04/11/2012


Aku sebenarnya bukan la peminat tegar James Bond ni. Bagi aku, James Bond ni macam poyo. Gadjet nak canggih n pelik2. Lepas tu playboy dan yang paling menyampah, hero yang takkan mati dan shooting accuracy 100%.

Tapi view aku terhadap James Bond berubah lepas watak 007 dipegang oleh Daniel Craig dalam Casino Royale. Bagi aku, agent sebenar kene berfizikal dan muka macam die. Nampak muka garang, badan sasa dan lagi banyak gunakan fizikal berbanding gadjet. Maka, sejak Daniel Craig take over watak 007, aku memang sentiasa tunggu filem Bond.

Ok, ni yang latest, Skyfall. Dalam filem ni, buat pertama kalinya, pejabat MI6 menjadi sasaran serangan. Kalau sebelum ni, diorang je yang menyerang orang lain. So, siapakah yang begitu power sampai die boleh menghuru-harakan MI6 yang sepatutnya paling kebal dan selamat di Britain? Tapi rupa-rupanya main issue dalam filem ni ialah balas dendam. Siapa yang dendam siapa sebenarnya? dan kenapa die nak membalas dendam? Aku tak nak spoilkan kat sini. Nak tau better tengok sendiri.

Bagi aku la, kalau filem tu, heronya sorang boleh bunuh berdozen-dozen musuh, cerita tu memang ngarut. Kene pulak, orang jahat die bengap sangat, tembak tak kena-kena. Sebelum ni tak training ke? Then hero pulak tembak sekali, terus kena. Bagi aku ngarut la. Aku tau mmg filem nak bagi nampak macam heoic, tapi ape bleh buat, logic aku memang sentiasa berjalan. Tu masalahnya.

Bagi aku, aksi filem ni. Tak banyak gunakan gadjet dan takde stunt dan movement yang rasa macam tak logic. Die punya gaduh2 memang nampak real macam street fight. Dari segi storyline. Permulaan agak slow dan tertanya2 jugak siapa dalang di sebalik semua insiden. Then, pertengahan yang agak menarik sebab dah tau siapa dalang tersebut dan apa die nak. Dalang tu pun ada characteristic sendiri. Cuma endingnya agak tak beberapa dramatik dan terlalu simple.

Satu lagi bond ni luck die memang tinggi. Asyik nasib baik je. Dah la ape die buat memang perfect je timingnya. Sebab tu bond ni susah nak mati walaupun kene tembak dengan sniper dan jatuh dari jambatan yang beratus meter jugak la tingginya.

Apa yang aku nak spoilkan kat sini ialah dalam filem ni korang akan jumpe Voldermort dan Calypso. haha.

Ok, overall aku agak terhibur dengan file ni cuma filem ni still agak kureng dengan dua filem Daniel Craig sebelum ni, Casino Royale dan Quantum of Solace.

Current mood: Berat dah mata ni.
Listen to: Bunyi kipas siling.
After this: Tido.zzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe