27/11/2012



Aku sebenarnya bukan la peminat Anuar Zain. Ok, ada la beberapa lagu die yang aku dengar pada mood2 dan masa2 tertentu. Aku juga peminat Nora Danish. Walaupun tak pernah berjumpa dan die pun tak pernah retweet or reply tweet aku, tapi nak buat macam mana. Standard la minat artis ni, minat dari jauh je.

Maka berdasarkan perenggan di atas, ianya menerangkan kenapa aku suka.. eh bukan, agak suka denngan lagu Ajari Aku ni. Sebab Nora Danish muncul dalam MV ni. Kalau model die bukan Nora memang aku tak tgk sgt pun. Haha.

Daripada hasil MV ni, kita dapat tgk yang MV ni dibuat dengan bajet yang agak besar , dihasilkan oleh pengarah yang hebat.  Bukan MV setakat melepas batuk di eskalator saja. Tu juga salah satu sebab kenapa aku mesti tgk MV at least sekali dalam masa last seminggu ni. Haha.

Scene yang aku paling suka ialah dari 2:23 smpi 2:45. Sweet je Nora Danish ni. hehe.

Tapi sense aku sebagai orang automotive tetap terperasan scene ketaklogikan masa Nora eksiden. Pertama, die boleh disaman oleh polis traffic sebab tak pakai seat belt. Kedua, die duduk tengah2 then melambung ke depan dan ke kebelakang balik. What the heck. Kalau dari situasi Nora tu, memang takkan melambung balik ke belakang, sebaliknya, terus tercampak ke depan dan mungkin boleh terpelanting keluar melalui cermin depan. Ketiga, Nora nampak gaya macam mewah, tapi naik kereta takde standard. Nak tau kenapa? Masa eksiden, cermin depan tu pecah. Kalau ikut regulation, cermin depan tak boleh pecah. kalau pecah, safety kereta tu dikira fail melainkan kalau eksiden tu total lost. Biasanya kereta mahal, takkan berlakunya masalah fail regulation ni. Masa die terhantuk kat tepi cermin pintu belakang pun, mana boleh kaca tu pecah dan die berdarah. Cermin belakang tu bukan kaca pun. Tapi sejenis kaca plastik. Cermin depan je btol2 kaca. Tak caya cube korang cek kete korang.

Ok, why so serius kan? Hehe. Just enjoice~

Current mood: Kenyang gile
Listen to: Ajari Aku - Anuar Zain
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers