21/01/2013


Semalam aku pergi stadium shah alam nak tengok selangor lawan pahang. Aku saja datang awal sebab nak park kete kat tempat yang strategik supaya senang nk kuar nnt. Disebabkan ada banyak masa, aku saja cuci2 mata dalam Giant. Window shopping and survey2 je.

Lepas tu aku lalu beberapa kiosk orang jual rumah. Mungkin sebab semalam aku pakai baju yang agak segak, ramai la yang menegur. Macam biasa, aku senyum je, pertama sebab sedekah dan kedua harga rumah tu mmg di luar kemampuan aku. Mahal macam haram.

Tapi akhirnya bila ada satu amoi tu tegur n senyum, langkah aku terhenti. Sebab tu orang2 marketing ni mmg kene amik cun2 supaya pelanggan tergoda. Inilah yang dinamakan strategy marketing. Haha. 

Aku pura2 tanya harga rumah, padahal dah termpampang da harganya depan aku. RM388,000. Lokasi di jalan ke puncak alam. Dekat tempat Altantuya kene bunuh tu. Dekat je dengan Uitm puncak alam. Saiz bukaan 20x65. Aku saja la dok nyembang sebab nampak die bersungguh nak citer. 

You cuma perlu bayar booking RM1000. Lepas tu SNP, lawyer, MO, you cuma kene prepare dalam RM5000 sahaja.  Kalau ikut umur you, kalau you buat loan 30 tahun, bulan2 you cuma kene bayar dalam RM 2000 sahaja.

Mmg power btol strategy marketing company ni. 1st guna amoi yang pakai skirt. 2nd, gaya amoi tu cakap buat ko rasa macma nampak murah. Bulan2 cuma kene bayar RM2000 sahaja. Pergh. Kalau aku jual kete, terminate astro n internet, g keje naik moto ari2 n makan roti n megi baru boleh kot. Huhu.

Sebab tu kalau ada orang pernah cakap, jgn stress2 dan seksa diri beli rumah ni. Kalau ada option lain, cari la option lain. Maka aku beredar sambil tersenyum. Lagipun memang aku da otw beli rumah pun. Bulan2 bayar kurang daripada RM750 dan ianya rumah teres. Percaya tak? Hehehe.

Current mood: Perut senak. Makan nasik bnyk sgt tadi.
Listen to: Spurs vs MU
After this: Sambung tgk bola.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe