17/01/2013


Officemate aku sekarang ramai dah beralih kepada e-cigarette aka rokok elektronik. Sebenarnya rokok elektronik ni dah lama wujud. Cuma sekarang macam dah jadik trending. Mungkin sebab harga rokok yang semakin mahal. Lagipun e-cig ni lebih mudah digunakan. Tak payah lighter, takde abu dan asap yang berperisa. Mmg asap die mmg bau macam shisha sikit. Disebabkan sikap ingin tahu, aku study la sikit2. Aku bukan smoker. Cuma berminat nak tahu macam mana bende ni function. Takde api tapi boleh keluar asap. Tapi fungsi sebenar e-cig masih kekal iaitu membolehkan perokok menikmti nicotine tapi tanpa tar.

Ok, e-cig ni ada 3 bahagian. Battery, atomizer atau dalam bahsa mudahnya macam pemanas dan catrigde atau pun filter. Konsep die senang je. Bila kita sedut pada catridge, microprocessor akan menyalakan lampu LED utk simulate macam api rokok dan pada masa yang sama memanaskan cecair dalam catridge atau membe2 aku panggil tabung. Dalam tu ada cecair. Tapi bukan cecair biasa. Cecair yang mudah meruap walaupun dikenakan sedikit haba. Cecair ni ada pelbagai jenis perisa. Cecair yang meruap ni akan jadi macam asap rokok terus ke paru2. Lebih kurang macam tu la mechanism nye.

Nampak macam e-cig ni selamat. Tapi benarkah selamat? Sebenarnya e-cig ni masih lagi macam level2 barang MLM. Claim itu ini, tapi sebenarnya takde bukti sebab setakat ni takde kajian lagi yang mengesahkan e-cig ni betul2 selamat. Semuanya setakat bukti verbal dari mulut ke mulut. Seperti barang MLM yang claim macam2 keajaiban tapi hanya berbekalkan testimonial yang diragui. Takde bukti saintifik.

Yang aku baca, kat Amerika, bila diorang buat kajian tentang cecair e-cig, kandungan bahan kimia dan asap yang dikeluarkan tak match dengan apa manufacturer claim. Isu lain ialah manufacturer biasanya merahsiakan kandungan bahan kimia yang terkandung dalam cecair tersebut. Disebabkan benda ni benda baru, maka masih tiada lagi undang2 untuk control dan pemantauan. Lagipun agak grey area sama ada nak treat bende ni rokok atau tak.

Issue lain ialah ianya banyak dijual secara online dan sesiapa boleh order termasuk underage. Tarikan pelbagai perisa menjadikan ianya macam gula2 bagi kanak2. Ini akan menggalakkan tumbuhnya habit untuk merokok.

Ada claim bende ni sebagai treatment untuk masalah rokok kronik. Cuma claim by mulut sebab masih tiada sesiapa lagi menjalankan kajian tentang keberkesanannya.

Harga bende ni untuk pack standard lebih kurang RM200. Tgk jenis macam mana. Manakala cecair pula ada macam2 harga dan saiz. Biasanya lebih kurang dalam RM15 - RM30. Satu botol tu boleh tahan lebih kurang seminggu. Ini menjadikan trend ni merebak dengan cepat. Faktor saving.

Begitulah sedikit sebanyak kajian aku yang ringkas ni. Papehal pun, merokok membahayakan kesihatan. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Current mood: Mata asik pedih je. Tak cukup tido kot.
Listen to: Keajaiban cinta - Adira & Aliff Aziz
After this: Post lagi


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers