23/11/2012


Secara ringkasnya, quattro ni dalam spanish bermaksud 4. Kalau tak silap la. Dalam sistem Audi quattro ni, bermaksdu all wheel drive. Keempat2 tayar ada power. Dari segi performance memang better sebab ada extra power and traction berbanding dengan 2 wheel drive (front or rear). Kelebihan lain all wheel drive ni ialah stability dan handling yang lebih bagus compare dengan 2 wheel drive.

Rasanya semua automotive engineer memang tau tentang kelebihan all wheel drive ni. Cuma, kenapa hanya kereta2 high end sahaja yang guna sistem ni. Kereta2 murah takde? Ok, satu memang sebab kos. All wheel drive ni memerlukan extra part compare 2 wheel drive, at least sebatang driveshaft, 3 differential. Then nak tune supaya sistem ni ok pun memerlukan kepakaran dan kompleks algorithm programming. Bukan senang.


"Kalau sebab kos, kenapa Hilux, Triton 4 wheel drive tapi harga takde la mahal sangat?" tanya seorang member aku.

Ok, sebenarnya jawapn kos tadi separuh betul. Separuh lagi sebab ialah, sistem all wheel drive ni memerlukan engine yang power besar. Ini kerana, untuk mengatasi semua resistant dan innertia daripada kesemua differential dan drive shaft. Kesemua part mekanikal ni akan memberikan tambahan berat, inertia dan resistant berbanding kereta 2 wheel drive. Oleh itu ianya memerlukan power yang besar dan enjin berkapasiti besar.

Kebanyakan kereta enjin petrol menggunakan sistem all wheel drive berkapasiti 2.0liter ke atas. Bukan tak boleh guna engine 1.3L, 1.5, 1.0L, cuma ianya tak praktikal kerana akan menyebabkan peningkatan fuel consumption untuk hasilkan power yang cukup untuk atasi kesemua 'beban' dalam sistem all wheel drive. Kereta pun akan bertambah berat.

Untuk kereta diesel takde masalah sebab sifat engine diesel yang menghasilkan torque yang tinggi pada rpm rendah. Memang sesuai dan takde masalah untuk sistem all wheel drive. So itu menjelaskan kenapa triton, hilux, isuzu dmax dan jenis kereta pickup ni boleh guna sistem all wheel drive.

Contoh kereta enjin petrol yang menggunakan sistem ni ialah Perodua Nautica. Enjin kapasiti 1.5L. Cuba la tanya owner, fuel consumption macam air tak?
Baru2 ni aku ada tgk Le Mans 24 hours. Audi menggunakan teknologi baru yang dikenali sebagai e-tron quattro. Boleh dikatakan sistem all wheel drive versi hybrid. Kalau kita tengok gambar di bawah, sistem ni ada satu enjin 2.0 TFSI, 2 elektrik motor 33 kW dan 60 kW. Secara simplenye, tayar depan dipacu oleh enjin dan motor 33kW dan tayar belakang dipacu oleh motor 60kw. Sistem ni telah menghapuskan dua differential dan driveshaft. Sistem yang lebih simple. Cuma memerlukan programmin algorithm yang complex supaya sistem berfungsi sekurang2nya seperti sistem lama or lagi better.

Audi hybrid E-Tron Quattro

Begitulah secara ringkasnya tentang sistem quattro ni. Untuk lebih pemahaman, ada banyak je rujukan dan video kat youtube. Nak tak nak je carik.

Aku pn tak tau kenapa tibe2 aku berminat nak tulis pasal sistem ni. Mungkin sebab membe aku tanya aku ari tu, "Ape ea maknya quattro tu?"

Current mood: Rasa macam nak makan durian lagi.
Listen to: Tinggal kenangan - Caramel band
After this: Buat Milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe