16/11/2012


Sejak aku 1st time aku datang KLCC lagi, surau kat tingkat bawah tu tak pernah lengang. Ada je orang solat. Satu petanda yang baik sebab tak semua orang yang pergi KLCC tu jenis lagho belaka. Kebelakangan ni memang dipenuhi dengan pak pak arab. Selalu jugak diorang jadi Imam. Hari tu aku sampai surau tu dalam pukul 7.25. Masih ramai lagi orang. Rak kasut kat situ memang cantik, tapi tak dapat jugak hilangkan bau2 yang kurang menyenangkan dari stokin2. Surau KLCC ni boleh consider ok berbanding surau2 kat shopping mall lain di Malaysia. Ruang yang luas, beraircond, tempat wuduk yang banyak dan karpet yang tebal. Cuma kat tempat amik wuduk tu, takde tempat nak letakkan barang. Macam aku hari tu, terkial2 nak amik wuduk sambil pegang beg plastik. Kalo ad membe boleh suruh jagakan jap. Keadaan surau perempuan aku tak tau la sebab aku tak pernah masuk.

Tepat jam 7.45 aku dah siap pakai kasut. Bukan kasut, selipar crocs je. Cargas je nak sarungnya. Perut agak lapar. Dah alang2 datang sini, makan kat sini jela. KFC, Pizza, Burger King or Subway. Aku pun tak tau nak decide. Last2 aku pilih KFC sebab teringat iklan Zinger Double Down. Tapi kalau kat KFC beratur panjang aku rasa elok aku g Subway je sebab Subway ni tersorok sket. Nasib menyebelahi aku, masa tu KFC agak lengang. Mungkin tgh2 bulan. Orang tak rajin berjalan. 

Ada 5 cashier kat situ. 2 Awek, 1 makcik, 1 laki tulen dan 1 laki 2 alam. Aku tengok kaunter laki 2 alam tu je yang kosong. Aku pn malas nak beratur, pergi je la kat kaunter die. "Bang, saya makan sini ye" kata aku sebelum sempat die bersuara. Muka die semcam je bila aku panggil die abang. haha. Aku order set nasi ayam dan Zinger Double Down Ala carte.

KFC ni sama dengan fast food lain. Ianya hanya sedap ketika masih panas dan berasap. Bila die dah sejuk, minyak pun dah berkumpul kat dalam kulit2 ayam, rasanya dah jadi tak sedap dan akan cepat muak. N ak habeskan seketul pun akan jadi sesuatu yang agak sukar. Cabarannya kat sini ialah semua fast food dok dalam aircond. Penurunan suhu akan jadi lebih cepat. Aku memilih untuk habeskan set nasi ayam dulu. Natijahnya, Zinger tu dah tak beberapa panas. Dengan perut yang kenyang, mmg tak rasa la kenikmatan zinger tersebut. Burger tu agak pelik sebab takde roti. Ada 2 keping daging ayam macam burger zinger, mengsandwichkan sekeping keju dan sayur. Masalahnya, minyak dah stat terkumpul tu jadi rasa macam muak nak makan. Tapi, aku berjaya habeskan jugak.


Sistem tiket LRT dulu, boleh beli 2 hala, pergi dan balik. Bila orang nak balik, takde la nak beratur beli tiket lagi. Tapi ntah sape punye idea bengap pergi tukar idea token ni. Oke, sebenarnya takde masalah, cuma token ni, kita tak boleh beli 2 hala. Sbb tu sekarang, kalau hari cuti, memang panjang la orang beratur beli token. Yang bengapnye ialah, kaunter dah tak jual tiket, kecuali topup touch n go. Masalah paling bengap ialah mesin beli token tu tak boleh guna syiling n duit kertas baru. Aku pun tak paham macam mana la management LRT ni punya planning. Sian aku tengok orang2 yang takde duit kecik.

Tapi rakyat malaysia ni pun masalah gak. Kedekut sangat nak beli kad touch n go. Sanggup beratur panjang kat tol n nk beli token LRT. Alasannya tak selalu pakai. Kalau tak selalu pakai pun, takde masalah pun kalau ada kan? Yang pastinya pada masa tertentu akan dipakai. Lagipun dalam kad tu pun duit jugak.

Hujan masih lagi belum berhenti bila aku sampai stesen masjid jamek. Memang sekarang musim hujan skang ni agak sejuk. Bersyukurlah still bleh pakai kasual. kalau salji turun, memang kene pakai baju tebal2 la jawabnya. Rimas.

-Sekian-

Current mood: Sok jumaat, tapi fikiran aku dah sampai ke hari sabtu.
Listen to: Ombak Rindu - Hafiz & Adira
After this: Tido je la.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers