08/11/2012


Jarak dari meja aku ke vending machine (kitorang panggil starbak) adalah lebih kurang 200 meter. Kalau aku nak berjalan ulang alik dari meja aku ke starbak ialah 400m. Sama dengan satu pusingan balapan kat stadium.

Kat dalam ofis aku pun ada water dispenser. Ada air panas, ada air sejuk. Aku cuma perlukan nescafe or milo 3 in 1 dan berjalan lebih kurang 10 langkah, tolak mug aku pada tuil air panas, dan air panas akan mengalir dgn bantuan daya graviti dan terus jatuh ke dalam mug.

Air kopi kat starbak tu pun, bukan sedap sangat. Nak kene carik duit syiling dulu. Sape membe2 yang jumpe masa on the way nak pergi starbak or tgh dok melepak kat area starbak memang jadi mangsa pau atau dalam bahasa baiknya, mangsa amal jariah.

Mungkin korang nampak secawan kopi itu ialah secawan kopi. Tapi utk kitorang, secawan kopi tu hanyalah medium. Aku rasa majoriti kitorang memang nak ke starbal bukan utk minum sangat pun. Tapi utk bersosial. Ya, bergaul dengan masyarakat, usha perangai kawan2, saling bertukar cerita, tempat luahan perasaan tak puas hati dengan boss, tempat berpolitik, medan kutukan dan umpatan dan tak lupa juga tempat yang sesuai utk praktikkan still me lagho. Selain itu, ianya juga tempat yang sesuai utk pasang telinga kalau2 ada hot story or top secret. Macam spy pun ada.

Itulah sebenarnya motif sebenar disebalik kopi secawan yang berharga 60 sen.

P/s: Moral of the story, bergaul la dengan masyarakat.

Current mood: Lapar. Hujan sejak petang lagi.
Listen to: Bunyi hujan dan guruh.
After this: Masak nasi goreng ayam. Ingat salaryman tak reti masak ke?

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe