20/11/2012


Hari ni 1st time aku tertinggal hanpdhone samsung aku kat rumah. Bermakna satu hari kat ofis aku takde internet. Rasanya sejak guna smartphone 2 tahun lepas, hari ni ialah hari pertama takde internet dalam tempoh masa yang agak panjang. Agak awkward bila aku cuma ada handphone Nokia aje. Memang serba tak kena je. Tapi kebaikannya ialah aku bleh fokus buat keje. Takde la fokus sgt sebab aku ngantuk sebenarnya. Sejak pagi hujan.

Petang tu aku balik on time sebab nak basuh kereta. Memang teruk btol rupe kereta aku. Macam kereta yang tersadai sebulan je. Setiap minggu bz berjalan. Takde mase nak basuh. Sampai rumah, aku salin baju dulu dan bergegas ke kedai basuh kete. Nak basuh sendiri tak larat. Mungkin hari ni kedua2 kedai basuh kereta kat rumah boleh pulak berpakat kedua2nya cuti. Terpaksa la aku postpone esok.

Sepanjang hari ni pun takde matahari. Nasib baik aku sampai opis ngam2 sebelum hujan turun. Memang grey btol hari ni. Tak layak dipanggil Monday Blues.

Current mood: Sendawa bau durian. Tadi belasah sebijik.
Listen to: Nothing Gonna Change My Love For You
After this: Tido je la.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers