkap anak Bryan, namun anak die yang hot tu berjaya melepaskan diri. Seterusnya, menolong Bryan untuk melepaskan diri. 


Selepas insiden kejar mengejar, tembak-menembak, drift2, belasah-belasah, akhirnya Bryan berjaya juga melepaskan isteri die yang juga pernah berlakon sebagai Rogue dalam X-Men II, dan menghapuskan semua geng bapak Marko termasuk bapak Marko sendiri.

Overall, bagi aku kalau nak compare dengan Taken, Taken lagi best sebab scope pencarian die besar dan mission die lagi susah. Bayangkan, kau kat US, anak ko kene culik kat europe dan kau tak tau siapa penculik tu dan di mana diorang. Tapi Bryan dapat carik balik anak die dalam masa 72 jam je. Cara die carik yang buat best tu.


Lagipun dalam Taken 2 ni Bryan dah macam James Bond zaman dulu2, perfect je tindakan die. Orang jahat yang jauh lebih muda, pun tak bleh nak setelkan orang tua macam die. Ape da. Bagi aku, bila hero tu terlalu perfek, cerita tu akan bosan sebab mana ada manusia perfek. Yang aku pelik macam mana die bleh hafal semua jalan-jalan tikus Istanbul tu padahal die tak pernah dok situ.

Then antara typical features dalam citer ni, orang jahat baik sangat sebab tak bunuh terus, orang jahat tembak tak kena-kena, lepas tu hero memang sampai tepat pada masanya, anak die yang baru dapat lesen tu pandai pulak buat drift dan bawak macam pro yang paling ketara, hero sorang bleh setelkan sume orang jahat macam cerita hindustan.


Tentang part orang dok heboh kata Taken 2 ni hina islam, korang kene tengok dulu taken, then korang decide la sendiri. Nilaikan sendiri. Baru fair. Sebab cerita-cerita yang ada sequel ni korang kene tengok dari awal, baru boleh nampak the whole pictures. Contohnya macam The Dark Knigh Rises dulu, ramai komplen kata tak best dan tak paham. Nak bagi best dan paham, korang kene tengok dari Batman Begins dulu. Cerita die berkesinambungan. Next time, untuk cerita-cerita yang ada prequel dan sequel, korang kene tengok dari awal. Baru boleh faham.

Overall, Taken 2 ni kurang umph compare dengan Taken. Rating yang aku bleh bagi average. 3.5/5. Cuma yang buat best ialah hero die Liam Neeseon. Nak tau ape yang bestnye Liam Neeson ni, cube la korang cari watak-watak yang die pernah lakonkan. Baru korang tau. hehe.



Current mood: Sakit kaki dan kepala.
Listen to: Kau telah pergi - Farahdhiya
After this: Sapu minyak kat kaki lepas tu tido.


1 comments:

  1. i see i write ko tak.passs laa!!ko.nak ulas pun ko xpandai!!main.hentam je tulis!!gi jahanam la ko!mmg cerita taken 2 ni hina islam pun..ko ulas ayat ko pun tungang langang..mmg sah2 dorang hina islam..kita org dah tgk dah taken 1 dan taken 2..bukan ko sorang pala hotak je tgk!!isteri byran dlm filem taken ni berlakon watak sebagai JEAN atau phoniex la..dalam cite xmen..bukan rogue la!!!buta seni tol ko ni..satu lagi ko nak eja the dark knight pun ko xreti...of cos suma org tgk sequel pa2 sja filem la..bkn ko sorang ja minat tgk movie..bodoh..liam neeson mmg pandai berlakon..ko ka buta tuli xpandai nk ulas..cakap baanyaaakkkkkk pulakkksss!bikin malussss jerksssss!!! hahahahahhha

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers