08/11/2012


Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ialah musim hujan di Malaysia. Kat tmpat lain aku tak tau la. So aku nak share beberapa perkara yang berubah masa musim hujan ni.

1) Ramai orang cakap musim hujan ni elok naik kereta. Teeet!!! utk situasi aku, musim hujan la kene kerap naik motor. Sebab jem punye effect akan jadi double triple masa hujan ni. kalau ada eksiden akan jadi double kepada triple effect. Kalau larat nak tahan kencing dalam kete masa sejuk2 ni, boleh la naik kete. Aku lagi prefer naik motor. Baju hujan GIVI kan ada. Boleh selit2. Memang bahaya, tapi nak lepak dalam jem sampai 1 or 2 jam? Terima kasih je la.

2) Kasut aku sume dah basah. Maka aku terpaksa bawak crocs uptown. Kalau hujan masa tgh jalan terpaksa tukar. Slalu aku mcm blel predict hujan ke tak masa on the way tu. Bersdasarkan kelembapan, tiupan angin, perubahan suhu dan beberapa apps cuaca daripada android. LOL

3) Kepantasan aku menukar baju hujan semakin pantas disebabkan kekerapan yang tinggi. Macam berhenti pit stop F1 je rasanya. *dang

4) Ability reflex aku semakin meningkat dengan kemunculan lubang2 baru di atas jalan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jalan kat Malaysia ni memang sorry to say, sangat poor quality. Ada dulu masa aku pergi Spain, ada mamat German tu die pernah g malaysia, die mmg pelik dgn kualiti jalan kat Malaysia. Malaysia cuma ada satu musim sahaja. Panas dan lembab sepanjang tahun. Perubahan suhu tak begitu ketara. German ada 4 musim. Perubahan suhu memang ketara, tapi jalan Ok je. Tula Malaysia, nak buat AES reti plak ambik teknologi German. Bab nak buat jalan mcam belajar teknologi Tamil Nadu saja.

5) Aku suka joging petang2. Bila hujan aku tak joging. Bila hujan aku sejuk. Bila sejuk perut cepat lapar. Aku akan makan lebih kerap daripada biasa. Akibatnya? Badan dah tak macam Daniel Craig. Haih~

6) Job aku bergantung kepada cuaca. So aku kene plan proper dan execute dgn proper. Kalau hujan aku mmg tak boleh buat keje. Kene postoponed besok. Ape la kerja aku agaknye kan? Haha. Sebab tu aku selalu monitor cuaca.

7) Bila hujan, astro akan ada problem sangkut2. Bayar mahal (konsider mahal utk orang kebanyakan macam aku ni) tapi bila hujan tak boleh tgk. Paling sakit hati, siaran terganggu masa game MU or F1. Paling sakit hati, lepas tergendala tu, MU dah kene sebijik. Hangin.

8) Hujan akan menentukan pukul berapa aku bangun pada hari minggu. Kalau hari minggu memang malas la nak kuar dari comforter. So secara tak langsung ia akan menganggu perancangan di hari minggu. Bila tgk hujan, nak kuar rumah pun takde mood. Jalan sure jem teruk area KL ni. Belum campur banjir lagi. Ada SMART pun tak effisen.

9) Baju susah nak kering sebab matahari tak kuar. Solution nye ialah jemur dalah rumah. Kene bukak kipas laju2. Agak berkesan. Cuma side effectnye ialah rumah nampak bersepah dan guna banyak karen. Bil Naik.

10) Bila hujan, aku suka dengar satu lagu. Lagu Hujan oleh Sudiman? Salah. Lagu Bangau oh Bangau? salah. Bila hujan, aku suke dgr lagu Stan by Eminem feat Dido. Aku suka atmosfera dan aura lagu tu. Memang serasi dengan hujan. Layan la kat bawah. Enjoice~



Current mood; Kenyang. Makan banyak tadi.
Listen to: Stan - Eminem feat Dido
After this: Sambung bacan novel plak.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers