04/11/2012

Masa raya haji ari tu aku sempat juga naik ke Bukit Bendera@Penang Hill. Ini adalah kali pertama aku naik tempat ni. Sebelum ni pernah dengar je. Imej dalam kepala aku bila sebut bukit bendera ni ialah kereta warna merah dan naik bukit.

Aku sempat juga baca sejarah ringkas BB ni yang diletakkan di kawasan stesen. Sebenarnya, konsep tempat ni sama dengan Cameron Highland. Penjajah British dulu, nak buat rumah atas bukit sebab nak kawasan yang lebih sejuk. Nak melarikan diri daripada cuaca panas di Malaysia ni.

Ok, aku kagum dengan Keretapi yang naik ke BB ni. Bukan senang nak mendaki bukit yang curam macam BB ni. Cuma, aku terkejut sebab diorang dah tak guna keretapi yang warna merah. Tapi digantikan dengan cabin yang lebih kemas dan selesa macam komuter. Siap ada aircond lagi. Perjalanan dari kaki bukit ke puncak mengambil masa lebih kurang 5-10 minit. Memang laju.

So apa yang ada di puncak bukit? Ada macam kawasan penempatan. Kita boleh tengok rumah2 lama kesan peninggalan British. Yang aku terkejut, kat atas tu ada jugak masjid dan kuil. Kita boleh tgk Penang dari atas. Boleh nampak area sekitar jambatan, Georgetown, USM, Masjid negeri dan juga sayup2 boleh nampak Butterworth.

Bagi aku tempat ni memang nice untuk bawak family jalan2 dan membersihkan mata dengan melihat pemandangan yang luas. Udara pun memang lebih sejuk berbanding kat bawah. Aku tengok memang ramai pun yang datang kat atas tu melepak dan berbual. Mungkin orang tempatan kot. Untuk orang bukan tempatan macam aku, banyak bergambar je la.

Harga tiket keretapi ialah RM30.... kalau takde MyKad. Kalau ada, cuma RM8 untuk naik dan turun. Kalau ada kad student dan Mykad boleh dapat RM4 je. Best btol.














*Mesti ngeri naik jenis cabin macam ni. Huhu.

Current mood: Sejuk dan kenyang. Makan kacang cap Ngan Yin
Listent to: West Ham vs Manchester City
After this: Masak air.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List