11/01/2013

Baru2 ni, lepas uruskan hal peribadi kt shah alam, aku mengeteh kat port biasa aku kat shah alam. Port ni dah lama, sejak aku sekolah lagi. Sebelum wujudnya area seksyen 7 baru, port ni kira agak femes. Bila bola je, mesti full house. Sampai terpaksa duduk atas motor lepas tu order teh tarik.

Sedang aku leka menelaah aku punye tablet, aku perasa ada orang panggil nama aku. Rupa2nya membe lama aku masa zaman remaja dulu. Aku rasa sejak aku mask matrix aku dah tak jumpa die. Cuma sekali sekala je dengar citer daripada mak aku. Mak aku mmg kenal famili die.

Dulu orangnye kecik2 je. Membe aku ni lelaki. Tapi sekarang dah tinggi macam galah. Famili die mmg tinggi2 pun. Bila jumpa membe lama ni, tak lain tak bukan byk bertanya khabar je la. Keje apa? Buat apa skang? Dah kawen ke blom? Dah ada anak? Duduk situ lagi ke? Cuma soalan2 klise je utk menghidupkan perbualan.

Kebetulan kat restoran kitorang lepak tu dekat dengan playground. Kitorang teringat masa zaman2 kitorang budak2 dulu. Dari pukul 5petang, sampai pukul 7mlm, playground tu penuh dengan budak2. Ada yang berebut2 nak main buaian, main balancekan jongkang jongkit, main kejar2, main baling selipar, main bola, main guli, main chopping dan macam2 lagi la. Yang pastinya mmg penuh playground tu dan meriah.

Sekarang ni bukan nak kata takde budak2 main kat luar. Tapi dah berkurangan. Tak semeriah zaman kitorang kecik2 dulu. Masa tu jam menunjukkan pukul 6, tapi lengang je playground tu. Cuma ada 2 3 budak je yang main buaian.

Kemajuan teknologi telah menyebabkan kepupusan zaman kanak2 dan remaja yang gemilang. Setakat hidup di alam maya je tak se-thrill real life. Nak salahkan mak bapak pun tak boleh jugak. Kes kanak2 hilang kene culik pun berleluasa. Stakat culik mintak tebusan ok lagi. Ni siap rogol, bunuh n bakar. Sape tak sayang anak kan? Yela, zaman serba mahal ni menyebabkan manusia hilang pertimbangan. Nampak je aman damai, tapi serius, sekali ko penah kene rompak, ragut, pecah rumah, pastinya persepsi aman damai yang ko laung2kan sebelum akan di-revise. Trust me!

Kesimpulannya, tahun 2020 mungkin kita dah tak jumpa kanak2 bermain di luar, dan playground cuma jadi legendary or mitos je masa tu. Haha.

P/S: Zaman dulu mungkin parents marah bila anak die nak main kat luar. Zaman skang dan akan datang mungkin parents akan marah suruh anak die main kat luar.

Current mood: Esok ada hal. Nak kene kuar lagi. Hadoii
Listen to: Ajari Aku - Anuar Zain
After this: Post satu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe