15/11/2012


Sejak kecil lagi kot, bila sebut pasal Maal Hijrah, pasti akan sinonim dengan lagu:

Satu Muharram Detik Permulaan, 
Perkiraan tahun Islam Hijrah.
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari kota Mekah ke kota Madinah.

Aku pun rasanya pernah join nasyid nyanyi lagu ni masa majlis maal hijrah peringkat sekolah kot. Haha. Dengan adanya FB dan twitter, ramai orang post gambar Doa awal dan akhir tahun. Dulu, siapa yang selalu pergi surau/masjid tau la. Sebab biasanya memang ada ceramah pasal maal hijrah dan makan2 lepas tu. hehe.

Cuma, diharapkan kita semua faham dan tahu cerita di sebalik Maal Hijrah ni. Aku tak tau la silibus agama kat sekolah skang macam mana. Zaman aku dulu, mmg ada cerita. Sekolah pun selalunya akan jemput ustaz2 utk bagi ceramah.

Sebenarnya untuk umat Islam,, wajib tahu yang Islam juga sebenarnya ada kalendar sendiri. Cuma, disebabkan umat Islam skang lemah dan tak beberapa mainstream kecuali hal2 yang berkaitan dengan pengganas, maka sistem kalendar Islam tidak digunakan walaupun di negara Islam sendiri. Alasannya supaya senang nak sync dengan barat. Well, susah nak cakap bende ni. Di Malaysia, Alhamdulillah, kalendar Islam ni masih lagi dicetak walaupun tak digunakan sebagai rujukan utama. Aku yakin ramai daripada kita takde masalah nak jawab tarikh hari ni dalam kalendar standard, tapi susah nak bgtau dalam kalendar Islam. Biasanya kita akan alert tarikh kalendar Islam masa Ramadhan, Syawal, 10 Zulkaedahdan 1 Muharram.

Maka di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434H. Semoga
 diri kita menjadi lebih baik dan membaiki diri kita di tahun baru ni.

P/S: Dulu masa kecik, bila aku tgk logo maal hijrah ni, aku terfikirkan macam spiderman je logonya. Rupa2nya memang ada ceritanya tentang labah2 masa nabi berhijrah. Kalau tak tau, sila Google.

Current mood: Ok, dah ngantuk.
Listen to: Kuch2 Hotai Hai lagi.
After this: Tido...zzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe