17/01/2013


Hari ni perodua recall balik lebih 73,000 myvi LB kerana masalah EPS. Secara ringkas, isu recall ini ialah kerana masalah bila EPS fault (lampu EPS akan menyala pada meter) steering akan jadi berat sebab takde power assist dari motor elektrik. Perubahan steering respon secara mendadak ni akan memnbahayakan pemandu. Lebih kurang macam tu la. Nak tau detail, bawak je Myvi korang ke service centre dan Perodua akan memberikan detail explanation tentang problem ni dan counter measurenye. Bagaimana pun, hanya Myvi lagi best je yang terlibat sebab myvi lama tak gunakan EPS. Guna Hydraulic Power Steering. EPS stand for Electric Power Steering.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah automobile recall ni bukan lah sesuatu yang baru secara global. Cuma di Malaysia ianya mula diperkenalkan oleh Proton masa zaman Dato Syed Zainal jadi MD Proton. Aku tak ingat kes apa. Tapi kalau tak silap aku, itulah kes autmobile recall pertama di Malaysia.

Sebenarnya recall ni ada pro n con. Untuk customer, recall ni agak scary dan mungkin akan hilangkan kepercayaan kepada syarikat kereta. Dari side yang lain sebenarnya ianya menunjukkan syarikat kereta ni bertanggungjawab untuk membetulkan kesilapan mereka. Lagipun biasanya cost utk recall ni akan diabsorb sepenuhnya oleh syarikat kereta. Customer tak payah keluar satu sen pun. Cuma perlu drive ke service centre.

Bukan semua masalah recall ni disebabkan oleh kecuaian syarikat kereta. Cuma mungkin masa peringkat testing masalah tu tak wujud. Tapi wujud masa actual driving condition oleh customer. Sebab tu seboleh2nya   syarikat kereta perlu simulate seaccurate mungkin customer driving condition masa peringkat design dan testing untuk detect sebarang masalah yang mungkin akan timbul. Cuma kadang2 missed jugak sebab driving condition customer sangat random berbanding testing condition yang dilakukan dalam controlled environment.

Syarikat kereta mungkin boleh lepas tangan untuk tidak membuat recall dan rahsiakan masalah daripada customer. Dapat menjimatkan cost. Cuma risiko terlalu besar jika ada kemalangan yang mungkin melibatkan nyawa dan masalah itu sebenarnya dah tau tapi dirahsiakan. Akibatnya mungkin akan kene saman berjuta ringgit di samping hilang kepercayaan customer. Dalam bisnes, kepercayaan customer sangat penting.

Sebab tu pemeriksaan development, testing dan quality inspection perlu lebih detail untuk elakkan masalah recall. Apa guna jual kereta 200,000 unit, tapi kene recall balik 100,000 unit. 

Current mood: Ngantuk dah
Listen to: Terukir Di Bintang - Aizat
After this: Zzzzzz


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers