18/12/2012


"Ada dua cara penjenayah hendak melepaskan diri; hapuskan semua bukti atau reka bukti palsu" ayat yang dikatakan oleh inspektor Akechi dalam komik penyiasat remaja aka Kindaichi.

Aku terpaksa menyelak sampai ke mukasurat 152 untuk terjumpa buat pertama kalinya watak Kapten Kosasih. Pada mulanya aku agak keliru. Siapakah watak utama dalam novel ni sebenarnya? Sebelum mukasurat 152, memang takde langsung disebut dan dimention watak Kosasih. Manakala watak kawan kapten Kosasih, Gozali hanya boleh mula dijumpai pada mukasurat 174. Serius, aku memang agak pelik, mana watak Kosasih dan Gozali ni kan? Haha. Tapi mmg style la cara penulisan S.Mara GD ni.

Novel ni berkisah tentang perkahwinan Maryati yang diaturkan oleh ibunya. Yati dikawinkan dengan Supriyadi, anak seorang keluarga bangsawan. Disebabkan perbezaan umur yang agak jauh, Yati awal 20an dan Yadi hujung 30an menyebabkan perkahwinan mereka agak dingin dan hambar pada awalnya. Ditambah pula dengan kemunculan Ester Rumilah yang menyebarkan tentang masa silam dan misteri Lily Handoko, iaitu bekas isteri yadi yang telah dibunuh dua tahun lepas. Sehingga kini pembunuhnya masih belum ditangkap.

Bukan sahaja Yati, aku sendiri pun rasa confuse dengan perkhabaran yang dibawakan oleh Ester. Mana taknya, Yadi tu seorang yang tampan (mengikut penulis novel la) dan kaya. Tapi selepas 2 tahun isterinya meninggal, beliau masih lagi tidak berkahwin. Tambahan pula, sikap yadi yang sangat berahsia tentang masa silamnya dengan yati. Lebih meng'twistkan' plot, rupa2nya Ester merupakan pekerja di kilang yang dimiliki oleh Yadi. Malah ada hubungan akrab mereka yang melebihi antara bos dan majikan lebih mengelirukan dan timbul pula gossip yang diorang sebenarnya pernah bercinta. Semua ni membuatkan Yati mensyaki ada sesuatu yang misteri pada suaminya berkenaan dengan kematian Lily Handoko.

Namun, keadaan bertukar sedikit ceria apabil Yati disahkan hamil. Maka hubungan dia bersama Yadi beransur2 ceria. Lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama yati. Lily Handoko sempat hamil 4 bulan semasa dibunuh. Kandungan Yati membesar dengan baik dan sihat. Walaupun masih meragui tentang kehidupan silam suaminya, namun dengan membesarnya kandungannya, sedikit sebanyak hal itu dilupakan. Setelah 7 bulan kandungannya, keluarga yadi mengadakan upacara menyambut kelahiran (lebih kurang la). Malangya, ketika kenduri ini, Ester telah dibunuh. Bermula dari peristiwa inilah, Kapten Kosasih dan Gozali melibatkan diri dalam siasatan untuk mengesan pembunuh.

Mengapakah Ester dibunuh? Siapakah yang membunuh Ester? Adakah pembunuhan ini berkaitan dengan pembunuhan Lily Handoko 2 tahun lepas? Siapakah Ester sebenarnya? Apakah motif pembunuh sebenarnya? Apa akan jadi pada Yadi dan Yati? Semua itu akan terjawab pada penghujung novel dan untuk mengetahuinya korang kene la baca sendiri. Barulah thrill.

Hmmm bagi aku, penulisan novel ni memang sangat awesome. Gaya penulisan cerita detektif yang teliti dan teratur. Plot twist yang dibawakan dalam novel ni memang sangat menjadi. Dari awal sampai mungkin kita akan mensyaki pembunuh ialah seorang yang kita sangkakan. Nampak macam kes ini sangat mudah diselesaikan. Tapi sbnrnya sangat complex. Sherlock Holmes pun ada cakap, kes yang nampak mudah ni sebenarnya paling rumit untuk diselesaikan. Memang pembunuh sebenar ialah watak yang langsung kita tak syak. Begitu juga dengan motifnya. Sangat tak sangka.

Khabarnya, S Mara GD. ni kerjaya awalnya cuma sebagai penterjemah novel penyiasatan karya Agatha Christie yang terkenal dengan watak Encik Poirot. Akhirnya beliau sendiri terjebak dengan penulisan novel detektif dan komen aku, "You did it very well!" Penulisan yang berkualiti tinggi. Untuk orang yang ada sifat rasa ingin tahu yang kuat, surely korang akan non-stop baca untuk tahu siapa pembunuh sebenar. Cuma kekurangan novel ni ialah, intro/permulaan yang agak lembab dan kurang dramatik. Tapi, plot cerita ni disusun dengan baik. Maka ianya mudah untuk difahami dan diikuti.

Pengarajan suami isteri yang boleh didapati dalam novel ni ialah suami isteri seharusnya saling berbincang dan berterus terang dalam rumah tangga. Ini untuk memastikan semua salah faham dan syak wasangka dapat diclearkan. Kadangn2 overthninking ni sebenarnya konflik yang menghantui kita sedangkan dari awalnya, bende yang kita fikirkan tu takde ada pun sebenarnya. 

Bak kata Kenshin Himura Battohsai, "Semua orang ada kisah silam yang tidak ingin dikongsikan dengan orang lain". Ok, betol, tapi dalam rumah tangga, statement ni jgn digunakan sangt. Berterus-teranglah dan berbincang la dengan terbuka. InsyAllah rumah tangga akan harmoni dan berkekalan. Hehe

Current mood: Ada banyak movie nak tgk ni. huhu
Listen to: Nasib Labu Labi
After this: Tulis pasal novel Isteri pule.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers