19/10/2012


Ain dan Lin merupakan kawan baik. Pekenalan diorang masa orientasi telah membawa kepada persahabatan sehingga ke semester terakhir. Perbezaan fizikal dan lifestyle mereka tidak mempengaruhi persabatan mereka. 

Ain merupakan pemain netball wakil universiti dan mengamalkan gaya yang hidup yang sihat, suka bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Sebab itu Ain mempunyai badan iras-iras Mila Jovovich. Jenis athletic. Berbeza pula denagn Lin yang mengamalkan gaya hidup yang malas dan tidak sihat. Selepas balik kelas, die mesti singgah di koperasi, membeli jajan untuk dimakan ketika melayan drama korea yang bertimbun dalam laptop miliknya. Makan nasi 3 kali sehari. Lin juga langsung tidak gemar bersukan, alasan 'asma' selalu digunakan jika diajak sertai aktiviti fizikal. Pendek kata memang malas sungguh. Badan pun dah lebih kurang macam bluehyppo. Namun tidak menjadi masalah, yang penting hepi dan air coke kene minum setiap hari.

"Lin, aku bukannya apa, tapi aku risau la tengok ko ni. Daripada 1st year sampai skang, badan ko makin kembang la. Naik risau aku. Bukannya apa, takut nanti datang penyakit," tiba-tiba Ain bersuara ketika mereka sedang melayan drama korea.

"Eh eh ko ni Ain, aku sendiri pun tak risau. Aku tak kisah pun. Yang penting aku hepi. Ala, kalau penyakit tu nak datang nak buat macam mana. Dah takdir. Lagipun kalau kau jaga kesihatan macam mana pun, esok-esok mati jugak kan?" Lin menjawab sambil mengunyah keropok twisties merah kegemarannya.

"Lin, ape kata esok ko ikut aku jalan-jalan kat tasik tu. Aku rasa dah lama dah ko tak beriadah ni. Jom la ambil angin kat luar. Ko tak bosan ke balik kelas terus terperap dalam bilik. Bersenam la ske. At least dapat bakar sikit lemak kat badan ni" Ain cuba pancing Lin supaya dapat jalan-jalan dengan die esok.

"Amboi, aku tau la badan aku banyak lemak. Tapi malas la aku. Buat apa jalan kat tasik tu. Dah la banyak nyamuk, kang jatuh dalam tasik aku mana reti berenang. Lagipun aku ni cepat berpeluh. Rimas la." Lin menjawab.

"Ko ingat aku tak risau ke badan aku macam ni. Aku ada la risau jugak. Tapi ko abukan tak tau, aku mana suka aktiviti outdoor ni. Tapi kebetulan ko cakap ni, aku nak tunjuk la satu bende ni. Aku baru beli 3 hari lepas. Sepupu aku jual. Namanya Omega NanoLoss. Nah tengok ni." Lin menghulurkan satu tin yang seda-sedang kepada Ain. Tertera tulisan Omega NanoLoss bewarna biru di atas tin tersebut.

"Sepupu aku tiba-tiba offer kat aku. Die sian tengok aku badan makin tembam macam ni. So die suruh la aku cuba. Ada website die kalau ko nak baca. Sepupu aku kata aku kene habeskan 3 tin at least kalau nak kurangkan berat 20 kg dalam masa 2 bulan. Dulu die pun tembam macam aku gak, tapi die kata lepas die minum separuh tin, die dah nampak perbezaannya. So lepas ni ada chan la aku nak kurus. Hehe" cerita Lin dengan mata yang bersinar-sinar macam dalam kartun Sailormoon.

Sambil memegang tin tersebut, Ain berkata "Laa bende ni ke? Aku dah tau bende ni lama dah. Dulu kakak ipar aku dah guna. Tapi takde beza pun aku tengok. Aku pun ada dgr dgr khabar angin kononnya model yang berlakon sebelum dan selepas tu diupah. Diorang amik gamba masa die tgh gemok, then diorang hantar die pergi Mary France Bodyline. Sebb tu boleh slim dalam masa 2 bulan. Tapi part tu memang diorang takkan citer la."

"Lagipun cuba kau baca kat tin ni. Kan ada tulis. "Penggunaan Omega NanoLoss perlulah disertai dengan diet dan seimbang dan senaman yang konsisten". Mesti ko tak baca kan?" Ujar Ain lagi.

"Ala ko ni Ain, bagi la semangat sket. At least aku ada usaha tau. Yang penting aku berusaha. Selebihnya terserah pada Allah swt. Yang penting niat aku ikhlas nak kuruskan badan. Lagipun mahal aku beli ni. Satu tin RM500. Made in German menggunakan teknologi Nano Jepun ni. Takkan la tak berkesan." Lin macam terasa dgn info Ain. 

"Yelah Lin, ikut suka kau la. Lagipun duit kau. Bukan duit aku. Papehal, good luck k? Aku nak tido ni, sok aku nak bangun awal. Nak jogging kat tasik. Nite2" Ain malas bertekak dengan roomate die.

"Eleh, jeles la tu. Ntah-ntah nnt bila aku dah kurus, aku lagi cun daripada dia. Takpe, aku akan buktikan" kata Ain dalam hati sambil menyedut air coke dari dalam tin.

 *****************************

Korang nak tau tak macam mana idea ubat kuruskan badan ni boleh tercipta? Sebab orang yang cipta tu tau yang kat dunia ni, selalunya orang yang badan overweight ni jenis malas. Kalau die rajin die takkan overweight punye. Bila orang tu malas, biasanya die akan sentiasa cari jalan mudah untuk setelkan masalah die. Maka, pencipta ubat langsingkan badan ni akan ambil kesempata dengan mencipta ubat yang boleh kuruskan badan. Satu solution yang sangat disukai oleh golongan overweight yang malas ni. Mahal pun takpe, janji tak payah berpeluh-peluh.

Kamon la, kalau ada ubat yang boleh membuatkan ko maintain fit, walaupun ko melantak macam perut ko angkasa lepas dan langsung tak bersukan memang senang la hidup ni. Tokey gym sume tutup gym. Masalah penduduk dunia pasti boleh diselesaikan dengan mudah.

Memang takde cara lain or shortcut untuk dapatkan bentuk badan yang menawan melainkan dengan bersenam secara konsisten dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kecuali kalau genetik korang memang metabolisma tinggi. Makan satu dulang pun tak gemok2 jugak. Tak caya cube ko pergi tanya atlit2 or artis hollywood macam mana diorg dapat badan cantik macam tu. Ko takkan dgr punye diorang jawab "saya mengamalkan minuman Omega NanoLoss" kecual memang diorang dibayar untuk cakap macam tu la.

P/s: Aku tgk orang yang jual tu pun badan comel-comel. Macam mana tu? Macam tak jalan je?

Current mood: Lenguh jari. Dah lama tak menaip panjang macam ni,
Listen to: Fiona - 4U2C.
After this: Tido jela....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers