12/11/2012


Hari ni aku balik daripada kenduri kawen. Malangnya kami tersesat. Lebih awkward lagi masa tu aku yang drive. Terlebih awkward lagi, aku declare aku dah biasa kat area tu sebab 3 orang membe aku lagi tu bukan orang tempatan.

Ceritanya macam ni, kami baru balik daripada kenduri kawen kat sungai besar. Disebabkan dulu aku biasa berulang alik dari shah alam ke ijok, so aku plan nak guna jalan lain daripada jalan kitorang datang tadi sebab jalan tu agak teruk. Sian kete membe aku.

So plannya, dari sg besar, aku nak lalu ijok. Dalam pemikiran aku, jalan dari sg besar tu, direct bersambung ke ke ijok. Tak payah amik mana2 simpang. Dalam kepala aku, dekat stesen bas Ijok nnt aku nak belok kiri, nnt tembus Unisel, Fruit Valley dan Rawang. Lepas tu straight ke KL.

Membe aku ada jugak tergur beberapa kali bila nampak simpang ke Ijok. Tapi aku konfiden je straight tak nak belok2 sampai jumpe stesen bas ijok. Sebelum tu aku mmg dah cek kat google Map. Memang kene belok. Tapi aku tak zoom. Rupa2nya aku kene belok masa kat Kg Bukit Rotan. Tu las simpang. Kalau aku tak belok, memang akan terus sampai Klang. So akibatnya kami sampai ke Meru.

Disebabkan membe aku duduk bukit jalil dan tak nak menyusahkan die drop aku kat KL, maka aku mendropkan diri aku kat LRT bukit jalil dan balik rumah naik LRT.

Tapi sebenarnya ada kebaikan juga dengan kesesatan aku ni. At least 'map' dalam kepala aku jadik makin clear dan bersambung. Sekarang aku tau, jalan ni menuju ke mana, jalan tu sambung ke mana. Next time senang la kalau aku nak guna area tu lagi sebab aku dah tahu.

Selalunya macam tu la. Kita akan lagi cepat hafal sesuatu jalan or tempat tu bila kita sesat berbanding kalau kita guna satu or dua jalan yang kita dah tau. Aku sebenarnya bengkek dengan dua bandar kat malaysia ni, Penang belah2 pulau dan Ipoh sebab takde or kurang signboard. Tapi disebabkan aku byk berlegar kat Penang, so aku macam dah boleh hafal. Sekarang Ipoh satu2nya bandar yang aku masuk dan tak pernah keluar tanpa sesat.

Sama juga dalam kehidupan, kita sebenarnya lagi cepat belajar sesuatu bila kita buat silap. Oleh itu, jangan la takut buat silap. Tapi kene ingat, ada 2 jenis kesilapan, repairable dan un-repairable. Faham2 la risiko nak buat silap dulu ye.

Curret mood: Rasa kenyang. Ingat tak nak makan nasik malam2.
Listen to: Terpanah Asmara - BCL
After this: Masak air.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers