23/11/2012


Pasti ada pelbagai pendapat dan mitos pasal engine warm up ni. Aku pasti, yang 95% daripada info yang kita dapat ni disampaikan dari mulut ke mulut dari generasi ke generasi. Nak kata malaysia ni takde universiti dan professor otai automotive bertimbun je. Kalau sembang dengan diorang cakap memang tak nak kalah. Kita pun ada syarikat petroleum sendiri. Ada JPJ, ada puspakom, tapi takde satu pihak pun nak buat kajian pasal mitos engine warm up ni dan publish pada umum. Ok, mungkin agak sukar sebab pasti akan ada beberapa orang yang akan nak jadik 'champion', tapi yang penting usaha ke arah itu, supaya rakyat negara kita tak terus dibelenggu dan terima info pasal teknikal ni secara verbal bulat2.


Ok, aku pun takde la power mana dan tak berniat pun nak jadik champion pasal bende ni. Aku cuma nak share apa yang aku tahu dan pengalaman aku sendiri. Sebelum tu, mari kita check list dulu apa mitos yang popular pasal engine warm up ni:

Mitos 1: Kalau tak warm up, engine cepat rosak. Ibarat macam kita bangun tido terus pergi joging. Badan cepat rosak.

Mitos 2: Kene warmup at least 5 minit or tunggu sampai rpm cecah 1000rpm or water temperature jadi stabil.

Mitos 3: Enjin zaman sekarang ni guna ECU. Takde masalah kalau nak jalan terus. ECU memang dah program dan tau nak buat apa.

Sebenarnya aku pun tak berani nak cakap yang ketiga-tiga mitos ni betul or salah sebab so far takde data yang menunjukkan statement tu betul. Bende2 teknikal ni, perlu ada data. Testimonial or sembang2 tak boleh pakai sebab akan ada unsur bias. Lagipun testimonial ni bergantung kepada background dan pengetahun seseorang tu.

Secara simplenya sebenarnya ketiga-tiga statement kat atas tu bukan tak betul. Tapi ianya macam puzzle. Tak lengkap.

Sebenarnya enjin memang perlu warmup, sebab enjin perlu beroperasi pada suhu yang optimum untuk memberikan prestasi yang optimum. Tapi warm up engine dalam keadaan idling (kereta tak bergerak) adalah satu pembaziran sebab petrol tetap dibakar walaupun kereta tak bergerak. Mengikut data yang aku pernah collect, engine akan lebih cepat sampai ke suhu optimum jika kita terus memandu berbanding dalam keadaan idle. Ini disebabkan engine rpm lebih tinggi semasa driving dan lebih banyak petrol dibakar dan peningkatan suhu lebih pantas.

Ok, memang betul engine sekarang ada ECU.Tapi ECU ni memerlukan beberapa feedback daripada engine dan sensor yang lain. Dalam sistem powertrain ni feedback yang paling penting datang daripad catalytic converter (gambar di bawah). Iaitu sejenis alat yang memproses gas ekzos yang berbahaya kepada gas ekzos yang lebih selamat dan bersih sebelum dilepaskan ke atsmosfera.

Catalytic converter(CC) ni juga perlu mencapai suhu operasi yang optimum untuk menjadi efisyen. Biasanya sebelum dan selepas CC akan dipasang oksigen sensor untuk mengetahui komposisi gas ekzos sebelum dan selepas CC. Feedback daripada kedua2 sensor ni akan dihantar kepad ECU dan menentukan berapa banyakkah fuel akan di inject selain daripada menentukan 'mode' operasi engine.

Secara simple, CC tak capai pada suhu optimum, selagi tu la kedua-dua sensor ni akan hantar feedback pada ECU engine supaya lebih banyak petrol perlu dibakar supaya CC cepat capai suhu optimum. Lebih banyak petrol dibakar, maka lagi cepat engine dan CC mencapai suhu optimum. Setelah mencapai suhu optimum baru la, pembakaran petrol akan dikurangkan. Lagi lambat kereta capai suhu optimum, lagi banyak petrol akan dibakar. Ianya adalah pembaziran.

Cuma, walaupun pemanduan segera mempercepatkan lagi proses untuk mecapai suhu optimum, tapi tak bermakna kereta boleh dipandu secara sesuka hati. Kereta seboleh2nya dipandu secara perlahan dan konsisten. Elakkan memandu secara tergesa2. Memandu pada engine RPM yang tinggi akan merosakkan CC. Komposisi ekzos pada RPM tinggi sewaktu engine 'sejuk' akan merosakkan CC disebabkan partikel2 kasar yang menyebabkan filter element dalam CC tersumbat. Akibatnya CC susah untuk mencapai suhu optimum dan berada dalam keadaan overheat. Keadaan tak normal ini akan mempengaruhi prestasi engine secara keseluruhannya. Biasanya bila CC ni problem, indicator engine check akan menyala (gambar di bawah).


Kalau korang nampak simbol ni masih menyala pada meter korang selepas 20 saat selepas engine dihidupkan, bermakna korang dalam masalah besar. The whole sistem engine korang ada masalah. Sepatutnya bila simbol ni menyala masa korang tgh driving, korang akan perasan akan ada something wrong pada engine korang macam vibrate, engine semput, bunyi motorbot dsb. So cepat2 la bawak pergi service centre. Memang masalah besar kalau signal ni menyala.

Ok, aku just share apa yang aku tau je. Nak tau lebih lanjut, kene la cari sendiri.

Current mood: Ngantuk dah. Asyik tido lambat je.
Listen to: Mine  - Taylor Swift
After this: Tido je la.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe