18/12/2012


Jangan salah anggap. Sila jgn salah faham. Jalan cerita Isteri ni langsung takde kaitan dengan jalan cerita Suami. Langsung takde kaitan. Cuma dua kes yang berbeza, tapi disiasat oleh detektif yang sama;  Kapten Kosasih dan Gozali atau nama manja diorang Kos dan Goz. Pandai btol S. Mara GD bagi nama kat diorang
Ok, kalau dalam Suami, aku kene tunggu sampai mukasurat 152 untuk jumpa watak Kosasih, dalam Isteri pula, aku perlu membaca 169 mukasurat untuk Kosasih dan 170 untuk Gozali.

Plot untuk Isteri ialah kisah tentang seorang gadis bernama Alma yang mata duitan berkahwin dengan hartawan bernama Yanis Sumbaga. Yani seorang yang hensem (mengikut penulis novel la) dan kaya. Memiliki sebuah salon di Surabaya.  Debi Malonda ialah salah seorang pekerja Yanis yang paling setia. Debi telah bekerja dengan Yanis selama 8 tahun. Sebenarnya, dalam diam Debi menaruh hati terhadap Yani, namun cinta tidak kesampaian. Ini kerana Yani pernah berkahwin dan bercerai dan bersikap buaya darat. In before Alma telah dump boyfriend die yang bernama Pandu Lukas sebelum berkahwin dengan Yani.

Walaupun dah berkahwin, sikap buaya darat Yanis sukar untuk disisihkan. Beliau berscandal pula dengan seorang pelakon baru bernama Cici Tiara. Seperti kata P.Ramlee, kalau nak kahwin lebih satu ni, mesti pandai berbohong, mesti pandai temberang. Prinsip inilah yang digunakan oleh Yanis untuk menjalinkan scandal. Scandal beliau berjalan lancar dan tidak dapat dihidu oleh Alma.

Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kesilapan Yanis membawa pulang Cici ke rumahnya ketika ketiadaan Alma membawa padah. Beliau tidak sangka yang Alma pulang lebih awal daripada sangkaannya. Lebih memburukkan keadaan, Alma telah mengambil gambar ketika Yanis dan Cici sedang buat projek di ruang tamu rumah mereka.

Di sinilah bermulanya konflik. Of course Alma menuntut cerai. Masalahnya Alma ni tamak. Masa kahwin, rumah Yanis telah diberikan kepada Alma sebagai hadiah. Memang bengong btol. Lepas tu, kesemua harta Yanis termasuk la duit dalam bank dan salon beliau telah menjadi milik Alma. Ini disebabkan ugutan Alma menggunakan gambar yang ditangkap olehnya. Ok, sebenarnya, Yanis tak perlu takut pun dengan ugutan Alma.Cuma masalahnya ialah Cici. Ok, Cici merupakan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik. Dengan penyebaran gambar itu, karier Cici yang sedang mekar itu otomatik akan musnah. Disebabkan cinta Yanis yang sangat mendalam terhadap Cici, dia tidak sanggup gambar itu memusnahkan masa depan Cici. Sebab itulah Yanis terpaksa menuruti kesemua tuntutan Alma. Malah Alma sempat menganjing Yanis dengan mengambil yanis bekerja di salon miliknya sendiri.

In before juga, Debi juga merupakan kawan dan jiran Alma sebelum Alma berkahwin dengan Yanis. Debi sendiri la yang membawa Alma ke salon Yanis dan akibatnya Yanis jatuh cinta dan berkahwin dengan Alma. Ini menyebabkan Debi ada rasa sedikit menyesal dan bengkek. Disebabkan hubungan rapat Debi dan Alma, Yanis telah menghantar Debi untuk memujuk Alma. Malangnya rundingan tidak berjalan dengan lancar. Debi makin sakit hati bila Alma terus mengutuk dan menganjing Yanis, lelaki sangat dicintainya.

Pada sebelah malamnya, Alma telah diberitakan terbunuh. Dan masa kematian matching dengan range masa ketika Debi berbincang dengan Alma. Dari sini la bermulanya penglibatan Kapten Kosasih dan Gozali. Siapakah yang membunuh Alma? Apakah motifnya? Bagaimana ianya dilakukan? Adakah ada orang lain juga yang akan terbunuh selepas pembunuha Alma?Apa jadi pada Debi dan Yanis? Semuanya akan terjawab pada penghujung novel. Hehe.

Teknik yang sama digunakan oleh S.Mara GD seperti novel Suami. Menceritakan dulu watak lain, perkembangan plot, dan rentetan peristiwa. Lepas tu barulah masuk watak detektif. Aku tak sure sama ada kesemua 30 novel S.Mara GD menggunakan teknik yang sama or tak. Sebab tu aku meminta agak Bukur Fixi menterjemahkan lagi novel S.Mara GD. Kalau tak dapat 30, 25 pun jadi la. Aku memang suka dengan hasil penulisan detektifnya. Sangat berkualiti, teliti dan detail.

Sebenarnya aku rasa ada konflik percintaan dalam novel ni, cemburu, pengkhianatan dan cinta tak kesampaian. Masalah berlaku bila, perkahwinan itu tidak ikhlas dan bukan atas dasar cinta. Alma berkahwin sebab harta, Yanis pula berkahwin sebab rupa. Tu masalahnya. Bila kedua-dua tujuan ni tak tele, perkahwinan tu memang takkan berjaya. Sebab tu Yanis cari scandal. Alma pulak, terlalu tamak, sampai semua harta Yanis die nak amik. Sebab tu la die terbunuh.

Kalau nak bandingkan plot antara Suami dan Isteri, aku lagi suka plot Suami. Isteri ni macam agak simple. Motifnya dah terang lagi bersuluh. Cuma pembunuhnya sama macam Suami, seseorang yang langsung kita tak syaki. Orang yang kita syaki bermatian2 tu langsung tak bersalah.

Kesimpulannya, aku dapat dua pengajaran utama dalam novel Isteri ni.1st, jangan jadi bodoh sebab cinta. Tapi menjadi bodoh sebab cinta ni memang tak dapat dielakkan, cuma kurangkan sikit kebangangan tu. Macam Yanis yang buta2 je bagi rumah die sebagai hadiah perkahwinan dan tukar nama sebahagian hartanya kepada Alma. Macam Debi pun satu, terlalu sayang sangat Yanis sampai tak sedar die sedang dipergunakan dan akhirnya hampir memakan diri sendiri. Aku suka ayat Pandu Lukas "Yanis yang ko cintakan tu sebenarnya dalam minda kau sahaja sebenarnya. Sedangkan kau tahu, Yanis di dunia realiti sangat jauh berbeza". Jangan berkhayal dan syok sendiri. Macma terlalu berangan watak lelaki dalam novel dan drama melayu tu wujud. Lupekan je la. Kedua, jangan tutup pintu hati kita untuk orang lain. Beri peluang kepada orang lain untuk menyintai kita. Kenapa nak tunggu di depan pintu yang tertutup sedangkan ada banyak lagi pintu lain yang masih terbuka.

Ok, itu jela. Kalau admin Buku Fixi terbaca ulasan ni, buat kali ketiganya, aku berharap Buku Fixi dapat consider untuk translate beberapa lagi buku S.Mara GD. Kalau tak dapat 30, 25 pun jadi la. hehe

Current mood: Ngantuk dah ni. Dah la tadi masa blik keje motor buat hal.
Listen to: Sendiri - Aliff Aziz
After this: Tido jela.... zzzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe