30/11/2012


Sitora Harmau Jadiah (SHJ) ialah salah satu filem yang dihasilkan oleh P.Ramlee selepas berpindah ke KL berikutan perpisahan Malaysia dan Singapura. Namun malangnya, filem ini tidak mendapat sambutan dan salinan filem ni semua telah hilang selamanya. Tiada satu pun tersimpan. Melalui inisiatif Buku Fixi, mereka berjaya menjejak semula novel ni dan menghasilkannya semula dalam versi yang lebih moden. Ini sedikit sebanyak dapat 'selamatkan' karya P.Ramlee yang telah hilang selamanya.

So far, aku memang puas hati dengan semua novel keluaran FIXI sebab produk mereka yang tidak mainstream di mana kebanyakan novel mainstream berunsur romantik jiwang ferum 2 oksida. Asyik2 babak lelaki peluk isteri tepi jendela or benci benci sayang dan cinta tiga segi pytaghoras. Maka, mesti ada sebab kenapa FIXI struggle untuk hasilkan semula buku ni.

Secara ringkasnya, ianya mengisahkan tentang kejadian aneh yang berlaku di kampung Kiambang di mana mereka sering diganggu oleh Sitora Harimau Jadian. Sitora ni berkuasa ghaib. Boleh hilang dan muncul di mana2. Cuma ada satu cara sahaja untuk mengelakkan gangguan Sitora iaitu dengan membayar wang perlindungan kepada Tok Dukun. Malangnya orang seperti Pendekar Amin tidak mahu membayar. Akibatnya, anaknya Naemah sering diganggu.

Untuk mengurangkan kepercayaan orang kampung kepada Tok Dukun, OCPD (Ketua Polis Daerah) Mutalib telah meminta Dr. Effindi (P Ramlee) datang ke kampung Kiambang dan memperkenalkan teknik perubatan moden. Mutalib juga seorang yang berfikiran moden dan tidak percaya perkara tahyul.

Kedatangan Dr. Effindi tidak menyenangkan Tok Dukun sebab akan menganggu mata pencarian dia. Gangguan Sitora terhadap Naemah semakin menjadi2. Ini menyebabkan Pendekar Amin hangin. Pada satu malam Dr. Effindi, Pendekar Amin, Tok Penghulu dan 3 orang anak murid Pendekar Amin berjaya menjejak Sitora dan membunuhnya. Selepas itu mereka memanggil Mutalib untuk memmbuktikan mayat Sitora. malangnya kali ini tubuh sitora telah berubah menjadi batang kayu. Ini menyebabkan Mutalib makin tak percaya dengan perkara tahyul.

Namun selepas itu, Sitora tidak muncul selama 3 bulan. Kampung Kiambang menjadi aman semula. Malangnya. Sitora muncul semula selepas 3 bulan dan membunuh seorang demi seorang yang terlibat membunuhnya 3 bulan lepas. Cuma Dr. Effiindi tidak dibunuh cuma ditukar menjadi Sitora.

Melihatkan keadaan Dr. Efifindi yang sakit itu, Mutalib kemudiannya memanggil Dr. Abu Bakar ke kampung Kiambang untuk mengubati Dr. Effindi. Apakah yang berlaku selepas itu? Siapakah Sitora sebenarnya dan berjayakah Sitora dihapuskan?

Nak tau kene baca sendiri la ye.

Bagi aku, kesilapan yang dilakukan oleh P Ramlee ialah memperkenalkan genre baru kepada masyarakat ketika itu. Aku rasa masa tu, masyarakat masih belum dapat terima genre seram. Genre pendekar dan cinta lebih popular ketika itu. Mungkin itu menyebabkan kegagalan filem ini.

Plot ceritanya agak simple tapi penuh dengan misteri. Kebolehan Sitora menghilangkan diri serta motif kemunculan Sitora yang memberi rezeki kepada Tok Dukun. Pada awalnya, aku ingat ini cuma cerita detektif biasa yang menyelesaikan misteri disebalik kejadian tahyul. Rupanya lebih komplex daripada itu.

Tapi dari segi penggunaan bahasa dan adegan2 dalam yang digambarkan dalam novel ni memang match dengan tahun cerita ini dihasilkan. 1965. Mudah untuk imagine suasana cerita seram gambar hitam putih.
Novel ni pun tak la tebal mana. Kalau konsentret baca, aku rasa dalam 2 jam pun dah boleh habis.

Ok, secara keseluruhannya aku puas hati dengan novel. Cuma alangkah sayangnya sebab salinan filem ini telah hilang selamanya. Tapi aku still berharap agar suatu hari nanti, ada somebody berjaya jumpa semula salinan filem ni dan aku dapat menyaksikan versi filem pula.


Current mood: Ngantuk dah
Listen to: Sayang-sayang - Aliff Aziz.
After this: Tido. Sok nak balik KL

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers