16/11/2012


Semalam dunia telah dikejutkan dengan serangan Israel ke kawasan Palestin yang telah membunuh 8 orang dan mencederakan sekurang2nya 120 orang lain. Sebagai bangsa yang bermaruah, of coz Palestin melakukan serangan balas. Malangnya Israel telah menuduh, Palestine menyerang mereka terlebih dahulu dan mereka berha mempertahankan wilayah mereka dengan membalas semula serangan.

Kalau tak silap aku, memang Israel ni akan melancarkan serangan ke Palestine setiap awal Muharram disebbkan dendam mereka terhadap Islam di dalam perang khaibar.

Sebenarnya skrip ni dah lapok dan semua orang tahu yang Israel akan gunakan taktik yang sama. Maka berduyun2lah umat Islam seluruh dunia mengecam Israel. Mengadakan demo dan bantahan demi bantahan. Aku percaya, Israel memang gelak je tengok gelagat umat Islam ni. Setakat kutukan, bantahan, demo, bakar bendera, takde efek langsung kat diorang. Kene pulak ada bekap besar Amerika dari belakang.

Sebenarnya Israel yahudi ni langsung tak takut kat umat Islam ni, selagi umat Islam ni tak solat subuh berjemaah seperti ramainya jemaah solat Jumaat.

Kadang2 aku terfikir, kenapa masalah Palestine ni berlarutan. Dah lama dah, sejak pendudukan Israel dari tahun 1947 lagi. Sebelum tu diorang takde negara. Semua yahudi merempat di seluruh dunia. Sampai la Palestine ni baik hati terima diorang. Dan diorang terpaksa membayar dengan harga yang mahal bila dihalau dari tanah air sendiri.

Kenapa Allah membiarkan masalah Palestine ni berlarutan? Aku percaya umat Islam dari seluruh dunia dah berdoa sejak berdekad2 lalu, tapi doa tanpa usaha saja memang tak ke mana. Kita semua tahu yang Palestine dikelilingi oleh saudara2 Islam dari negara2 arab sekitarnya. Tapi takde seorang pun yang sudi menghulurkan bantuan dan memberikan bantuan ketenteraan untuk kalahkan yahudi laknatullah. Malah diorang juga jadi ally kepada Israel dan Amerika.

Tak terasa awkward ke bila, orang Yahudi tuduh orng Islam pengganas dan kita menerimanya dan turut sama konon2nya bersama terlibat dalam peperangan memerangi pengganas. Kita semua tahu yang Palestine ni sedang disembelih hidup2. Takde pun negara Islam datang hulurkan bantuan ketenteraan. Takde sorang pun negara Islam yang tampil berani untuk membela Palestine dengan alasan nk menjaga hubungan baik dengan Amerika. Kutukan, kecaman, demo, batahan, tu je la yang mampu buat. Gelak je la Israel tengok gelagat umat Islam ni. Sekali die hantar satu missile, kita hantar satu memorandum. Mana nak kene buku dan ruas.

So apa yang aku fikirkan kenapa masalah Palestine ni dibiarkan berlarutan ialah untuk orang Islam di seluruh dunia ni benchmark uhkhuwah sesama kita. Masalah ni memang akan berlarutan selagi, umat Islam tak bersatu dan berani membela saudara sendiri. Ni la penyakit umat Islam masa kini. Negara2 jiran Arab pun just enjoy the show dan ally dengan amerika. Pointnye ialah, umat Islam bacul dan pentingkan perut masing2 sahaja di akhir zaman ni.

Di akhir zaman, umat Islam ibarat buih2 di tepi pantai. Ianya banyak, tetapi akan sekali dipukul ombak, terus pecah dan berterabur.

Current mood: Ngantuk
Listen to: Bunyi kipas.
After this: Tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe