04/11/2012


Lepas solat Maghrib tadi, sementara nak tunggu game MU vs Ars, aku tekan2 la channel astro secara random. Nak tengok kalau ada ape2 yang menarik. Tiba-tiba aku ternampak tulisan Darah Satri di Astro Citra. Wah, citer lama ni. Dulu masa kecik selalu kuar kat TV dalam slot Mustika Filem kat TV1. Hari ahad kul 2 petang. Memang slot ni banyak mainkan filem2 sekitar 80an.

Filem Darah Satria ni aku tengok macam nak menunjukkan kehidupan seorang askar dan menanamkan semangat patriotik cintakan negara. Oleh kerana, ayah aku dulu pun askar, so aku tengok memang banyak persamaannya antara filem dan real life seorang askar. At least utk masa tu la.

Point aku nak cakap kat sini ialah, kalau kita tengok filem2 dari zaman P.Ramlee sampai la filem2 sekitar 80an, kita akan dapati satu persamaan iaitu kebanyakan isteri dalam filem2 tersebut bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Antara scene yang klise dalam filem2 era tu ialah

wife tunggu suami balik rumah, lepas tu tanya, "abang dah makan?"
Suami tengah baca paper, lepas tu wife bawak kan air kopi or teh, "Jemput minum bang".

Yang husband plak, "Mah, abang pergi kerja dulu ye"
Tak pun, "Dah pergi cepat bersiap. Kita nak ke rumah haji Kamal"

Itu pun kalau korang perasan la ape yang aku perasan. Cuma yang aku tgk, zaman tu memang banyak wife jadi suri rumah. Kerja jaga rumah dan makan minum laki sambil jaga anak. Satu senario yang agak sukar dan makin pupus di zaman yang serba mahal.

Majoriti rumah hari, suami dan isteri perlu bekerja sebab nak menampung kehidupan harian. kalau suami je bekerja, memang tak cukup. Kecuali la kalau gaji suaminya melampau2 tinggi. Kalau area luar bandar mungkin ada banyak lagi family yang hanya suami sahaja bekerja. Tapi untuk area bandar, memang dah jarang jumpa.

Amik contoh mak aku dulu suri rumah. Pagi2 bangun tido sarapan dah siap. Balik sekolah tgh hari lauk dah siap masak. malam pulak lepas balik surau, makanan dah siap panaskan. Memang bahagia. Tapi disebabkan family aku yang agak besar, maka mak aku terpaksa juga membuat kuih dan hantar jual kat pasar.

Aku sebenarnya kesian tgk membe2 aku yang mak bapak diorang bekerja. Sume kene tapau.Parents bagi duit, then pandai2 la tapau. Bagi yang reti masak, boleh la masak sendiri.

Current mood: Ngantuk dah ni. game bosan.
Listen to: Bunyi cengkerik dan katak.
After this: Hmmm macam dah ngantuk. Tido jela.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List