21/01/2013

DSC_0177b

Suzuki Malaysia telah melancarkan model Swift generasi ketiga. baru2 ni. Dengan menggunakan Neelofa sebagai model ianya agak eye catching untuk diperhatikan. haha. Tiada apa2 perubahan yang ketara pada versi facelift ni. Dari luaran tiada perbezaan yang remarkable. Kalau aku tak tgk no plate, aku tak boleh nak bezakan yang swift ni model facelift yang mana.

DSC_0137b

Jika korang nak dapatkan model CBU (buat kat luar negara dan import seketul bawak masuk malaysia) daripada Thailand, ya daripada Thailand bukan Jepun, korang kene cepat sebab hanya ada 900 unit sahaja. Selepas beberapa bulan, mungkin hanya model CKD (part import, tapi kete pasang kat malaysia) sahaja sebab DRB-HICOM akan pasang di plant Pekan.

DSC_0172b

Ok, tipu la kalau takde pape yang baru. Of coz ada. Yang paling ketara ialah kini ada radio 2-DIN yang ada bluetooth dan MP3 player. Antara lain2 yang boleh dilihat seperti, brake disc depan belakang, Warna interior yang baru. Automatic Aircond  dan keyless push start button. Agak mengikut trend untuk semua kereta baru. Satu cabaran untuk pengeluar kereta tempatan sebab kalau tak silap, Proton dan Perodua masih lagi takde model yang guna Automatic Aircond dan Keyless entry, push start button. So far, takde gambar seat. Tapi setakat gamba yang ada, aku tgk fabric die macam fabric myvi je.

Setakat features ABS dan EBD. Improvement yang lain yang tidak dapat dilihat ialah re-tuning steering dan suspension sistem untuk lebih prestasi. Yang ni kene drive baru bleh tau.

Pelik tak kenapa saiz engine makin kecik? Yang lama engine 1.5L. Model baru menggunakan engine 1.4L. Aku nampak mmg tujuannya untuk lebih penjimatan minyak dan pengurangan ekzos (exhaust emission) yang mana mmg telah menjadi trend pengeluar kereta sedunia. Kecikkan engine tetapi maintain power. Sebenarnya tak mustahil pun. Cuma Suzuki mungkin dah tuned gearbox supaya tak scarifice performance. Kereta yang takde power memang bosan dan membahayakan.

DSC_0152b

Kalo korang ni jenis yang nak nampak lain daripada yang lain, boleh la beli kereta ni sebab tak banyak kereta suzuki kat malaysia ni. Tak banyak tak makna tak bagus. Ada faktor lain kenapa tak banyak. Satu lagi, kalau korang mmg Suzuki fanboy, boleh la beli. Sebab harganya aku tgk kat website Suzuki dalam RM75k. Dengan range harga tu, korang bleh dapat Alza, Exora, Forte, Inspira, Preve, Vios, Mazda2. Lebih kuasa dan lebih ruang. Kereta ni juga sebenarnya nampak agak feminin. So mana2 aweks urban yang ada duit lebih tu, apa salahnya kan. Brand tetap brand import kan? Hehe.

Sumber asal: paultan

Current mood: MU kene score lagi ni. Sebijik tak cukup.
Listen to: Spurs vs MU
After this: Tunggu game abes, lepas tu tido....zzzz

2 comments:

  1. Salam...mintak kebenaran admin skit..
    KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK TEST DRIVE SUZUKI SWIFT 1.4 BARU ,
    boleh la hubungi 017-9389697(eddie)
    termasuk la admin skali dijemput..
    lokasi PUTRAJAYA,BANGI ,KAJANG DAN KAWASAN SEKITAR..
    sebarang pertanyaan sila hubungi
    TEL:017-9389697
    email:ads_chimomoi@yahoo.com

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe