13/11/2012



Hujan lebat mencurah-curah sejak aku sampai di KLCC sekitar pukul 5 tadi. Memang waktu yang nikmat utk para perokok tegar atau tidak melepaskan bergram2 asap ke atmosfera ketika ni. Memang dah jadik port di tangga LRT tu sebenarnya tidak kira cuaca perokok akan berada di situ. Sejak 1st time aku datang KLCC naik LRT pada tahun 2002. Pemandangan normal di situ.

Kinokuniya adalah destinasi aku. Untuk orang yang tak berduit macam aku, ke KLCC biasanya akan ke 3 tempat, Kinokuniya, TGV dan KFC. Yang lain2 macam kedai Samsung, Sony, Nike, Adidas, tu semua hanyalah selingan dan tak lebih dari pada window shopping. Sebab kasut sukan aku suka beli kat Al-Ikhsan dan barang2 elektrik dan gadjet aku lagi prefer beli kat SenQ n Lowyat. Kedai2 macam Zara, British India, Burberry, LV mmg kalau masuk pun salesman padang slack je. Baik tak payah masuk.

Dulu aku suka pergi bahagian engineering, programming dan juga gaming. Selalunya usha je pun. Tak beli. Bukan murah buku2 ori ni. Lagipun nnt carik e-books kat internet sudah. Walaupun tak beli, aku memang suka baca. Tengok trend terkini. Sekali sekala tu, aku suka juga pergi ke bahagian filem2, manga dan sejarah. Ya, aku memang minat sejarah. Cuma malangnya di Malaysia ni, sejarah disampaikan secara bosan dan telah di alter berlebihan, di twist oleh pihak pemerintah. Well, biasa la, sejarah di tulis oleh pemenang. Aku juga penonton regular History Channel di Astro. Kalo korang tgk, korang akan sedar yang sejarah ni sangat penting dan menarik.

Sejak bekerja ni, aku dapat hobi baru. Baca novel. Ya, dulu aku mmg kutuk kalau lelaki baca novel ni. Sekarang ni aku pulak yang sangkut. Tapi takde la aku baca novel macam Ombak Rindu or Adam&Hawa. Tak sesuai untuk lelaki Machina dan Secret Agent macam aku. Aku suka baca cerita pasal teknologi, perang , intelligence, secret mission dan detctive. Tapi karya macam ni dlam bahasa melayu tak banyak. Mujurlah sejak member aku pekenalkan novel PECAH keluaran FIXI, aku terus sangkut utk baca semua novel keluaran FIXI.


Maka aku dah ada tujuan baru untuk ke Kinokuniya sekarang. Memburu novel2 terbaru FIXI adalah tujuan aku. Tapi aku tengok jenis storyline jugak. kalau ada unsur2 tipikal drama/filem melayu, baik aku guna RM20 tu pergi makan KFC.

Sejak kerap ke area novel ni, aku terperasan beberapa perkara. Serius, walau di mana pun, kalau area novel tu, pembacanya adalah tipikal. Ok, aku tau aku pun takde la hensem macam Daniel Craig, tapi yang aku perasan, pembaca/pembeli novel yang selalu ke bahagian novel, ialah terdiri daripada gadis2 yang berpenampilan kurang menarik, mean jenis yang nerd2, rupa yang so-so, badan gempal, skema dan pakai spek tebal. Ni base on observation dan judgment aku. Lain orang lain CPU n software.

Then aku consult dengan wife aku. Katanya itu normal. Reasonnye ialah, perempuan2 yang kurang menarik ni, diorang tau susah nak dapat bf. Perempuan ni pun sebenarnya imaginasi jiwang diorang sangat kuat. Sebab dah tuhan ciptakan begitu. Bukan lelaki takde imaginasi jiwang, cuma ianya agak extreme. Tak sesuai utk aku tulis kat sini. So bila diorang baca novel2 jiwang ni, diorang akan imagine watak utama tu adalah dirorang. Dengan ayat2 yang meruntun kalbu dan menusuk jiwa, dgn mudahnya mereka mengkhayalkannya. Sesuatu yang agak sukar utk mereke kecapi dalam dunia realiti. Masalahnya realiti dak seindah fantasi novel.
Ditulis pula oleh jantina yang berkongsi struktur fantasi romantik yang sama, maka sgt mudah untuk sync.

Cuma disebabkan novel FIXI ni walaupun majoriti ceritanya bukan jenis jiwang, tapi diletakkan di sebelah sebelah karya genre dari Aisyah Sofea dan Fauziah Ashari, maka kehadiran aku di situ selalu disalah ertikan. Aku bukan jenis lelaki yang dalam hati ada Legoland atau taman Botani putrajaya. Tapi dalam hati aku ada engine Nissan VQ35DETT dan revolver colt phyton. Dari body language aweks2 kat situ, aku rasa or maybe aku perasan syok sendiri diorang macam cuba nak flirt aku. Mungkin beranggapan aku ni seolah2 Adam dalam Adam dan Hawa. Tapi, itu ok lagi. Situasi yang agak mencemaskan aku ialah ada lelaki2 lembut juga seolah cuba menembak panah cupid ke hati aku yang sekeras titanium aloi ni. Adoiiii.. Risau jugak. Korang tak tau bertapa anoyyingnya bila lelaki sejati dan straight macam aku ni ditenung setajam pisau rambo oleh golongan lelaki lembut2 ni? Nak je aku sepak telor diorang ni. Nak bagi sedar balik apa jantina diorang.


-Bersambung part 2

Current mood: Lapor sangat ni. Nak tapau hujan la pulak
Listen to: Rock Superstar - Cypress Hill
After this: Mandi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe