30/11/2012


Sejak dilancarkan sebelum mulanya Piala AFF 2012, jersi hitam kuning ni masih belum digunakan. Sebaliknya jersi biru yang belum lagi dilancarkan yang digunakan. Aku tak faham kenapa. Tapi agak mengecewakan bila jersi home langsung tidak digunakan.


Nak beli yang ori memang tak mampu sebab RM230 tu boleh beli 7 or 8 helai jersi yang ada kat uptown gred AAA. Sebab tu aku selalu beli kt Uptown jela. Yang penting jersi tu jersi malaysia. Ori tak ori belakang cerita la.

Untuk memastikan jersi yang aku beli kt uptown tu berkualiti AAA, aku akan check dulu kat Nike Outlet or Al-Ikhsan. Aku sentuh dulu kain ori ni macam mana. Biasanya aku fitting skali kot. Just nak dapatkan feeling. Lepas tu baru aku cari kt uptown dan confirmkan kualiti tu menghamiri macam ori. Biasanya memang tak 100%. Tapi ada la dalam 95% yang berharga 1/10 daripada harga asal.

Baju wolverine. Itulah imej pertama yang terlintas dalam kepala aku bila tengok baju baru ni. haha. Dari segi styling aku rasa agak kureng compare dengan sebelumnya.Cuma tiga jalur. Tapi walaupun design die agak simple, tapi teknologi fabric die memang baru. Masa aku pakai tu, rasa sangat selesa. Tak rasa macam baju tu stretch ikut bentuk badan. Tapi lebih kepda macam ikut shape badan. kain tu sendiri yang ikut. Umpama kain sutera/lembut yang diletakkan atas badan. Dan kain tu memang ringan. Mungkin textured kain tu nampak macam kain murah, tapi pakai dulu dan rasai la perbezaannya.


Baru2 ni aku pergi ke Kota Bharu. Kebetulan masa pergi pasar malam Wakaf Che Yeh, aku ternampak jersi baru malaysia. Banyak je yang ciplak, tapi aku tertarik pada satu penjual ni. Aku pn cek kualiti kain jersi dan aku rasa yang ni memang hampir menyerupai yang ori. Masa fitting pun aku rasa memang jenis kainnya 98% sama macam ori. Cuma apa yang buat nampak tak ori ialah bendera Malaysia dan lambang nike tu jenis jahit. Kalo ori die guna macam iron-sticker. Lekat terus. Harga pun memang standard la untuk gred AAA. Sekitar RM35 - RM 40. Apa lagi, aku terus la angkat satu dan aku puas hati bila try kat bilik hotel.

Cuma aku ada jugak jumpa yang biru punye.Yang ni memang aku rasa tak nampak ori sebab tgk pun dah tau. Tapi design mmg sama macam ori. Kalau dalam TV kita tgk baju biru ni agak smart sebab jersi tu ada nombor dan nama pemain. Yang real punye, jersi biru ni nampak terlalu plain. Macam jersi kosong yang ditampal logo Nike dan bendera Malaysia. Nasib baik la da sikit jalur merah dekat lengan. Nampak la meriah sket.

Sama tak jersi baru ni dengan baju wolverine? Haha

Current mood: Kene packing dah ni. Sok nak balik KL
Listen to: Ajari Aku - Anuar Zain
After this: Buat milo jap.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe