22/11/2012

Masa misi mee bandung muar 1.0, kitorang tak tau kedai mana yang best sebab group kitorang 4 orang semua bukan orang johor dan tak pernah makan mee bandung muar. Kitorang cube la carik. Based from informer aku, die kata kedai paling sedap kat kedai abu hanipah. Rupa2nya kedai tu tgh2 town. Kitorang sampai masa tu tgh hari. Nampak macam susah nak parking. Tiket parking pun takde. Maka kitorang batalkan niat kitorang.

Lepas tu aku sempat kontek membe lain. Katanya depan sekolah sains muar ada jugak. Tapi kitorang cek takde pun. Mujurlah kitorang ternampak kedai dalam gambar di bawah. Malangnya tutup pulak. Sebab kitorang datang masa cuti maal hijrah. Ada satu kedai mi bandung jugak kat situ. Pun tutup jugak. Last skali makan asam pedas je.


Kegagalan misi pertama menyebabkan kitorang tak puas hati. Maka aku pun aturkan trip kedua untuk cari mee bandung. Tapi kali ni aku dah prepare. Cuba usha beberapa blog. Ada beberapa kedai yang aku rasa aku ada nampak masa misi pertama ari tu. Tapi aku still tak puas hati sebab ramai cakap yang sedap kat depan sekolah sains muar. Hmm mungkin la masa kitorang datang tu hari cuti. So tutup.

Masa on the way tu, aku sempat kontek dengan junior aku. Katanya paling sedap dekat Parit Ponorogo. Kat sebelah kedai buah. Nak dipendekkan cerita, berdasarkan land mark dan instruction daripada junior aku tu. Kitorang jumpe satu kedai ni. Malangnya hanya ada asam pedas. Tak tau la. Mungkin kitorang silap lagi.

Then kitorang teruskan perjalanan ke tanjung agas. Memang aku nekad nak carik kedai depan sains muar. Tapi memang takde kedai kat situ. Menurut kata bloggers, kalo nampak orang beratur panjang tu, tu la kedainya. Masalahnya takde pun. Tak tau la. mungkin kedai die dah pindah kot.

Kali ni kitorang nasib baik. Kedai dalam gambar di atas bukak. So kitorang makan kat situ jela. Walaupun aku tak sehandal masterchef dan bukan pakar mi bandung, tapi mi bandung kat kedai tu mmg sedap. Kitorang semua bersetuju yang mi bandungnya sedap. Harga pun murah, RM3 je. Kat pasar malam pun, mi rebus dengan kuah cair pun dah RM4.50. Mi kat kedai ni kuah die memang pekat.


Sebelum balik, aku sempat beli pes mi bandung kat kedai tu. RM6 je. Boleh buat 4 pinggan. Nnt nak buat kat rumah.


Kebetulan pulak, sederet rumah kedai tu, ada murtabak singapore. Masa kitorang datang hari tu pun tutup jugak. Hari memang rezeki kitorang. Kedai tu bukak. Disebabkan tadi dah kenyang makan mi bandung, kitorang tapau je. Murtabak singapore ni, saiznya memang besar gedabak. Boleh dimakan oleh 3 orang lelaki atau 6 orang perempuan. Memang besar. Dulu masa student aku pernah makan kat Larkin. Kat kedai ni ada jual 3 harga. Kecil, RM6, Besar RM10 dan special RM16.


Aku cuma beli yang kecil je. Setakat nak merasa. Memang puas hati. Kalau makan masa panas lagi puas hati.

Kedua-dua kedai yang kitorang g ni memang senang je nak cari. Kalau jumpe sekolah sains muar sebelah kiri korang, kedai tu ada kat depan. Deretan rumah kedai.

Kesimpulannya, misi mi bandung 2.0 kitorang tercapai. Next time nak makan asam pedas special plak.

Current mood: Fikir next week ni nak watpe.
Listen to: Sebak - Ukays
After this: Tulis blog lagi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe