07/01/2013


Aku pun tak sedar sejak bila aku jadi pengumpul jersi ni. haha. Selalunya setiap season aku cuma beli jersi MU n Malaysia je. Namun sejak akhir2 ni, mana jersi yang aku nampak cantik aku akan beli. Pastinya bukan ori la. Standard uptown je. Gred AAA. Harga baju ori boleh dapat sebijik tayar kete aku. Huhu.

Biasanya bila aku nak beli t-shirt or baju, jarang aku jumpa design yang aku berkenan.  Harga pun satu hal jugak. Kalau baju murah tu, design terlalu simple. Ada jugak baju mahal yang simple. Lagi tak berbaloi. Nak beli t-shirt uptown kang banyak jumpa orang pakai baju sepesen. Macam boria la pulak.

Then aku fikir, why not beli jersi je kan? Design pun cantik. Kain pun sedap. Ok, mmg la mahal sikit daripada t-shirt uptown biasa. Tapi bila pakai jersi ni rasa macam smart semacam. Kalau badan fit lagi nampak smart.


Sape yang ada FB aku mesti perasan aku banyak pakai jersi dalam kebanyakan gambar yang aku upload. Haha. Mmg disengajakan. Kecuali dok rumah je aku pakai t-shirt. Bila keluar mostly aku pakai jersey.

Jersey ni pun sebenarnya macam satu motivation untuk aku jaga badan. Aku selalu beli saiz M. Memang fit kat badan. Kalau perut boroi, mmg ketara la lengkung boroi tu. Disebabkan itu, aku perlu sentiasa jaga badan supaya nampak fit bila pakai jersi. Bila sarung je, aku rasa sendat semacam maknanya BMI aku dah mula menuju ke overweight la tu.

Kalau nak murah biasanya aku akan kirim kalau ada member pergi padang besar or Rantau panjang. Bli kat KL ni harga die mahal sket. Biasa la, dah markup. Sebenarnya aku cuma suka jersey Nike sebab design dan kain die yang sedap. Adidas dari segi desgin nampak macam tak fresh dan kain pun tak sesedap Nike.


Tapi kalau korang nk beli jersey, cadangan aku ialah tunggu season baru start or lepas Nike/Adidas launch yang ori punye. Pergi kedai, try rasa n pakai. So nnt bile nak bli kat uptown, korang dah ada benchmark feeling. Tapi kalau mampu, beli je la ori. Sebab biasanya gred AAA ni pun, die kene ada sample ori baru die boleh tiru. Yang kuar sebelum season start tu, biasanya diorang macam try n error or ada leakage dari original manufacturer. Posibility design tak sama tu agak tinggi. Mungkin just 90% je sama.

Kesimpulannya, kalau korang rasa t-shirt kat kedai agak cliche, beli je jersi. Kalau sama dgn orang lain pn orang tak kisah sgt. Tapi kalau t-shirt korang sama dengan orang lain, nampak boria.

Current mood: Ok la, sok keje. Mari tido.
Listen to: Terukir Di Bintang - Yuna
After this: Tido.zzzz

3 comments:

  1. Salam. Saya sedang mencari jersi Selangor 2003 dan 2004. Sudikah Bro menjual jersi Selangor 2003 dalam gambar di atas kepada saya? Terima kasih. :)

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe