16/01/2013

s4-IMG_3849

Nama yang agak panjang. Tapi ianya satu tindakan yang bijak daripada Proton. MPV yang berat seperti Exora memerlukan engine paling kurang 2.0 liter atau 1.6 turbo untuk mengelakkannya menjadi underpower. Dalam kata mudah, engine power tak sesuai dengan berat kereta.

Curb weight (berat kosong) Exora ialah 1400kg. Manakala curb weight Alza ialah 1100kg. Nampak tak. Aku sendiri pun tak sure kenapa Exora ni berat sangat. Tapi aku syak banyak redundant structure untuk meet crash test requirement. Gross Vehicle Weight (GVW) atau pun berat maksimum untuk Alza ialah 1400kg. Manakala Exora ialah 1900kg. Sebab tu Exora memerlukan engine yang lebih power untuk pemanduan yang lebih responsive dan selamat.

Sebelum ni, hanya Exora Bold premium sahaja yang dilengkapi dengan engine CFE. Mungkin untuk boost sale Exora, variant standard juga dilengkapi dengan engine CFE. Beza antara spec Exora Bold standard compare dengan Bold Premium ialah takde leather seat, takde radio bluetooth dan dvd player, takde butang audio pada steering, takde cruis control dan takde side mirror boleh lipat. Walaupun banyak 'takde', sebenarnya itu semua aksesori. Safety features masih maintain seperti ABS, EBD, Dual Airbag, dan disc brake depan belakang.

Sesuai dengan tagline, 'Prestasi bukan lagi suatu kemewahan'. Bagi aku kereta ni memang ada prestasi tapi tak mewah sebab aksesori tu sebenarnya lambang kemewahan.

Menggunakan CVT yang digabungkan dengan engine CFE ialah satu lagi tindakan brilliant. Hanya CVT sahaja yang boleh memberikan high engine torque pada low speed. Ini penting untuk menjadikan kereta lebih responsive.

Harga untuk Exora Bold Standard ini ialah RM69k. Murah RM10K compare dengan Exora Bold Premium. Kalau convert sendiri Exora Bold Standard ni jadi Exora Bold Premium, tak sampai pun RM10K. Range price untuk Exora Bold Standard ni dah termasuk dalam range harga mini sedan. EBS boleh dikatakan kereta value for money untuk family yang ada at least 3 orang anak atau anak2 dah remaja.

Kredit sumber asal.

Current mood: Harap2 esok semua mission accomplish
Listen to: Ajari Aku - Anuar Zain
After this: Baca2 sket. Membaca jambatan ilmu.

64 comments:

  1. bodoh kau ni...kau ada mata tak?...kan exora ni lebih besau dari alza, dah tentulah dia lebih berat...guna otak skit la bro, jangan la kau tunjukkan keBODOHAN kau kat blog kau ni...sian aku.

    sapa kata exora cps tak power???? kau dah try bawak ke?...jangan dengar cakap orang kalau kau sendiri x penah rasa! lagi sekali BODO!...kalau setakat neo..persona IAFM tu belum boleh blah nak lawan exora cps la...BODO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak bapak ko x ajar adab sopan kaa..dalam intenet berani la ko...

      Delete
    2. ntahnye...ckp la elok2 kalau salah pun....tak yah maki2...

      Delete
    3. Astagfirullah... Mmg komen macam budak2. Tak belajar adab ni. Admin tolong delete komen yg kebudak budakan ni.

      Delete
  2. Hadoyai kemewahan tak semestinya terletak pada aksesori. Enjin tu lagi penting, itulah lambang kemewahan sebenarnya. Kan kau jugak yg kata aksesori boleh tambah kemudian. Kuasa enjin kau boleh tambah ke? Kalau kau tambah bolt-on turbo, takde factory warranty bai. 100x lagi baik kau pakai CFE terus

    adios

    ReplyDelete
  3. apesal la org Malaysia ni xde adab dlm post comment. Kan bagus tegur cara baik. Pada tuan punya blog, syabas sbb ada kapasiti dan berani memberi review pasal Exora Bold Standard ni sbb dapat beri info yg berguna pada mereka nak beli kereta ni. Pada yg kejenya nak bashing je, pi masuk sekolah balik belajar moral...

    ReplyDelete
  4. Cowardly annon. cowardly anon anywhere in internet.

    ReplyDelete
  5. Kepada dua org keyboard warrior yg kononnya pandai tu....pleaselah....comment guna akal, kita ni ada budi bahasa...nak debat, cara ilmiah, fakta dan budi bahasa...

    Kpd tuan blog ini...keep it up...walau informasi anda so so...it's ok...

    ReplyDelete
  6. Me n my wife akan meminang exo cfe standard mggu dpn color putih...huhu tak sabar nk rembat. Lepas test drive exo cfe compare preve cfe saya prefer exora cfe sbb power dia rasa lgi kick plus space as a bonus lah...feature canggih kt preve tu trpaksa la bagi kat org lain aje. Yg tak png try exora cfe cubalah try test uji mmg best...confirm jatuh cinta. Proton has improve nowaday i think...5 thumbs ups...wait for my feedback after used it few week ok...

    ReplyDelete
  7. Anon 12:17

    Thanks for the support. Hehe
    Memang dari awal lagi, sy dah plan nak ulas macam dalam Top Gear. bende2 yang takde dalam brochure dan show room.

    Something yang more to customer point of view. Not from engineering point of view. Sebab tu so-so.

    Anyway, thanx. Really appreciate it :)

    ReplyDelete
  8. Hamdan,

    yup. secara peribadi, bagi engine CFE ni memang level global. Begitu juga dengan suspension system.

    Memang kalo untuk family lebih sesuai exo. More space.

    Anyway, enjoy ur new car. good choice :)

    ReplyDelete
  9. bukan sng nak hasilkan kreta yg dpt memenuhi semua citarasa kita..ada yg perlu di korbankan..sebab tu ada harga mahal ada harga sederhana..kalo bab prestasi plus mewah pun sama gak..nak lebih belanja lebih sikit ..anywhere semua bergantung dgn kehendak dan keselesaan masing masing..hehehe saya dapat exora cfe premium bold mggu dpn..tanpa pandu uji ..

    ReplyDelete
  10. of course. sedangkan takde manusia pun yang perfect dunia ni, apatah lagi product yang dihasilkan oleh manusia. Tapi setiap produk perlukan comment dan feedback untuk improvement. supaya next produk lebih mantap.

    ReplyDelete
  11. So far saya dah 2 bulan pakai Exora CFE standard ni.Anak2 4 org dgn org gaji pun masih boleh tahan kuasa dia.Benda2 yg saya dah tukar ialah Replika Volks Racing 17x8 sport rims Dengan Tayar 215/50-17 harga RM2750,Simota stainless steel drop in airfilter RM125/,Bosch iridium plugs RM80,DVD player rooftop Dengan aux Dan iPod connector RM1900 Dan semi leather seat RM1250..Cuma saya kurang suka Dengan cvt ni sebab pikap masa jalan tak terasa betul.Harap versi baru gunakan auto 6 speed ke ataupun CVT yg Lebih lasak yg boleh tampung hingga 250nm,Dengar cvt punch VT2 ni Hanya 215nm.Power yg ketara datang Dari 2000-4250 rpm dimana kelancaran enjin berada di tahap yg baik.Lebih Dari 4750rpm Akan terasa enjin stress sikit mungkin kerana rev limiter utk menjaga gearbox.
    Saya pernah berkonvoi dgn teman2 yg memandu Toyota Wish 1.8 Dan Honda Stream 1.8 Dan tiada masalah utk melepasi mereka utk pikap Dan laju mana pun mereka.Cuma saya tak dapat overtake Wish 2.0 oleh kerana berat Exora ni sendiri.Apahal pun berbaloi saya jual Vios saya utk mpv ni..Harap2 Proton dapat pertimbangkan reverse sensor pada model Akan dtg Bagi versi standard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exora cfe memang dah pakai iridium tuan, brand ngk. Mind to share nape tuan guna bosch iridium? (Cheapest iridium compare to ngk and denso)

      Lagi satu tuan, drop in filter simota adakah mnmbah tindak balas throttle atau terasa macamana?

      Tq tuan

      Delete
  12. Review yang panjang lebar dan detail dari encik Norman. Harapnya dapat membantu sesiapa yang berhajat untuk membeli Exora CFE.

    Dari review di atas nampak macam dah heavy mod. Well, ikut selera dan kemampuan masing-masing.

    Cuma rasa kurang pickup pada certain RPM tu mungkin disebabkan saiz tayar yang lebih besar daripada standard. Mengikut pemahaman saya, ECU di-tune mengikut standard spec. Kalau modification tu lari daripada spec, mungkin akan ada effect sikit dari segi pecutan, fuel consumption, top speed dan engine response. Mungkin encik Norman boleh dapatkan bantuan pakar.

    Satu lagi, kelemahan CVT ialah kurang feel driving. Rasa macam main video game.

    Anyway, thanx for good review.

    ReplyDelete
  13. Bagi sy exora ni dgn kuasa engine mmg x selaras.... spatutnya 1.8 bg mnmpung berat bdn berlebihan tu... dh bwk dh bold ni mmg lmbt nk pgi..

    ReplyDelete
  14. ape yg gua lihat skrg, ramai org kita kata, bila sebut aje jenama PROTON tak kiralah jenis ape semua tak bagus.... kereta IMPORT semua bagus walaupun macam ha..j..dah??.
    kalau macam tu belilah kereta import.
    Bagi gua PROTON the best
    terutama EXORA

    ReplyDelete
  15. dah 9 bulan saya pakai exora bold premium. so far amat memuaskan, pick up mmg terbaik. saya heran kenapa saudara Azman Jaafar kata kurang power...maybe bold CPS kot?apa yg saya tau, ramai yg x tau bold ni ade 2 version engine..CPS & CFE...ramai org menganggap bila sebut exora bold je mesti ade turbo...kpd yg blum tahu kuasa exora bold cfe ni saya nak share...4-5 bulan lepas exora bold cfe saya telah diuji dari putrajaya ke penang dgn bebanan berbelas2 kotak 2" X 2" X 2" berisi material kertas beserta 2 org dewasa & 2 org kanak2 di samping 1 beg besar berisi pakaian...smp jadi lowered...alhamdulillah, exora bold amat cemerlang w/pun di kawasan berbukit (tol jelapang/terowing menora)...berjaya mendaki dgn kelajuan 110kmh...cuba tekan pedal minyak, meter mencecah 120kmh & boleh naik lagi tp saya decide maintain 110kmh...fuel comsuption utk total mileage 360km dgn bebanan penuh & kelajuan 110-120kmh...kadangkala terlajak smp 130kmh cuma RM50. Pada saya amat menjimatkan. Takde isu lambat pickup...cuma menurut org2 proton yg saya tanya lebih kurang 5-6 org, engine bold cfe di tune utk kurang responsif pada rpm bawah 2K atas faktor keselamatan bagi mengelakkan kuasa mendadak cfe ketika jln sesak...kalau x nnt u kiss u pay la...lps RMP 2K, powernya malaslah nak cakap...senang citer, nak dgn x nak je kaki kanan kita nak tekan pedal minyak...saya juga pernah try exora bold CPS (xde turbo) milik abg ipar saya...bagi saya powernya juz enough to move the giant...cuma dari segi karakter enjin beza skit dari CFE...kalau CPS, pickupnya agak mendadak pada permulaan (maybe sbb takde turbo) permulaan utk menggerakkan exora yg berat...pada RPM melepasi 3K, kuasanya agak statik..bila mencecah 3.5K-4K tiba2 kuasanya muncul kembali...tu beza CPS dgn CFE.Even CPS xde turbo, tp kalau compare dgn kancil or viva 660 atau kereta2 sedan lain yg 1.3liter yg xpenah dikatakan sbg underpower,jika di t/light exora cps masih lagi exora terlebih dahulu ke hadapan...apa tanggapan org pada exora, saya berbangga memilikinya...saya menyesal x beli lebih awal...hehehe...maaf jika komen saya ade yg terasa...bukan niat saya...juz nak share info serba sedikit melalui pengalaman saya sbg pemilik exora je...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam btl ker rm50 blh 360km .teringin la nak beli exora bold sbb myvi sya rm40 blh g 380km jer. Baik bli exora

      Delete
    2. Betul la sye dari perak ke melaka minyak Rm70 je...ada baki la dlm 2 bar lagi... patah balik ke perak sampai damansara....gak la... baki dlm 90km camtu...

      Delete
    3. Betoi 50xabis krak pai kuantan

      Delete
  16. Azman Jaafar!

    Boh baru pandu sekali atau dah berkali-kali tu. "Bold" saya, ok je. Kalau setakat Innova tu, perkara kecik je bagi saya. Bukan nak tunjuk terror atau LUPA DIRI tapi, itu adalah hakikat. Tq Allah n Tq Proton.

    ReplyDelete
  17. En. Mohamad Hanif Said n En Rodzuan!

    Saya sangat SETUJU dengan tuan berdua. Saua guna BOLD dari 02 Februari 2013 hingga sekarang 21 Julai 2013. Bukan tidak ada masalah langsung tetapi masalah kecik sahaja iaitu, Brake disc berbunyi ketika mula bergerak. Sebenarnya, salah saya juga sebab, selepas saya basuh (sebelah petang) terus saya selimutkannya ( takut kena gigit nayamok). Esoknya... IRAMA itu masih ada sehingga sekarang. Apa yang boleh menyebabkan saya tidak berapa kisah ialah, suatu hari saya jumpa dengan kereta mewah... masalah itu pun ada juga padanya. So, saya tetap bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Bold ini kepada saya seisi keluarga. Untuk pengetahuan tuan-tuan, bermula 1997, saya mula pakai Iswara, 2001 - Wira sedan, 2011 - Wira aeroback (second hand) dan 2013, akhir Januari 2013, saya tempah Exora. Walau apapun manusia nak kata... SAYA MASIH SETIA dengan Proton. Sekarang ni, selain Bold, ini saya masih lagi gunaka Wira se tu. Tq

    ReplyDelete
  18. Untuk pengetahuan En Azman Jaafar dan rakan-rakan yang lain...

    Exora Bold Executif menggunakan engin CPS biasa. Bold CFE Standard, Primeum dan Prime sahaja yang pakai versi TURBO.

    Maaf, bahasa lintang pukang sebab tak reti susun ayat. Sekolah setakat darjah 3, Hehehe

    Tq

    ReplyDelete
  19. Ayat 1st yg keluar dri mulut saya lpas drive Bold abg saya (Encek Mohamad Hanif kat atas tu) "Gheta ni susah nk bwak pelan2"...nk tau sbb ape? Utk nak gerakkan Bold CFE dri 0km/h tu mmang la mcm tak mau jlan, tpi once dah pass rpm 2k, kuat btol tork dia. Heran gak camna ade pengguna kat atas ckp tork tak kuat, pikap lambat sedangkan msa kami "konvoy" dri Puchong ke Ptrajaya Sentral in "rushing mode", si Bold CFE terpaksa "kawal nafsu" mse drive even skali skala terghairah pijak pedal bila nmpak Oddysey sedangkan Alza yg sya bwak mse tu (kosong takde penumpang) kena lanyak smpai rpm 5-6k utk kejar Bold CFE, pun "bertiang" kena tggal kat blakng. So, kat situ nmpak yg Bold CFE ni ada kuasa yg melampau skit. Klau sapa2 yg tak percaya, pegi la test guna kete enjin NA bwah 1.8, tak kisah la mpv or sedan, main pikap pastu kejar Bold CFE...sya berani ckp wlaupun sya takde kreta tpi dah bermcam2 jenis kreta sya bwak sbb sya keje bwak kete org..hehe. Sedan, mpv, suv, van besar, lori pikap...tggal bas ngan lori tyar 10 je blom bwak..haha. So, saya mengkaji brdasarkan pengalaman drive, bkan dgr ckp org. Sape ckp Proton tak bagus, gi la beli kete lain yer, jgn dok ckp tak serupa bikin plak (sbb rmai yg kondemkan proton tu adalah pemilik proton jgk) Moral of the story, jgn acah2 Bold CFE klau tak nak dimalukan...muekekeke. :P

    ReplyDelete
  20. Exora CPS tetap ada power jugak. Saya pakai Bold CFE. Yang dok potong saya di highway adalah CPS ni. Nak kejar, ia dah tinggalkan saya jauh benar. Kawasan bukit kuala kangsar, Jelapang dan gua tempurung, berdesup CPS pergi.

    Itu dulu. Sekaramng saya dah tau guna CFE ini. Kalau nak pecut, press pedal hingga rapat nanti turbo akan hidup. Naik Cameron HIGHLAND, press pedal rapat terus turbo hidup dan laju mencanak. Cuma tak digalakkan bila memandu di kawasan sesak. Nanti cium belakanmg kawan

    ReplyDelete
  21. Saya dah pakai cps 2 tahun...tp bila test cfe....beza banyak laaa..lepas tu...pi book cfe...cps trade in...rugi belambak....ni semua pasai komen kawan kawan di blog ni laaa...he..he...

    ReplyDelete
  22. Exora bold cfe pakai mobil 1 fully 5w-50.msk hyway lancer gt pun blh kena tggl.dgn preve kalau jln timur barat mmg jauh preve kena tggl.itu lah bold cfe.

    ReplyDelete
  23. saya pakai persona 2009 ..boleh je men dgn turbo cfe.. enjin standard.. sbb exora ada turbo boleh la x sket nk men dgn model len..keke..

    ReplyDelete
  24. YA ALLAH,,,tekejut aku baca komen yg mula2 kat atas..anak sapa la tuu..sian kt mak bapak ko dpt anak yg tak tau berbahasa..agak2 la nk pakai bahasa kasar,ni bukan blog Paultan..kt paultan bleh la,sbb kat situ mmg tempat org2 macam ko...

    ReplyDelete
  25. saudara hamdan hassan, kata nak bg review pas bbrp minggu drive exora cfe...ni dah hujung tahun, tentu byk review yg dikongsi kan?sure peminat2 cfe x sabar nak dengar...cer ulas skit...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan tuan dan puan puan..heheehe maafkan saya sbb lupa diri dgn kemegahan exora bold cfe standard saya...fuh panjang sgt nm eh... Saya tak dpt cari blog ni dan xde notification email lak tu yg syp je... Hrp review owner slps 8-9 bulan ini masih laku la ye. So far kereta itu telah pon selamat memalukan beberapa nm besar kete jepun seperti honda civic 1.8 estima 2.4 dan alphard 2.4.sy percaya mereka mmg berniat mengganggu sy masa tu sbb mereka memberi jalan pd sy ketika memotong tp kemudian melajukan kenderaan ketika aya di sebelah mereka.kesemua kereta ini saya jumpa sms blik dr outstation dr kuantan ke k.l. Pling laju dan gila sy bwk kete ni ialah 190 meter gps..mungkin meter kete tu dalam 196kmh la kot. Kalau dgn accord gen 8 2.4 dr kelajuan 100kmj ke 180kmj exo masih mendahului tp lepas tu akan dipotong semula.ok cut it off for the speed. Pasal minyak lak bg sy sama mcm wira 1.3 aeroback manual sy dulu.sy dulu dlm bandar rm50 dpt 250 kmj dgn wira pada harga 1.90/liter.skrg dgn minyak 2.1/ liter exo sy boleh dpt average 230-250km perjalanan bandar.nak cerita hal kos servis mmg sc proton sgt menekan tp tu sbb sy pergi ke bengkel agen proton bukn proton sc sndr.skrg sy ke sc mutiara damansara.harga servis minyak fully syn termasuk upah ialah +-rm 280. Cuma problem proton sc ialah sgt2 lambat.sy hantar kete kul 9 pukul 1.30 bru siap.proton tolong perbaiki servis anda ye. Masalah so far takde.tp dah kena langgar dgn viva dr belakang.agak terkujat gak kadaan viva itu sbb separuh enjin terperosok dan memcahkan radiator dia.kete sy bumper belakang and bonet kemik sikit.tp dpt ganti semua baru bukan ketuk

      Delete
  26. Anonymous, mmg betul rm50 leh gi 360km tp dgn sarat muatan smp lowered, speed 110-130kmh...kalau muatan ringan & bawak sederhana laju rm50 leh gi more than that...good enough for a big car...

    ReplyDelete
  27. Bagi sy exora bold ni memang jenis fun to drive. Responsive masa low speed, below 60km/h. High speed performance pun ok, x rasa mcm bawak kete besar. Minyak rasa mcm lebih kurang myvi 1.3 AT.

    Overall, good car for family n value for money. Well done Proton.

    ReplyDelete
  28. Baru dapat EB ni bulan 12/2013 aritu…sekarang dah tukor label..bukan cfe lg dah…tp turbo….pas dapat seminggu terus lenjan ke utara dari kl..prestasi mmg terbaek…sangat2 puas ati…daya pecutan sgt luar biasa walaupun kapasiti penuh (3 dewasa, 4 kanak2)..perjalanan lebih 1000km pergi-balik tak memenatkan…aircond sgt sejuk..pasang fan tahap 1&kesejukan tahap 1 pun anak2 berselubung berselimut.. bile dah panas terik kat luar baru up tahap kesejukan ke 2-3 tahap…
    Kelancaran gear dgn CVT sgt2 mengagumkan…smooothhh je…tak terasa penukaran gear…kawalan stereng&absorber mantap…
    Cuma sound proof kat EB ni perlu dipertingkatkan lagi..tp setakat ni, takla bising…cume bunyi2 geseran tayar ade kedengaran sayup2…namun tidak mengganggu sedikit pun ketenangan dalam pemanduan EB ni…
    Kat hiway sekitar kedah sebelah sawah padi tu aku maintain 140 km/j…sgt stabil…dapat jugak la bergambar kenangan dgn kamera AES kat sekitar Tapah huhu…
    Penggunaan myk pun agak berpatutan..(aku asik lenjan je, myk aku tak tengok sangat hehe)
    Ruang memang luas..mak aku mula tak brani nak bli set periuk kat langkawi sbb 2 kotak besar, tp aku yakinkan mak aku,"jgn. risau mak, mesti muat punyer"..setelah adjust tempat duduk, segala barang shoping kat padang besar, langkawi&penang bersama 7 org penumpang muat dengan selesa..(takde yg memangku barang, semua dpt tmpt duduk sendiri)..
    Bagi aku, sekiranya kita mementingkan keselesaan keluarga, EB ni la yg terbaek dgn harga yg berpatutan…maintainen pun rendah..rodtax murah…nak yg mpv import & lg berprestij ada…tp berbaloi ke?..kalo mampu sgt silakan…tp aku sgt bangga memiliki EB turbo ni..sangat2 berpuas ati..alhamdulillah…mpv luar aku tak pandang dah..hehe…jangan marah ye…peace :)

    ReplyDelete
  29. Moh kita lepak jom kumpul exo kita hehehe. Sy tak join mn2 club lgi pon sj je nk ajak lepak2

    ReplyDelete
  30. cps kalau kena light mod yg teratur pun boleh pergi..member saya pasang grounding cables/voltage stabiliser/works engineering cps throttle controller/full custom exhaust 4-2-2/works airfilter/reflash ecu/light cam pulley yg disetup/strut bar/ftuned front suspension.dan rim 17 215/45-17 desup jugak pergi..mod tak sampai 8k..Dyno dapat 127whp@6200rpm/157nm@3800rpm blum lagi on crank tu kurang2 mau 140hp/166nm

    ReplyDelete
  31. Sebab review dlm blog ne la saya ambik EB. Cfe last week. Alhamdulilah lepas ambik pagi Sabtu tghari balik kg smooth dgn muatan 3 dewasa 3 kanak2 cuma minya yg saya musykil sama ada betul ke RM50 dapat 360 km. Sbb kg saya baru 100 km tapi minyay turun 3 takuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sir...keta aku pon kedarah minyak...best layan turbo ni..nak tanya ni...buleh pakai ron 95 tak?..dah try engine jadi panas dan kekadang semput..manual ckp boleh

      Delete
  32. Sebab review dlm blog ne la saya ambik EB. Cfe last week. Alhamdulilah lepas ambik pagi Sabtu tghari balik kg smooth dgn muatan 3 dewasa 3 kanak2 cuma minya yg saya musykil sama ada betul ke RM50 dapat 360 km. Sbb kg saya baru 100 km tapi minyay turun 3 takuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok...dok baca review2 lain lagi ni...hahha. Tq Bos

      Delete
    2. Ok...dok baca review2 lain lagi ni...hahha. Tq Bos

      Delete
  33. Assalammualaikum…fuh..best tengok korang punye komen…aku harap korang leh lah tolong aku.aku mmg noob gile dalam dunia automobile ni.

    setelah aku buat research antara Alza,avanza dan exora prime..aku mmg jatuh cinta kat exora prime..tapi tetibe..ade org suggestkan Grand livina and Chevrolate Orlando.

    Soalan aku..mane korang prefer?..Exora Prime(poojaan hati ku)..Grand Livina atau Chevrolate Orlando..

    By the way..aku ade sprang Wife,4 anak2 yg mash kecik..

    ty semua. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. exora turbo terbaik...cuma minyak kuat sket..mungkin pasal turbo kot..ntah

      Delete
    2. Dah bli ke exo? Jgn amik grand livina. Nanti menyesal mcm sy. Skg sy dah tukar exo, memang puas hati sgt

      Delete
  34. Saya baru ambik exora bold premium cfe selepas baca komen2 dlm blog ne. Setakat ini memang memuaskan. Kereta ada power. Bagus utk keluarga besar Mcm kita bro. Ruang luas untuk semua Ahli keluarga. Minyak jimat la juga. Tak la telan Mcm aku Pakai ipsum dulu. Harap2 tiada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak saja kuat...sakit kepala bila nak isi

      Delete
  35. Slera n kmampuan msing2.. syo pkai eco pling murah.. alhmdllh.. xmsalah.. fmly trip jer.. bukan nk msuk litar lumba pon.. janji slamat smpai hndakNYA.. KLU LMBT PN BEZA 5 - 10 minit jer..

    ReplyDelete
  36. Salam semua,
    Saya baru menggunakan exora premium 3 minggu lepas. Dah cecah 1800km. Belum buat 1st servis lg. Menurut kata service advisor di sc, tidak menjadi masalah wlwpun servis pertama melebihi 1000km. Masa ambil kereta dikedai semuanya okay cuma bila brek dgn mengejut kereta akan bergegar terutamanya dibahagian stereng dan roda. Sc kata common problem untuk kereta baru. Btake disc kena buat skimmed. Kena tinggal kereta 1 hari. Semalam pergi ke alor star. Saya tinggal di nilai. Keadaan kereta dan trafik lancar. Dengan purata kelajuan 130km/jam(kadang2 terlajak 160km/jam), perjalanan mengambil masa 4 jam 20min dari tol nilai ke tol alor star selatan. Petrol RM100 yg saya rasakan agak tinggi penggunaannya. Tak termasuk kamera aes. Mengagumkan juga prestasi exora ni. Kuasa yg hebat utk kelasnya. Cuma agak terganggu dgn bunyi enjin yg kuat terutama bila pedal mencecah lantai. Esok akan pulang ke nilai. Akan cuba memandu 110km/jam dan merasai perbezaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok nk g showroom n beli sebijik. Harap2 sblum raya mek dapat!!

      Delete
  37. kalau aku bw blik eb blik penang walaupun miles baru 300km ok x?takut lak problem kt hiway

    ReplyDelete
  38. Hati hati ngan exora bold cps...sy syak yg sebijik ni dh ditune dan bertransmisi manual...110 ke 170 cfe masih bole ikut tapi bila dh 175...cps tu sikit2 meninggalkan exora turbo..kejadian berlaku di plus pagoh-yong peng

    ReplyDelete
  39. Pergggg... Laju abesss korang semua...
    Aku EB da 2 tahun 4 bulan... Biase gerak mentain 100-130 je... Test paling laju jln rata aku tekan 170... Abang aku tekan dapat gak 200 ikut odometer..
    Secara keseluruhannya puas hati... Berbaloi dgn harga keta...
    Nak banding ngan iswara, kancil dan gen2 aku yg lain memang agak rasa bezanyer... Apa lagi klu jalan jauh dari lahad datu ke kk... Tau le jalan raya dia tak sebeberapa nak jadi jalan raya... But yang paling seronok main selekoh kundasang-tamparuli... Terbaekkk jo...sampai bunyi tayar...
    Btw... Semua rasanya subjektif... Sebaik mana kita set minda kita maka sebaik itu la penilaian kita terhadap sesuatu perkara...

    ReplyDelete
  40. Sepatutnya Proton dah kene keluarkan EXORA replacement. Dah expired dah ni. Jepun setiap 5 tahun akan replace current model. Baru boleh stay relevan dalam markert.

    ReplyDelete
  41. Untuk exora prime, jauh beza ke dgn bold premium? yg sy google, beza bnyk kat accessories mcm audio, monitor n navigation..engin same je..tp beza harga smpai 10k.. or bold premium dah cukup bagus dah?

    ReplyDelete
  42. Perbezaan yang ketara antara prime dan bold premium ialah prime seat 2nd row jenis 2 seat single seater macam aphard. Engine sume sama dan beberapa ekstra aksesori.

    ReplyDelete
  43. Ex-iswara owner:

    Aku dulu lama pakai iswara 9 tahun, larat gak lah naik kereta tu dgn maintenance yg $$$$$.

    Mmg ada plan nak beli exora bold tp blm ada rezeki, was was pun ada Sbb pengalaman pakai kereta lama... Masih bujang tp mmg jatuh cinta dgn exora sebelum berjumpa Siti exora ke sharifah exora keep

    Nak tanya kengkawan, exora bold cfe ni apa problem so far? Berbaloi ke Kalau ambik loan 7 tahun/9 tahun?

    Aku setuju dgn GTR, maybe kena tunggu replacement model baru beli kot. Harap2 harga masih sama or lower.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila keluar baru, nanti ada la problem2 baru yang masih tidak dikenalpasti. macam sekarang, exora dah hampir melepasi product life cycle. problem2 yang ada pada keluaran2 sebelum dah ditackle pada keluaran semasa. so, pandangan saya baik ambil product yang dah matang dari product yang baru. :)

      Delete
    2. Kalo mcm tu, sampai bila-bila la tak payah buat kereta baru. Hehe. Based on market trend, selepas 2 tahun kereta launch, orang akan mula rasa bosan. Sale akan jadi slow esp bila competitor launch model baru. Sebab tu dalam masa 2 or 3 tahun lepas launching, manfacturer kene refresh balik model ni dgn keluarkan membuat minor change or facelift utk boost balik sales. Sape tak suka benda baru kan?
      Tak caya cuba tgk trend toyota n honda. Setiap 2 or 3 tahun mesti diorg akan launch model baru sama ada full model change or facelift. Tgk perodua pun ok.

      Dalam bisnes, sale itu penting. Sapa yang lambat, dia akan ketinggalan.

      Delete
  44. Saya bukan owner, tapi based on experience drive beberapa kali, exora pikap memang power. Rasa konfiden bila nak memotong kt jalan kampunh. Yang paling, setiap seat row ada aircond outlet. Sesuai untuk negara kita yg panas ni.

    ReplyDelete
  45. Assalam. Klu u all mampu mana jQuery pilih. Innova atau Exora Bold CFE. Sy ni anti Proton pasal pengalaman buruk beli Saga SE 1.3.

    ReplyDelete
  46. Salam Bro Azri,

    Susah nak menjawab persoalan tu. Kene survey sket dari brochure, harga sampai la feedback. tapi secara mudahnya, exora memang sedap driving n safety rating ok. Innova mungkin sama macam DNA kereta toyota lain, quality tiptop tapi spec yg asal ada je. Pape pun, harga innova mahal sket sebab cc lagi besar dan akan affect road tax. Tapi macma biasa la, kalo beli utk resale value, kereta jepun the best. Exora ni mungkin sampai habes bayar kot.

    ReplyDelete
  47. Engine CFE ... power
    Exora CFE .. memang berbaloi.. terbaik..

    Tapi... OCH ..
    OCH ni menghantui ... setiap pemilik Engine CFE

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers