11/01/2013

Aku sekarang ni sebenarnya dalam proses nak membeli rumah. Kena la belajar sikit2 prosedur n selok belok n nk beli rumah. Mujurlah offis mate aku dah ramai yang beli rumah. Dapat la belajar daripada diorang.

Realitinya memang harga rumah makin mahal sampai tahap 'fuck logic'. Tapi still ada lagi golongan pertengahan yang mampu beli rumah. Daripada golongan 'still ada' tadi tu, mostly sebenarnya tak dapat beli rumah idaman. Rata2nya setakat beli je la dulu. Buat aset.

Ada la beberapa membe dan orang yang aku kenal, sebenarnya kalau ikut gaji diorang tu, takde masalahnya sebenarnya utk beli rumah yang diorang nak. Still dalam tolerance yang dibenarkan. Tapi tak berjaya. Puncanya ialah banyak komitmen atau dalam bahasa yang lagi senang nak paham, hutang.

Ok, secara basic, cmni caranya bank kira utk decide sama ada nak approve loan korang ke tak. Ni just gambaran kasar je k?

Gaji Basic: RM3000
- Hutang kereta: 500
- Hutang peribadi: 300
- Hutang kredit kad: 200

Balance = RM2000

Maka, ansuran bulanan yang bank bleh approve ialah RM2000 bahagi 3.
= RM 666. Maknanya bank hanya boleh luluskan loan korang yang ansuran bulanannya maksimum RM666 sahaja. 

Kalo korang berumur antara 25 - 30 tahun, biasanya tempoh loan boleh dipanjang kan kepada 40 tahun. Kalau amik interest sekitar 4.8%, secara anggaran, maksimum loan yang bank boleh luluskan cuma RM150 ~ 160K sahaja.

Cuba la korang survey kat mudah.my ke ape ke, wujud lagi tak rumah RM150K especially kat lembah klang n penang ni? Kalo wujud pun mungkin flat or umah teres yang dah 40 tahun punye rumah. Rumah baru yang nak buat kat ceruk2 kuala selangor skang pun dah RM160K

Sebab tu kebanyakan orang sekarang buat loan gabung dua nama. Husband n wife la selalunya. Kata la, spouse korang pun bekerja dan skematik die sama je macam ko. Secara mudahnya, loan yang boleh approve naik sekitar RM300K. Dgn RM300K tu boleh la beli rumah teres kat pinggir2 lembah klang. Ok la tu, tak sampai ceruk lagi. Cuma bulan2 kene bayar sekitar RM1500 je. 

So ape kaitannya dengan kredit kad? Sebenarnya ada pro n con credit card ni. Pronye ialah, katalah korang mmg tak berhutang pape. Beli pape sume cash. Kete abg bagi, rumah duk umah mak bapak lagi. Senang citer tak berhutang langsung. Kalo buat loan, bank still takkan approve kalo orang tak berhutang langsung ni sebab bank tak tau characteristic korang ni macam mana. Jenis suka bayar tangguh ke, jenis bayar sket2 ke, jenis tak bayar langsung ke kan? Sume tu ada rekod. Paling senang, orang akan buat credit card or buat personal loan.

Tapi hutang kredit kad ni akan jadi pengacau bila sbb hutang kredit kad la, loan korang tak lepas. Amik contoh di atas, kalau takde kredit kad, balance gaji jadi RM2200. Bahagi 3 jadi dlm RM750. Walaupun beza tak sampai seratus, tapi loan korang bleh up sampai RM200K. Katalah rumah korang nak beli tu RM190K, kan dah lepas. Nampak tak?

Rata2 membe aku yang ada masalah kad kredit ni ialah, masa diorang baru stat keje, gaji banyak. Duit banyak. So rambang mata. Agent credit card ni pun tau, budak2 ni tgh excited duit banyak. Diorang pun mula la cucuk jarum. Fikirkan, gaji RM 2500K, tapi limit kredit bleh up smpi RM12K satu kad. Then diorang ni ada 2 or 3 kad. Giler. Tu yg aku tak paham. Nape sampai 2 or 3 kad? Satu tak cukup.

Then bila aku tgk sifat diorang ni kebanyakan diorang ni jenis biar papa asala bergaya. Takde duit, tp lifestyle nk mcm artis. Beli baju brand, barang branded. Ikut trend pun satu hal, musim DSLR die pun beli. Musim basikal, die pun beli. Setiap tahun mesti nak melancong. Melancong nak luar negara je. Kereta pulak nk kete import je. Lebih kurang mcm tu la.

Biasanya masa kita spend, kita tak sedar. Sikit-sikit, then bila sampai statement, tu dia, baru nak nyesal. Itulah dinamakan perangkap kad kredit.

Tapi ada jugak kes yang kene tipu dgn MLM. MLM moden ni main modal berpuluh ribu. Buat loan, lepas tu, upline cabut lari bila pyramid dah tepu or kantoi dgn bank negara. Macam2 kes. Aku ada 2 orang member yang bulan2 bayar ansuran yang bayar for nothing sebab kene tipu dengan MLM ni.

Sebab tu la, kalo korang ada adik or sepupu or kawan2 ke yang baru grad, hati2 la, jangan terperangkap. Duit ni bukan bende yang boleh dibuat main. Boleh putus kawan n sedara mara. Sampai berbunuh pun boleh. So apa pun, berbelanja la dengan bijak k?

Current mood: Jap lagi nak hujan ni. Kene prepare baju ujan
Listen to: Love You Like A Love Song - Selena Gomez
After this: Solat asar.


1 comments:

  1. Mudah
    Murah
    Terjamin dan
    Sah di sisi undang-undang

    Kami menggunakan kaedah Plan Pembayaran Mudah (atau 'Easy Payment Plan) yang telah terbukti berkesan dalam

    membantu ramai yang telah terjerumus ke dalam 'lembah' hutang kad kredit untuk keluar dari sistem yang amat memeritkan lagi

    menyeksakan ini.

    Kunci kepada pengendalian ini ialah bagaimana kami boleh jadikan hutang tertunggak anda yang telah sekian lama 'terperap'

    dalam kad itu BEBAS dari interest atau dalam Islam dipanggil 'Riba'.

    Apabila tiada interest maka hutang anda PASTI selesai dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana tiada bayaran 'bunga' yang

    akan dikenakan oleh bank lagi. Maknanya di sini anda akan bayar kepada bank setakat yang anda gunakan sahaja.

    Kami akan tunjukkan cara atau kaedah yang betul dan selamat dalam menyelesaikan kad kredit walau pun akhirnya nanti anda

    tak jadi nak dapatkan perkhidmatan kami. Yang penting anda faham dan sedar punca kepada segala permasalahan yang

    berkaitan dengan hutang kad kredit anda dan bagaimana cara nak mengatasinya.

    Memandangkan setiap kes adalah unik dan bergantung kepada kondisi serta keadaan serta tahap hutang masing-masing.

    Maka perkhidmatan ini adalah secara one-to-one session secara bersemuka dan sangat unik khusus untuk menyelesaikan

    masalah hutang kad kredit anda sahaja. Lebih istimewa lagi kerana kami akan berikan khidmat nasihat ini secara PERCUMA!

    Jadi... Jangan buang masa... Tarikh akhir pembayaran hutang kad kredit dah semakin dekat dan bila sampai masa nanti anda

    harus membayar 'bunga' berserta bayaran2 lain sekiranya ada... Kalau berterusan macam ni ntah bila lah agaknya hutang nak

    selesai kan?

    Tanpa membuang masa... Hubungi SEKARANG juga - 0193355399 atau 0389275399

    Boleh juga hubungi saya secara online sama ada melalui Whatsapp / Viber / WeChat atau website rasmi EzPayment2U di

    http://www.ezpayment2u.com

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe