05/11/2012


Sejak zaman uni lagi, aku memang dah lama tak beli DVD pirate. Sebab ada orang rajin download movie n drama series. So buat apa nak beli. Sharing2 sudah. Cost down. Lagipun zaman student mana ada duit sgt..

Masa zaman student kalau tgk movie kat cinema pun ada la skali sekala. Itupun kalau dating dgn awek or kuar dgn member. Itu pun selalunya berlaku masa baru masuk PTPTN or hujung sem kalau ada duit lebih.

Bila dah masuk zaman bekerja ni, bole la nak tgk movie kat cinema. Macam 2 or 3 tahun lepas harga tiket murah lagi. RM10. Sekarang ni dah jadi RM14. Beza RM 4 tu.

Then aku tanya la berapa harga DVD pirate kat pasar malam.

"Satu enam ringgit. 3 dua ploh" kata amoi yang jual tu.

So kalau aku aku beli DVD pirate, aku dah save dalam RM8 utk satu cerita. Kualiti DVD pirate bukan macam dulu. Kalau nak gambar cantik kene beli biasanya dalam seminggu or 2 minggu lepas habis tayang kat cinema. Biasanya label DVD die kaler biru. Kalau korang perasan la. Kalau kaler lain macam kelabu or gold, biasanya tu cuma gred rakam kat wayang dan subtitle die pun merapu.

Then Astro ada buat initiative buat Astro First. Korang beli satu movie RM15 dan movie tu akan diulang2 selama 48jam. At least lagi jimat daripda tgk kat cinema. Tapi harganya still lagi mahal berbanding beli kat DVD pirate dan save RM8 jugak.

Ok, bukan aku sorang je. Aku rasa bende ni apply kat ramai orang jugak. Bukan kitorang tak nak support penggiat seni yang hasilkan filem ni, cuma zaman sekarang ni kan kita digalakkan menjadi pengguna bijak dan membuat perbandingan harga. Beli or guna produk yang tawarkan harga yang lebih murah dan ada kualiti. Sebagai pengguna, of coz kita akan sentiasa cari harga yang paling murah dengan kualiti yang acceptable. Mana ada orang kalau beli barang carik yang paling mahal. Kecuali jabatan kerajaan je. Haha.

Lagipun sekarang, TV pun dah LED. Dah besar, layan kat rumah lagi best. Tak kisah la kalau setakat lambat  seminggu dua, janji dapat cost down. Beza RM7 tu bleh buat makan pagi or lunch kot. Skang ni aku cuma tgk movie yang btol2 ada dalam wishlist aku je kat cinema. Kalau stakat untuk hiburan tu, aku beli kat pasar malam or amik kat member. Sok2 kalau aku dah ada Unifi, aku donlod sendiri je.

Main point kat sini ialah: Jadilah pengguna yang bijak. Hoho

Current mood: Kenyang makan sate 15 cucuk tadi.
Listen to: Liverpool vs Newcastle.
After this: Tunggu game habes. Lepas tu tido. Sok keje.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers