01/12/2012

DSCF3078
Aku baru sempat baca review pasal Mitsubishi Mirage kat Paultan. Sebelum ni mmg aku ada baca title. Tapi tak sempat nak baca detail. Cuma tadi masa on the way nak balik KL aku ternampak kereta ni kat showroom Mitsubishi.

1st skali aku terkejut sebab Mirage yang lama saiznya sama dengan Satria. In fact, Satria pun mmg derived daripada Mirage. Cuma Mirage 2012 ni, aku tengok saiz die makin kecik. Dari jauh aku tengok dah macam saiz Myvi. Bila tengok balik betul2 mungkin antara Viva n Myvi. Tengah2.

Ok, aku start dengan enjin dulu. Mirage guna engine 3A92 1.2 litre three-cylinder engine with MIVEC. Boleh didapati dengan Manual Transmission atau CVT (Auto). Dari sini memang jelas Mirage merupakan competitor kepada Hyundai i10, Kia Picanto, Myvi. Macam Viva dan Alto aku tak consider sebagai competitor dari segi engine capacity. Polo TSI pun 1.2L, tapi tu dah masuk kategori lain. Enjin Mirage menghasilkan 57kW/6000rpm, 100Nm/4000rpm. So memang kategori antara Myvi dan Viva.

DSCF3058

Ruang dalaman didominasi oleh warna hitam. Steering wheel yang simple tanpa audio button. Gear shift pula jenis gated walaupun hanya menggunakan CVT. Biasanya kereta yang menggunakan CVT, gear shift nya lebih simple dan menggunakan straight type. Daripada gambar di bawah dapat dilihat ada dua ruang simpanan barang di tempat penumpang, terbuka dan tertutup. Radio jenis 2-DIN yang compatible dengan I-Pod. Untuk variant high spec dilengkapi dengan Automatic Aircond (A/C). Terdapat 2 cup holder, features yang basic untuk setiap kereta. Overall, dashboard dan door interior nampak simple dan kemas. Tak salah jugak kalau nak cakap 'cheap look'. Ruangan dalamannya memang mempunyai typical imej kereta jepun.

DSCF3103
DSCF3099
DSCF3073

Seat belakang nampak macam selesa untuk tiga orang kerana takde bonggol di tengah. Ini dikuatkan lagi dengan adanya tiga headrest pada seat belakang. Mungkin 4 orang kanak2 pun muat. Dari gambar di atas, dapat dilihat, ruang kaki agak sempit dan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan untuk perjalanan jauh. Tapi aku harap ruang di atas masih boleh diadjust. Mungkin seat driver terlalu terkebelakang kot. Plastik pintu nampak terlalu simple dan bosan. Warna hitam berjaya mengurangkan sedikit rasa bosan pada design yang terlalu simple.

Terdapat dua meter pada dahsboard, Speedometer (Speed) dan Tachometer (engine speed). ruang kosong disebelah kanan dikhaskan untuk pelbagai indicator macam pintu, seatbelt, ABS, water temperature dsb. Pun sama jugak, nampak macam design setakat ada. Kurang unsur kesenian dan kecanggihan. Just nice to have je. 

Mari kita tengok luaran. Design yang aku rasa tak beberapa fresh. Typical kereta Jepun. Terlalu plain akibat polisi cost down dalam pembuatan. Selain daripada tu, orang Jepun ni biasanya jenis tak kisah dari segi styling ni. Janji ada dan berfungsi. Diorang pun tak bleh drive laju, sebab tu aeordynamic tak diberikan keutamaan. So bila company Jepun cuba membawa fahaman yang sama ke Malaysia, sebenarnya diorang silap. Kalau tak, kedai2 macam Brothers dan aksesori kereta mana boleh hidup sebab ada sesetengah golongan  pemandu di Malaysia ni suka modify kereta sebab bentuk standard yang membosankan dan nampak tak beberapa garang. Cuma satu je adavantage yang company Jepun ni boleh amik iaitu walau buruk macam mana pun kereta tu, tapi kalau brand import, orang tetap beli juga. Berbalik kepada asal, sebenarnya design pada exterior pada Mirage ni design yang agak outdated. Masih gunakan headlam dan rear lamp jenis mentol. Design lama. Semua lampu saiz kecik. memang betol2 cost down. Body juga agak plain. Garisan styling yang tak jelas kelihatan di sebelah tepi. 

DSCF3092
DSCF3107
DSCF3095

Mirage juga agak ringan. Berat kosong hanya sekitar 850kg. Sama berat dengan Viva tapi dengan engine lebih besar daripada Viva. Walaupun aku tak test drive, aku predict dari segi pecutan memang lagu daripad Viva dan mungkin jugak lebih laju daripada Myvi atau seri sebab Myvi mempunyai body yang lebih berat. Body yang ringan ni memberikan figure fuel consumption 21Km/L di atas chassis dyno menggunakan New European Driving Cycle. Dalam kata mudahnya, diuji menggunakan driving pattern yang standard. Cuma just take note, result atas dyno ni hanya untuk rujukan dan perbandingan adil dengan kereta lain. Untuk F/C sebenar bergantung kepada pelbagai faktor; pemandu, keadaan jalan, cuaca, traffic dsb. Tapi 21KM/L tu memang kira agak top jugak kalo compare dengan kereta lain.

Tempat penyimpanan barang juga agak kecil. Tak sesuai untuk balik ke kampung ketika hari raya atau pun nak bershopping kat Padang Besar. Kalau nak pegi dusun, mungkin setakat nak isi rambutan or duku ok kot, tapi beg kene letak kat seat la. Tapi make sure sebelum balik kampung, kasut semua kene keluarkan esp perempuan yang memang suka jadikan kereta stor tempat letak kasut. Untuk setakat jalan2 ronda KL di hujung minggu, ketika dating dengan bf/gf, ulang alik g kerja, shopping sket2 kat Tesco untuk small family memang takde masalah. Memang jelas, kereta ni sesuai untuk kegunaan harian. Untuk jalan jauh boleh jugak, tapi tak boleh bawak barang banyak. Contohnya, membawa pulang baju korang satu almari.

DSCF3102

Akhir sekali, ciri2 yang ada pada kereta ni ialah Radio 2-DIN yang ada USB dan boleh main iPod. Menggunakan Eletric Power steering. Steering memang akan ringan dan sesuai kalau nak parking kat shopping complex atau pergi uptown. Kereta kecil dengan EPS ni boleh dikatakan Bless. Ciri yang agak latest ialah ada Start Button dan Auto A/C. Hanya ada pada high grade. Of coz la, u pay more, u get more maa. So far, dalam Paultan takde mention sama ada kereta ni ad ABS ke tak, tapi daripada gambar engine tu, aku nampak ada ABS module. Maka aku consider ada dan mungkin hanya pada high grade. Airbag pun takde mention, tapi aku ada nampak la tulisan Airbag pada dashboard dan steering. Maka ada la tu. Lagipun kerajaan dan wajibkan kereta yang dikeluarkan pada tahun 2012 dan ke atas perlu ada dual-airbag. Maka airbag skang dah jadi common macam steering. Kene ada.

Mirage boleh didapati pada range harga berikut:

GL Manual (Lo Spec) - RM 55,583
GL CVT (Medium spec) - RM 60,453
GS CVT (High spec) - RM 63,375

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh refer pada brochure di bawah atau direct ke Paultan.org.

mirageleaflet-121003033622-phpapp02

2 comments:

  1. haha.suke btol ayat "setakat isi rambutan or duku, boleh la.

    ReplyDelete
  2. nak isi durian pun boleh :)

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers