06/11/2012


Sempena peperiksaan SPM yang baru bermula hari ni, aku tiba2 terdetik nak tulis short story neh. Ini adalah gabungan daripada pengalaman aku sendiri, kawan2 dan rekaan sesedap rasa. Agak panjang jugak. Kalo larat baca la. Kalau tak larat, abaikan. Enjoice~

----------------------------

Fina hanya mampu melihat sahaja pasangan itu berlalu. Terasa seperti dia telah membazirkan masa hidupnya selama 10 tahun begitu sahaja. Namun die perlu terima hakikat yang masa itu bergerak sehala. Dia berharap agar mesin masa doraemon itu wujud di dunia realiti. Fina ingin kembali ke masa lepas dan membetulkan kesilapannya..... kesilapannya kerana terlalu mengejar straight A's dalam SPM.....

*****10 tahun lepas*****

"Macam mana dengan tusyen tadi? Ok tak? Banyak soalan teacher bagi?" kata puan Tasya kepada anaknya Fina. Kelihatan anaknya sedang menghirup cendol kacang merah dengan sopan. Almaklumlah, anak gadis. Kene la jaga adab. Kalau tak jatuh saham nnt.

Fina tersenyum kepada emaknya. Namun senyumannya sedikit pahit. "Ok je mak. Lagipun soalan yang die bagi tu pun die cedok daripada buku-buku koleksi soalan SPM tahun tahun lepas. Fina dah khatam dan pun hadap soalan2 die tu. Siap dah hafal jawapannya lagi. Bukan susah pun. Soalan lebih kurang je pun."

"Mak, Fina nak skip kelas tusyen utuk malam ni boleh tak. Fina letih la mak. Lagipun cikgu tusyen tu pun amik soalan2 past year jugak. Fina boleh buat sendiri kat rumah. Bukannya apa, Fina letih. Tusyen non-stop minggu ni" Fina cuba untuk memujuk emaknya. Tapi niat sebenarnya ialah hendak menyaksikan siaran Konsert Big Bang yang akan ditayangkan di Astro KBS malam ni.

"Fina, kan SPM tinggal lagi 2 bulan je. Kamu kene banyakkan lagi buat latihan. Mak nak pastikan kamu dapat straight A's. Kalahkan sepupu-sepupu kamu yang lain. Kawan2 mak kat ofis pun anak diorang ramai straight A's sebelum ni. Kalau kamu tak dapat, mana mak nak letakkan muka nnt. Kan ni bagus untuk masa depan Fina jugak. Mak tak nak kamu jadi macam Lan tu. PMR aritu dapat 4A je. Sok2 pas SPM die sambung je la bisnes kedai makan mak die ni" balas Puan Tasya.

"Yelah mak" ringkas saja jawab Fina.

"Lan lagi. Tak habes2 mak aku ni" getus Fina dalam hati.

Masih segar lagi di ingatannya bila mak die berbangga dengan mak Lan tentang kejayaannya mendapat straigth A's dalam PMR 2 tahun lepas. Bila balik kampung berjumpa saudara pun mak dia nak mencanang jugak. Padahal sebelum ni dah kecoh pun kat dalam FB.

Bagi Fina, bukan susah sangat pun exam PMR tu. Soalan past year bertimbun2 jual kat kedai buku. Soalan exam pun lebih kurang je macam soalan yang jual kat kedai. Dok rotate tu je. Amik dari bank soalan. Nasib baik memori Fina agak kuat. Maka dia perlu menghafal sahaja soalan dan jawapan past year. Mudah baginya.

Lan ialah anak kepada puan Ani iaitu pemilik gerai kecil di medan selera ni. Puan Ani ialah ialah ibu tunggal dan memiliki 5 orang anak. Lan anak sulung. Sebab tu die selalu kelihatan menolong mak die die gerai selepas balik sekolah. Fina pun pelik. Bila masa pulak Lan nak belajar. Lan pula terkenal dengan kaki main video game. Malah die sanggup kumpul duit up.ahnya untuk membeli PSP Vita. Ketika ada masa lapang die leka bermain PSP Vitanya. Sebab tu keputusan PMR Lan hanya sekadar 2A, 3 B dan 3C sahaja. Disebabkan keputusan yang 'lemah' di mata masyarakat di Malaysia ni, maka Lan hanya dapat belajar di Kelas Ekonomi sahaja. Kelas yang sering dianggap untuk pelajar yang gagal.

Fina sebenarnya takde la rapat dengan Lan. Tapi memandangkan diorang dah sekolah bersama sejak darjah 1 lagi maka die kenal gitu2 je la. Sekali sekala bertegur juge. Fina perasan yang Lan agak merendah diri dengannya memandangkan mak nya hanyalah peniaga kecil2an sahaja dan dianggap pelajar 'tak cemerlang' sebab tak duduk kelas sains. Berbeza dengan Fina yang dianggap sebagai 'harapan' pihak sekolah ataupun seperti golongan aristokrat kerana duduk di kelas sains tulen. Layanan cikgu juga amat berbeza antara pelajar kelas sains dan kelas bukan sains.

Entah la, sebenarnya Fina tak pedulikan semua itu. Dia sebenarnya nak menjadi seorang pendidik. Tak kira la sama ada cikgu atau pensyarah. Malah dia selalu berangan2 menjadi cikgu ketika di dalam kelas. Namun atas desakan ibunya yang nak juga dia menjadi doktor, engineer atau arkitek die terpaksa mendengar arahan maknya. Tambahan pula, kehidupannya sekarang ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya. Dia tak mahu jadi anak derhaka.

*****6 tahun lepas*****

"Izah, ko dah siap assignment yang kene hantar esok? Aku tak paham la. Mintak tolong ajar sket. Hehe" Fina buat gaya manja2. 

"Nah amik la. Ko salin dulu. Nanti part mana yang tak paham tanya aku. Tapi ayat tu tukar2 la sket. Jangan la nampak sama sgt. Aku pun tak sure betul ke tak jawapan aku ni. Aku main belasah je" balas Izah leka berbalas sms dengan bf nya.

" Okie dokie. Sayang ko Izah. Izah comey la hari ni. hehe" usik Fina pula.

"Yela tu Fina. Dah siap jom g makan kat cafe. Hari ni bf aku sibuk nak main futsal. Tak nak dating. Tension plak aku" balas Izah frust.

Fina kini pelajar tahun 3 jurusan kejuruteraan awam di Uitm Shah Alam. Setakat ini, Fina telah berjaya memenuhi expectation emaknya untuk menjadi seorang professional. Dengan keputusan straight A's dalam SPM, Fina sebenarnya tiada masalah untuk memilih bidang apa yang dihajatkan selepas habes sekolah. Namun setelah berfikir dan berbincang dengan maknya, akhirnya die mengambil keputusan untuk memilih jurusan kejuruteraan awam. Fina pernah menyatakan hasratnya kepada maknya untuk mengambil Ijazah dalam bidang perguruan namun ditentang oleh  maknya dengan alasan kerja sebagai guru tak glamer.

Walapun mengambil jurusan yang glamer, tapi sejak dari tahun pertama lagi Fina memang mengalami masalah untuk mengikuti bidang tersebut. Ini kerana di universiti tidak seperti di sekolah di mana semuanya disuap. Kat universiti semua kene cari sendiri. Nota yang diberikan oleh pensyarah pun terlalu ringkas. Macam tak payah ada lecturer pn takpe. Ya, di universiti memerlukan skill survival yang tinggi. Di rumah dan asrama ada mak bapak or warden yang tolong jaga. Di zaman universiti, semuanya bebas, tiada siapa yang mengawal. Pandai2 la nak hidup. Sebab tu ramai pelajar yang cemerlang SPM dan matrix kecundang di zaman Universiti.

Soalan-soalan exam pula, semuanya lebih kepada masalah praktikal. Tiada lagi soalan kitaran yang diambil dari bank soalan. Soalan biasanya dibut oleh lecturer or panel2 yang berbeza pada setiap sesi. Soalan tu bergantung kepada mereka sepenuhnya. Ikut kepala masing2. Biasanya soalan exam kat universiti lebih kurang macam ni la, masa dalam kelas, soalan yang diberi tu susahnya macam nak buat kete sorong. Soalan masa ujian pulak, susahnya macam nak buat kereta go-kart. Soalan final exam pulak susahnya macam nak buat kereta ferrari. Skill kuat menghafal dah tak beberaapa membantu. Tetapi apa yang penting ialah pemahaman kepada fundamental theory. Kalau faham fundamental, pusing belit macam mana pun, mesti boleh faham.

Persekitaran yang baru ni amat sukar buat Fina yang hidup di dalam environment yang terkawal sebelum ini. Kemahirannya yang kuat menghafal tidak beberapa berguna di zaman universiti yang memerlukan pemahaman. Fina berasa amat tertekan kerana perlu mengambil 18 jam kredit setiap sem. Dengan assignment dan kuiz yang bertimbun, syllibus yang pantas menyebabkan Fina tidak mampu mengejar dengan sempurna. Akibatnya resultnya sepanjang 3 tahun ni level2 average sahaja. Apa jadi pun, die mesti grad dengan 3 pointer. Kalau tak memang susah nak cari kerja. Itulah  kata2 azimat daripada mak dan senior2nya yang kini sudah berada di alam pekerjaan.


*****2 tahun lepas*****

"Aduh, malas betul nak kerja hari isnin ni. Monday Blues btol. Dah la hujan lebat pagi ni. rasa nak tido balik je pagi tadi" Tina cakap sorang2 sebelum keluar dari kereta Myvi miliknya.

"Morning Fina. Apasal monyok semacam ni. Orang lain pun Monday Blues jugak. Tengok macam aku ni,rileks je. Hehe" satu suara menegurnya dari belakang.

"Alah Fuad, tau la MU menang semalam. Kalau tak mesti ko pun monyok gak pagi ni" balas Fina sambil menuju ke lif.

"Eh, ko tengok ke? Ingat tak bola"

"Tak la, aku dengar kat radio tadi. Lagipun ex aku dulu minat MU sebab tu aku tau.sket2." Balas Fina.

"Lepas touch kad, jom teman aku g breakfast. Ko pun tak makan lagi kan?" Fuad mengajak.

"Tak la, aku dah makan roti dalam kereta tadi. Lagipun aku takde la lapar sangat. Lagipun pagi ni aku ada 2 meeting dengan klien penting. Lepas tu petang pulak aku nak kene visit site" balas Fina.

"Alah ko ni. Sibuk semacam je. Yela2" Fuad agak kecewa.

Kini Fina telah bekerja di MMC Gamuda sebagai civil engineer. Begitulah rutinnya setiap hari yang sibuk. Kerja dari pagi sampai ke malam. Kadang2 hari minggu pun kene kerja jugak sebab nak kejar dateline. Kesibukannya bekerja menyebabkannya kurang masa untuk bersosial dengan rakan2. Bukan die takde akaun FB, tapi balik kerja pun dah penat. Takde masa nak layan sangat.  Ada jugak kadang2 die berchatting dengan sorang dua lelaki, tapi tak lama sebab asik stop msg lama sgt.

Kadang2 sebelum tidur, Fina ada terfikir, adakah kehidupan begini yang die nak? Segala straigt A's masa SPM dan PMR dulu berakhir macam ni? In the end jadi hamba duit jugak. Kurang masa untuk berhibur. Tekanan kerja yang tinggi. Gaji yang cukup2 makan lepas setelkan sume hutang. Terpaksa menempuh jem pagi2. Kerja sampai malam. Die telah mengorbankan sebahagian besar zaman sekolahnya dengan belajar untuk dapatkan straigt A's dan endingnya adalah begini?

*****Hari ni...... Setengah jam sebelumnya....*****

Fina merenung lelaki yang sibuk membelek Ipad3 yang duduk di bangku itu keseorangan. Rasanya die macam kenal lelaki tu. Kalau tak silap...

"Assalammualaikum, awak ni Lan kan?" Fina memberanikan diri menegur lelaki itu.

Lelaki itu memandangnya atas dan bawah sambil mengerutkan sedikit dahinya.

"Awak ni Lan anak kak Ani kan? Yang jual rojak dan cendol kat medan tu kan? Ini Fina la, anak Puan Tasya yang selalu makan kat gerai mak awak dulu." Fina menambah lagi.

Kali ni lelaki itu membuat wajah terkejut dan kemudiannya tersenyum. 

"A'ah la. Sekarang baru saya teringat. Rasanya dah lama kita tak jumpa kan? Rasanya last sekali masa jamuan raya kat rumah cikgu Shida lepas SPM tu kan?" balas Lan.

"Yela kalo tak silap. Hehe" Tanpa dipinta Fina sukarela duduk di sebelah Lan.

"Apa khabar mak awak? Sejak kerja ni memang dah lama tak singgah. Meniaga lagi?" tanya Fina.

"Alhamdulillah. Bisnes jalan lagi, tapi skang ni adik saya dgn wife die yang sambung. Mak duk rumah je, Kitorang suruh rehat2 je" Balas Lan.

"Tula dulu saya selalu je tgk awak main game kat kedai. Bila saya ingat awak mesti saya ingat game. Hehe. Dulu lepas SPM awak sambung belajar kat mana? Cerita la sket." Fina cuba mencungkil kisah hidup Lan.

"Haha. Dah lama dah citer pasal SPM tu. Dulu lepas SPM saya amik course sains com je. Software engineering. Yela, result SPM stakat 3A je. Mana lepas nak amik engineering macam awak.. Hehe. Lagipun mak saya memang tak kisah pun pasal pelajaran kitorang. Yang penting, kalau boleh belajar, sambung. Kalau tak boleh belajar sambung je bisnes gerai ni. Kitorang sume adik beradik macam tu. Adik saya yang bawah saya skang kat Mesir. Dia minat belajar agama. Bawah dia pulak jadi pegawai bank. Baru je stat keje. Then yg ketiga, kerja sebagai technician, yang no 4, sambung kedai makan dan yang bongsu pula sekarang sedang belajar di universiti dalam bidang food science." Cerita Lan panjang lebar.

"kenapa awak amik sains com ea? Dulu mak saya cakap course macam tu takde masa depan" Fina bersuara.

"Entah la, awak tau la, saya memang dari kecik minat main game. Melalui main game tu la saya mula belajar pasal komputer. Makin lama makin rasa minat. Tu yang saya amik. Tapi memang btol pun. Masa tu, ramai course mate saya cakap diorang tak minat pun sains com, tapi dah tak bleh pergi bidang lain. Diorang anggap macam bidang buangan. Tapi bagi saya sc com adalah future sebab masa akan datang semua bidang akan gunakan komputer kan? Tapi yang penting saya minat dan saya sendiri yang pilih bidang ni" sambung Lan lagi,

Fina hanya mendengar sambil menangguk.

"Tula. Saya lepas grad keje sebagai engineer. Tapi lifestyle engineer tak sesuai la untuk orang macma saya ni. Saya rasa esok2 kalau dah kahwin lagi tak sesuai. Sebab tu la saya nekad untuk berhenti dan apply DPLI ni. Lagipun saya dah fedup. Dari kecil saya tak pernah buat keputusan sendiri. Semua mak saya yang arahkan. Memang la ada gaduh sket dengan mak saya. Tapi kali ni saya memang nekad nak jadik cikgu. Inilah dream job saya sejak kecil lagi." ujar Fina sambil membelek2 Fail di tangannya yang tertulis:

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Peguruan Sultan Idris

"Eh, awak bua apa kat sini? Awak pun amik DPLI ke?" Dalam hati Fina, adakah mereka ditakdirkan untuk berjumpa setelah lama terpisah mempunyai maksud tertentu? Hatinya mula berbunga.

Tiba-tiba ada seorang gadis datang menghampiri mereka...

"Er Fina, perkenalkan ni tunang saya Sofea. Sofea, ini Fina, kawan saya sekolah abang sejak darjah 1 lagi." Lan memperkenalkan Sofea kepada Fina.

Mereka berjabat tangan.

"Sebenarnya saya kat sini nak jemput tunang saya ni. Sok sepupu die kahwin. So kitorang nak gerak ke Alor Star jap lagi. Hehe. Sofea bekerja kat sini sebagai tutor. Lepas ni die nak sambung master then PHD. Macma saya ni dah tak minat nak belajar. Cukup la degree je." Lan berkata sambil tersengih.

"Ok la Fina, kitorang gerak dulu ea. Nah, amik kat saya ni. Pape hal kontek la. Jangan lupa add FB ea. Ada masa datang la gerai mak saya nanti. Mesti dah lama awak tak makan kan?" ujar Lan sambil menghulurkan kadnya.

Mereka kemudiannya berlalu. Sebelum itu, Sofea sempat bersalaman dan senyum kepada Fina. Fina kemudian melihatnya kad di atas tangannya;

Azlan Mohd Azim
Senior Programmer
Software Development Department
Microsoft Malaysia

Ketika itu, kotak fikiran Fina berputar dengan ligat kembali mengimbas satu demi satu peristiwa yang dia alami sepanjang 10 tahun ni. Semuanya berlaku pantas. Susah untuk fikirannya memproses satu demi satu memori yang mengalir deras di benaknya. Namun kemudiannya imbasan memorinya terhenti ketika die mendapat straight A's masa PMR dulu.. adakah ini endingnya setelah mendapat straight A's ketika di sekolah dulu.

Perlahan-lahan Fina melangkah menuju ke keretanya. Sudah terlambat untuk mengubah masa silam. Apa yang penting sekarang ialah masa depan. Apa jadi pun, hidup ni harus diteruskan.....


Current mood: Harap2 malam ni boleh tido awal. Sok banyak keje kat opis
Listen to: How we Do - Rita Ora
After this: Buat Milo. Minum milo panas masa hujan lebat mmg tenang.


2 comments:

  1. Exam oriented make our life with no passion. Kisah klise dalam masyarakat tapi signifikan. Nak tanya juga, si fina tu akhirnya dah kawen ke blom? hehe~

    ReplyDelete
  2. Hoho. Cerita ni hanya rekaan semata2. So x tau la Fina tu da kawen ke blom. Hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe