15/11/2012


Aku beli dua buku. Gergasi dan Sitora Harimau Jadian. Konon2nya novel Gergasi tu ditulis oleh seorang penggemar senjata. Macam menarik. Lagi menarik bila melibatkan time travelling. Dulu aku pernah tgk dokumentari pasal P.Ramlee. Tak silap aku, sepanjang hidup, P.Ramlee telah berlakon sebanyak 43 buah filem dan menghasilkan beberapa buah. Cuma Sitora ni tak mendapat sambutan sebab dikatakan terlalu advance utk masyarakat ketika itu. Lebih malang, salinan filem ni hilang tak tau ke mana sehingga ke hari ini. Nasib baik ada novel ni. Sebenarnya ada kisah macam mana novel ni boleh tibe2 ada. Novel ni mmg karya asal. Bukan ditulis balik. Cuma aku tak minat nak tulis sekarang.

Lepas tu biasanya aku suka ke kedai sukan kat sebelah Kinokuniya. So far, kasut futsal, but bola dan kasut joging aku masih elok lagi. Window shopping je la jawabnnya. Feveret aku ialah Nike. Aku suka design Nike. Nampak macam lagi fresh dan happening. Adidas nampak macam skema dan formal. Aku suka kedai ni sebab ada banyak choice sebab ada model2 lama dan baru. Yang baru2 memang tak mampu beli. Yang lama murah sket dan still cantik. Walaupun dah beberapa kali aku masuk kedai ni, aku tak pernah beli pun. Aku slalu beli kat Al-Ikhsan. Haha

Lokasi yang wajib aku lalu ialah kat sebelah wing yang ada banyak gadjet. Kat situ ada 3 kedai telefon. Machine, Nokia dan Samsung. Kalau kita tgk dari jauh, aku memang kesian btol kat Nokia. Machine dgn Samsung penuh orang yang nak tengok latest gadjet. Kedai Nokia takde orang pun. Pekerja dia pun siap bersidai kat luar lagi. Lebih awkward moment bila, staff die pun guna Iphone 4S. Nasib ko la Nokia. Dulu masa tgh top kedekut sangat. Then tak naka colaborate dengan google develop android sebab open source ni free. Sume nak berbayar. Skang kan dah takde orang beli. Cuma strategi baru Nokia skang collaborate dengan Microsoft, buat windows phone. Tapi, aku tak pernah pun beli phone kat KLCC. aku beli kat kedai aku keje dulu. Dapat diskaun. haha



Sebelum turun ke bawah, aku mesti singgah kedai Sony dulu. Selalunya aku suka usha Walkman n tengok TV besar2. Baru2 ni ada satu Tv yang memang besar giler. Harga die RM99K dan hanya da 10 je kat Malaysia. Kalau kat rawang, RM99K boleh beli 2 rumah flet. Kalau kat area TV tu diorang ada pasang game, aku try2 la jugak. Cuba tengok ape2 gadjet yang baru then blah. Aku tak minat handphone sony experia. Tak tau nape. Tapi memang takde selera.

Jam baru pukul 6.50 ptg. Lagi 10 minit nak Maghrib. Ni kalau nak tunggu kat surau mau dunah penuh ni. Lepak dulu la. Ketika sampai kat ground floor, aku tgk kat luar hujan lebat. Layan hujan pun cantik jugak ni. Aku join crowd yang memang dah ramai berdiri depan pintu kaca yang menghadap taman KLCC. Kosong saja tepi kolam tu. Kalau tak penuh orang melepak dan amik gambar berlatar belakangkan KLCC. Macam2 kaum dan style. Hujan memang agak lebat. Walaupun aku mmg suka minum air panas di kala atmosfera nyaman begini, tapi nak duduk kat Coffee Bean tu tak tergerak pun hati. Mungkin sebab aku sorang2 kot.

Aku tgk, hampir semua yang berdiri di sekitar itu berkepul2 keluarkan asap. Mungkin kalau aku perokok, aku pun jadi seperti diorang. Aku cuba gambarkan kenikmatan yang sedang diorang nikmati sekarang. Laki, perempuan, yang smart, yang selekeh, yang keras, yang lembut, yang cerah, yang gelap itulah rokok. Tidak mengenal siapa. Boleh dikatakan rokok ni bersifat universal dan global. Sesiapa pun boleh hisap rokok.

Mata aku tertumpu kepada beberapa budak sekolah yang turut tak ketinggalan melepaskan berkepul2 asap. Masa sekolah dulu. Aku memang tak kawan dengan budak2 hisap rokok ni. Masa tu aku anggap budak2 hisap rokok ni rosak. Agak skeptical jugak la masa tu. Then bila dah makin besar ni aku dah takde masalah. Aku pn da jugak seorang dua kawan perempuan yang smoking. Lantak la hal masing2.

Pernah jadi perdebatan, tentang apa masalahnya kalau masa remaja nak hisap rokok. Sebenarnya kalau nak difikirkan takde masalah pun. Cuma ingat sket la, mak bapak bagi duit bukan suruh beli rokok. Kalau dah kerja sendiri ok. Takde masalah. Ntah la, sume perokok ada alasan sendiri kenapa diorang bleh terjebak. Cuma rokok ni, biasanya kalau dah terjebak memang susah nak benti.

Ada 2 orang budak sekolah perempuan yang smoke depan aku. Tiba2 salah seorang daripada diorang bertentang mata dengan aku. Tak tau kenapa tibe2 die jadi macam gelabah. Cepat2 die padamkan rokok dan blah. Nampak hantu kot belakang aku. Haha

Macam2 ragam aku dpt tgk sepanjang 20 minit aku berdiri kat situ. Hujan2 pun ada jugak awek2 gedik nak amik gamba depan taman tu. Mungkin umah jauh. Jarang datang kot. Ada jugak aku tgk foreigner berjoging. Semangat btol. Ada couple peluk2. Dah biasa sgt depan KLCC tu. Ada segerombolan perempuan yang muncul dari mana ntah, pakai baju ala2 red karpet. Ada function kot. Tiba2 ada suara dari belakang tegur aku, "bang, mintak lalu sket". Aku ketepi. Ada sorang mamat melayu tgh tolak troli yang penuh dengan botol dan tin carlsberg. Geleng kepala aku tgk.

Jam dah menunjukkan pukul 7.20 malam. Rasanya elok la aku g surau. Dah reda kot.

-Sambung part 3. Last-

Current mood: Risau badan dah naik sebab tak boleh joging petang2.
Listen to: Kuch2 Hota Hai
After this: Tak decide lagi.

2 comments:

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers