19/11/2012

Sebelum ni memang aku tak pernah amik pedulik pun pasal James Bond. Bagi aku JB hanyalah Spy kasanova dan gadjet2 mengarutnya. Tetapi Daniel Craig telah mengubahnya bermula dengan Casino Royale. Aku pun mula la study pasal francais JB ni. 

Novel pertama JB yang ditulis oleh Ian Flemings ialah Casino Royale. Manakala movie yang pertama pada tahun 1962 ialah Dr. No. Watak JB ketika dipegang oleh Sean Connery. Dalam Skyfall, kereta Aston Martin JB tu diambil daripada movie JB Goldfinger. Movie terbaru JB, Skyfall ialah movie JB yang ke-24 dan ianya merupakan ulang tahun filem JB yang ke-50.

Kenapa MI6? MI stand for Military Intelligence. 6 ialah divisyen ke-6 yang job scope die ialah hubungan luar. So MI lain memang wujud. Sama jugak dengan 00 (Double O) divisyen. Agent 001 sampai 009 memang ada. Tapi dalam Novel. Boss kepada Bond memang M dan setiausaha kepada M ialah Moneypenny. Kereta Toyota 2000GT merupakan satu2nya kereta Asia yang pernah jadi kereta Bond. Aku tak ingat cerita apa.

Info kat atas ialah sebahagian yang aku jumpe kat wikipedia. Boleh tengok sendiri. Disebabkan aku dah mula berminat nak tau pasal JB ni, aku terfikir nak carik semua 24 movie JB. Maka aku pun ke kedai DVD. Malangnya cuma ada Blue-Ray sahaja. Mujurlah kawan aku dah offer untuk tolong download kan. Maka tak perlu la aku fikir nak carik lagi kat mana. 

Tak sabar nak layan nnt next week.





Current mood: Sok keje ape ea nak kene buat kt opis.
Listen to: Sahabat - Najwa latiff feat Sleeq
After this: Nak kemas2 n tido.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers